Tentera Nasional Indonesia
TNI
Tentera Nasional Indonesia
Lambang Tentera Nasional Indonesia

Bendera Tentera Nasional Indonesia
Bendera Tentera Nasional Indonesia
Cabang khidmat Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat TNI AD (Tentera Darat)

Indonesian National Navy TNI AL (Tentera Laut)
Tentara Nasional Indonesia Angkatan Udara TNI AU (Tentera Udara)

Ibu pejabat Jakarta, Indonesia
Kepimpinan
Panglima Tertinggi Presiden Joko Widodo
Menteri Pertahanan Jeneral (B) Prabowo Subianto
Panglima Tentara Nasional Indonesia Jeneral Agus Subiyanto
Sedia berkhidmat
dalam tentera
60,543,028, usia 18–49 (2008 aggr.[1])
Sesuai untuk
berkhidmat
52,000,000 lelaki, usia 18–49 (2008 aggr.[1]),
sama wanita, usia 18–49 (2008 aggr.[1])
Capaian usia masuk
tentera tahunan
2,000,000 lelaki (2008 aggr.[1]),
sama wanita(2008 aggr.[1])
Kakitangan aktif 476,000 anggota
Perbelanjaan
Bajet $8.4 bilion (2013)
Peratusan KDNK 1.0%
Industri
Pembekal domestik *PT Pindad
  • PT PAL
  • LAPAN
  • PT DI
  • PT DAHANA
  • PT SRITEX
  • PT Sentra Surya Eka Jaya (SSE)
  • CV Maju Mapan
  • PT Lundin Industry Invest
  • PT Fista Bahari Internusa
Pembekal luar  Perancis
 United Kingdom
Rusia
 Amerika Syarikat
 Jerman
 Republik Rakyat China
 Korea Selatan
Brazil
 Kanada
  Switzerland
 Sepanyol
Turki
 Australia
 Belanda
 Sweden
 Poland
Norway
 Jepun
 Israel
Rencana berkaitan
Pangkat Lencana pangkat Tentera Nasional Indonesia

Seorang anggota infantri TNI-AD yang menyertai Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu
Jeneral Soedirman, komander pertama Angkatan Bersenjata Indonesia

Tentara Nasional Indonesia (disingkatkan sebagai TNI) merupakan angkatan pertahanan Indonesia terdiri daripada tiga cabang utama diberi nama "angkatan bersenjata" iaitu Angkatan Darat, Angkatan Laut, dan Angkatan Udara. Setiap angkatan diketuai oleh seorang Ketua Staf Angkatan, dan ketiga-tiga Ketua Staf itu dipimpin oleh seorang Panglima TNI. Panglima TNI saat ini ialah Laksamana TNI Yudo Margono . Presiden Indonesia adalah Panglima Tertinggi TNI. Pada tahun 2016, ia mengandungi kira-kira 434,410[2] anggota tentera termasuk Korps Marinir Indonesia yang merupakan cabang dalam Angkatan Laut.

Dalam sejarahnya, TNI pernah digabungkan dengan pasukan polis dalam gabungan yang dipanggil Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI). Menurut Peraturan MPR No. VI/MPR/2000 tentang pemisahan TNI dengan POLRI, serta Peraturan MPR No. VII/MPR/2000 tentang peranan-peranan TNI dan POLRI, maka pada 30 September 2004, DPR Republik Indonesia meratifikasi Rang Undang-undang TNI yang kemudian dimeterai oleh Presiden Megawati pada 19 Oktober 2004.

Sejarah awal TNI

Pada awalnya, negara Indonesia tidak mempunyai angkatan tentera. Badan Keselamatan Rakyat (BKR) yang dibentukkan dalam persidangan Panitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia (PPKI) pada 22 Ogos 1945 dan diumumkan oleh Presiden Soekarno pada 23 Ogos 1945 bukannya sebuah angkatan tentera yang rasmi.

Baik di pusat mahupun di daerah, BKR berada di bawah kuasa KNIP serta KNI Daerah, dan bukannya di bawah perintah Presiden sebagai Panglima Tertinggi dalam angkatan tentera. Pertubuhan ini juga tidak berada di bawah penyelerasan Menteri Pertahanan. BKR hanya dibentukkan untuk memeliharakan keamanan tempatan sewaktu Indonesia menyediakan diri untuk memulakan peperangan menghadapi Sekutu.

Peranan TNI

Menurut undang-undang Tentera Nasional Indonesia (TNI), Artikel 2 menyatakan:

Tugas TNI

Menurut Undang-undang TNI Artikel 7 (1), tugas TNI adalah untuk:

TNI Artikel 7 (2) menyatakan tugas yang ditentukan oleh Artikel 7 (1) dilakukan dengan:

  1. menentangi gerakan pemisah bersenjata
  2. menentangi pemberontakan bersenjata
  3. menentangi kegiatan-kegiatan terorisme
  4. melindungi sempadan wilayah
  5. melindungi infrastruktur negara yang strategik
  6. melaksanakan tugas keamanan dunia sejajar dengan dasar luar negeri
  7. melindungi Presiden dan Naib Presiden serta keluarganya
  8. memperkukuh wilayah pertahanan dan kekuatan negara persahabatan secara awal sejajar dengan sistem pertahanan bersepadu
  9. membantu tugas pemerintahan di daerah
  10. membantu Kepolisian Negara Republik Indonesia dalam rangka tugas keamanan dan ketertiban masyarakat
  11. membantu melindungi tetamu negara yang bertaraf ketua negara dan perwakilan kerajaan asing yang melawati Indonesia
  12. membantu mengendalikan akibat bencana alam, pemindahan, dan pemberian bantuan kemanusian
  13. membantu dalam operasi cari dan selamatkan
  14. membantu kerajaan dalam keselamatan pelayaran dan penerbangan terhadap perampasan, pelanunan, dan penyeludupan.

Kekuatan Bersenjata Indonesia

Berikut adalah data mengenai kekuatan angkatan bersenjata Indonesia tahun 2018:

Jumlah prajurit:432.129 personil
TNI Angkatan Darat TNI Angkatan Luat TNI Angkatan Udara
Jumlah prajurit: 328.517 Jumlah prajurit: 74.963 Jumlah prajurit: 34.930
Kekuatan Terpusat
  • Komando Cadangan Strategis Angkatan Darat:
    • Tiga divisi satuan tempur
      • 18 batalion infrantri
      • 16 batalion lain
  • Komando Pasukan Khusus:
    • 4 grup tempur dan 1 grup pendidikan

Komponen Cadangan

  • Batalion Komcad: 100


Kekuatan Kewilayahan
  • Komando Daerah Militer: 15
  • Komando Resor Militer: 45
  • Komando Distrik Militer: 273
  • Batalion: 100
Kekuatan Badan Pelaksana Pusat
  • Rejimen Zeni Konstruksi: 1
  • Skuadron Penerbang TNI AD: 5
  • Lima batalion lain
Sistem Senjata Armada Terpadu
  • Kapal Republik Indonesia: 136
  • Kapal Angkatan Laut: 71
  • Pasukan Marinir: 3
  • Brigade Marinir: 4
  • Komando Latih Marinir: 1
Kekuatan Kewilayahan
  • Komando Armada: 3
  • Pangkalan Utama Angkatan Laut:
    • Kelas A: 7
    • Kelas B: 24
    • Kelas C: 20
    • Kelas khusus: 3
Skuadron Udara
  • Skuadron tempur: 7
  • Skuadron angkut: 5
  • Skuadron intai: 1
  • Skuadron helikopter: 3
  • Skuadron latih: 3
Pangkalan Udara
  • Pangkalan udara: 41
  • Detasemen: 8
  • Pos angkatan udara: 80
Pasukan Khas
  • 3 wing
Satuan Radar
  • 17 satuan radar pertahanan udara

(Sumber: Harian Koran Tempo tanggal 14 Februari 2006)

Galeri

Tentera Angkatan Darat Indonesia
Tentera Kor Marin Angkatan Laut Indonesia
Tentera Angkatan Udara Indonesia

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ * CIA World Factbook Indonesia, accessed 25 Julai 2008
  2. ^ International Institute for Strategic Studies (3 February 2014). The Military Balance 2014. London: Routledge. m/s. 246–250. ISBN 9781857437225.

Pautan luar