Syazlin Zainal | |
---|---|
Kelahiran | Syazlin Suhaizan binti Zainal 14 November 1996 |
Meninggal dunia | 10 November 2022 Johor Bahru, Johor, Malaysia | (umur 25)
Sebab kematian | Terjatuh dari kondominium 22 tingkat |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2, Ampang, Selangor |
Nama lain | Alin |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan | Pelakon, model, pempengaruh media sosial |
Tahun aktif | 2015–2022 |
Syazlin Suhaizan Zainal (14 November 1996 – 10 November 2022) merupakan seorang pelakon, model dan pempengaruh media sosial Malaysia.[1] Dalam kerjaya singkatnya sebagai pelakon separuh masa, beliau terkenal menerusi drama Sitik Tok dan Oh My Hantaran serta telefilem Ada Yang Ngikut.[2][3]
Syazlin memulakan kerjaya awalnya dengan membuat rakaman video tutorial solekan dan hijab di YouTube, seterusnya bergiat aktif dalam bidang pemodelan dan lakonan.
Beliau kemudian menjadi salah seorang daripada 10 peserta pertandingan The Next Malaysian Star musim pertama, yang turut disertai oleh Nelissa Nizam.
Sebagai pelakon separuh masa, beliau pernah membintangi beberapa drama TV antaranya ialah Sitik Tok, Dia Yang Ku Jadikan Suami, Takdir Yang Tertunda dan Ada Yang Ngikut.[2]
Syazlin dilahirkan di Kuantan, Pahang dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak bongsu daripada 5 adik-beradik dan merupakan anak perempuan tunggal.[3] Beliau menamatkan pengajiannya di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Syazlin meninggal dunia pada 10 November 2022 pada usia 25 tahun selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru, Johor pada jam 12:50 tengah hari.[4][5] Ini berlaku 4 hari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-26 pada 14 November.[6] Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2 di Ampang, Selangor kira-kira jam 10 malam pada hari yang sama.[6] Setakat kini, gaya kematiannya, sama ada secara tak sengaja atau tidak, masih belum dipastikan, dan masih dalam siasatan.
Antara rakan artis yang menzahirkan ucapan takziah ialah Nadia Brian, Scha Elinnea dan Anna Jobling.[2]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2019 | Pray | Lady | Filem pendek |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2020 | Drama 7 Petang | Elina | Unifi TV | Drama pertama |
2020–2021 | Potong | Dr. Nur | Astro Warna | |
2021 | Sitik Tok | Teena | TV3 | |
Malaysian Ghost Stories | Aisyah | Astro Ria | Episod: "Jenglot" | |
2021–2022 | Oh My Hantaran | Syikin | TV9 | |
2022 | Ulya & Dini | Linn | Astro Ria | |
Dia Yang Ku Jadikan Suami | Hanna | Drama terakhir |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2020 | Ada Yang Ngikut | Inspektor Rina | Astro Citra | Telefilem pertama |
2021 | Takdir Yang Tertunda | TV3 | ||
2022 | Syukur Itu Aku | Saida | ||
Jangan Masuk Rumahku | Kamelia | Astro Ria | Telefilem terakhir |
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2019 | Malaysia Airlines Hari Raya 2019 | Sama-Sama Balik Kampung | |
2020 | Hotlink #BikinSampaiJadi |
Tahun | Tajuk | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|
2018 | Hijabista Maydan | TV AlHijrah |