Taman Botani Negara Shah Alam | |
---|---|
Jenis | Taman botani negara |
Lokasi | Shah Alam, Selangor |
Koordinat | 3°05′46″N 101°30′40″E / 3.0961469°N 101.5110537°EKoordinat: 3°05′46″N 101°30′40″E / 3.0961469°N 101.5110537°E |
Keluasan | 817 hektar |
Dibangunkan | 24 April 1986 |
Pelawat | 383,329 (2016) |
Laman sesawang | http://www.tbnsa.gov.my/ |
sunting |
Taman Botani Negara Shah Alam (bahasa Inggeris: National Botanic Gardens Shah Alam ) adalah sebuah taman botani yang beroperasi dengan MOA. Lokasinya terletak di Seksyen U11, Shah Alam, Selangor, meliputi kawasan seluas 817 hektar dan merupakan taman botani terbesar di dunia. [1]
TBNSA merupakan sebuah pusat pemuliharaan flora dan fauna di Malaysia. Terdapat 422 spesies flora boleh dijumpai di TBNSA, 31 spesies daripadanya adalah endemik di Semenanjung Malaysia manakala 20 spesies lagi tersenarai sebagai spesies terancam.
Selain itu, TBNSA juga merupakan satu lokasi yang sesuai bagi menjalankan program Pendidikan Botanikal. Program ini terbuka kepada kanak-kanak, pelajar sekolah rendah dan menengah untuk melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pertanian dan alam semula jadi. Pelajar dari Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta juga diberi peluang untuk menjalani latihan praktikal di TBNSA.
Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) telah dibangunkan pada 24 April 1986, dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah. Pada tahun 1991, nama tersebut ditukar kepada Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam. Sejak tahun 2007, TBNSA telah dinamakan sebagai Taman Botani Negara Shah Alam sampai sekarang.[2]
Tujuan penubuhan TBNSA adalah menyediakan satu pusat pendidikan saintifik kebangsaan dan pemuliharaan sumber untuk botani, hortikultur, florikultur, dan pelbagai bidang berkaitan di Malaysia. Taman Botani juga berperanan memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai tumbuh-tumbuhan di Malaysia. [3]
Taman & Kebun[sunting | sunting sumber]
Empangan / Tasik[sunting | sunting sumber]
|
Kampung & Chalet[sunting | sunting sumber]
|
Pelawat berpeluang merasai suasana empat musim di RISEM. Terdapat 20 jenis tumbuhan import dari negara beriklim sederhana, ditanam dalam bangunan RISEM. Musim di RISEM akan berubah setiap tiga bulan:
Sejak bencana ribut pada bulan Mac 2019, RISEM ditutup bagi kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan dan pemulihan tumbuhan
TBNSA membuka kepada pelawat (tutup pada hari Isnin), daripada 7.30 pagi sehingga 4.30 petang. Walaubagaimanapun, ia akan buka seperti biasa pada hari Isnin jika cuti sekolah atau cuti awam jatuh pada hari Isnin.
Kawasan | Selasa - Ahad | Isnin |
---|---|---|
Kawasan TBNSA | 7.30 pagi hingga 4.30 petang | * Taman akan ditutup pada hari Isnin kecuali cuti sekolah atau kelepasan am |
Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM) (Ditutup sementara bagi kerja-kerja penyelenggaraan kemudahan dan pemulihan tumbuhan) |
7.30 pagi hingga 4.30 petang | |
Kaunter tiket & kaunter bayaran | 7.30 pagi hingga 4.30 petang | |
Bas |
Selasa hingga Ahad:
Jumaat:
|
Kategori pelawat | Bayaran setiap pelawat |
---|---|
Dewasa (12 hingga 54 tahun) | RM 3.00 |
Kanak-Kanak (6 hingga 11 tahun) | RM 1.00 |
Warga Emas ( 55 tahun ke atas) | RM 1.00 |
Pelawat berumur 6 tahun ke bawah, anak-anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU) | Masuk percuma |
Kategori pelawat | Musim lain | Musim salji |
---|---|---|
Dewasa (12 tahun dan ke atas ) | RM 3.00 | RM 5.00 |
Kanak-Kanak (4 hingga 11 tahun) | RM 1.00 | RM 3.00 |
Pelawat berumur 4 tahun ke bawah, anak-anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU) | Masuk percuma [5] |
Taman Botani Negara Shah Alam,
Bukit Cahaya Seri Alam,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan. [6]