Ia ditanam untuk mendapatkan biji-biji benih kecilnya yang dituai sebagai bijirin penting masyarakat setempat sana[1][2] terutamanya untuk membuat injera yang ruji; sebanyak 6.5 juta orang petani di Habsyah bergantung kepada tanaman ini sebagai saraan hidup mereka.[3] Tef adalah salah satu tanaman awal yang dijinakkan[4] dari seawal antara 4000 SM dan 1000 SM dari spesies E. pilosa sebagai tumbuhan moyang liar yang paling berkemungkinan.[5]
Tef tumbuh menjambak tinggi dengan banyak pucuk cambahan. Akarnya menyerabut cetek meliputi kawasan sekeliling agak besar.[6] Tumbuhan ini dapat biasa hidup dalam pelbagai keadaan persekitaran[7] baik di tanah kering mahupun basah. [6]
Biji-biji benih yang dihasilkan berwarna putih hingga perang kemerahan[7][8] dengan ukuran sangat kecil berukuran diameter kurang dari 1 mm;[6] hal ini memberi nama tumbuhan ini dari ጠፍፋcode: am is deprecated teffa bererti "tercicir" dalam bahasa Amhara.[9][6] Seribu butir biji benih ini keseluruhannya ditimbang seberat kira-kira 0.3 gram[10]
Biji-biji tef diadun terperam untuk membuat sejenis roti iaitu injera[11] dimakan dengan lauk daging atau sayur;[7] ia kadangkala juga dimakan sebagai bubur. [7] Tef dapat juga digunakan untuk membuat minuman keras arak'e atau katikalla[7] atau bir seperti t'ella atau fersso.[8] Ia juga dicampurkan bersama kekacang lain seperti kacang kedelai dan kacang kuda untuk menghasilkan makanan bayi.[7]
Sisa jerami ditinggalkan dari kerja tuaian dijadikan pakan untuk haiwan ternakan[6] atau sebagai bahan pengukuh dinding binaan rumah-rumah kayu.[8]
^Murphy, Denis J. (2007). People, Plants, and Genes: The Story of Crops and Humanity. Oxford: Oxford University Press. ISBN9780199207145.
^Ingram, Amanda L.; Doyle, Jeff J. (2003). "The origin and evolution of Eragrostis tef (Poaceae) and related polyploids: Evidence from nuclear waxy and plastid rps16". American Journal of Botany. 90 (1): 116–122. doi:10.3732/ajb.90.1.116. JSTOR4122731. PMID21659086.
^ abcdefKetema, Seyfu (1997). Tef, Eragrostis tef (Zucc.) Trotter(PDF). Promoting the conservation and use of underutilized and neglected crops. 12. Institute of Plant Genetics and Crop Plant Research (IPGRI). Rome, Italy: Bioversity International. ISBN9290433043. OCLC37605548. Diarkibkan daripada yang asal(PDF) pada 2018-07-17. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Ketema1997" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza