Tasik kawah atau danah kawah (crater lake, volcanic lake) ialah takungan air (tasik) yang menutupi permukaan suatu kawah gunung api. Sekitar 12% dari sekitar 700 gunung api yang ada di bumiditutupi oleh air.
Keadaan fizik dan kimia tasik kawah berbeza-beza, bergantung kepada aktiviti gas magma serta interaksi batuan dengan cairan antara permukaan magma dan situasi di bawah permukaan. Perubahan-perubahan pada keadaan tasik menunjukkan perubahan dan kerumitan proses yang terjadi di tasik kerana pelbagai proses fizik dan kimia terjadi dalam waktu yang sama. Tasik kawah berfungsi pula sebagai pengewap panas dan penyaring gas yang keluar dari magma.
Tasik kawah yang menutupi kawah aktif biasanya memiliki pH sangat rendah (0—2) yang membuatkannya berasid dan sangat beracun bagi sebahagian besar makhluk hidup. Warna tasik yang dipengaruhi keluaran gas sulfur (H2S dan SO2) biasanya berwarna hijau cerah. Warna ini dapat berubah menjadi kuning atau putih, bergantung kepada kepekatan gas yang keluar. Gas lain yang dapat dikeluarkan kawah adalah gas klorin, fluorin, CO serta CO2. Komposisi gas-gas yang terlarut atau bertindak balas dengan air dan mineral mengakibatkan perbezaan warna tasik.
Tasik | Lokasi |
---|---|
Tasik Albano | Itali |
Lago de Atitlán | Guatemala |
Blue Lake | Australia, Australia Selatan |
Tasik Bolsena | Itali |
Tasik Bracciano | Itali |
Laguna Chicabal | Guatemala |
Tasik Crater | Amerika Syarikat, Oregon |
Tasik Heaven (Chonji / Tianchi) | Korea Utara / Republik Rakyat China |
Volcán Irazú | Costa Rica |
Kapoho Crater | Amerika Syarikat, Hawaii |
Gunung Katmai | Amerika Syarikat, Alaska |
Rano Kau | Chile, Rapa Nui (Pulau Easter) |
Kelut | Indonesia |
Kerið | Iceland |
Tasik Kurile | Rusia (Kamchatka) |
Tasik Gunng Berapi Medicine | Amerika Syarikat, California |
Mashu | Jepun |
Tasik Nemi | Itali |
Nemrut | Turki |
Gunung Berapi Newberry | Amerika Syarikat, Oregon |
Tasik Nyos | Cameroon |
Gunung Pinatubo | Filipina |
Rano Raraku | Chile, Rapa Nui (Pulau Easter) |
Gunung Ruapehu | New Zealand |
Tasik Shikotsu | Jepun |
Tasik Taal | Filipina |
Tasik Taupo | New Zealand |
Tazawa | Jepun |
Tasik Toba | Indonesia |
Towada | Jepun |
Tasik Vico | Itali |
Tasik Wenchi | Habsyah |
Bentuk muka bumi | |
---|---|
Senarai bentuk muka bumi | |
Pergunungan | |
Dataran benua |
|
Fluvium |
|
Glasier | |
Bentuk muka bumi di tepi pantai dan laut |
|
Gunung berapi |
|
Aeolian |
|
Buatan manusia |
|