Tetraodontidae Julat zaman: Lutetia–Holosen
| |
---|---|
Buntal pasir bintik putik mengembung | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Actinopterygii |
Order: | Tetraodontiformes |
Suborder: | Tetraodontoidei |
Keluarga: | Tetraodontidae Bonaparte, 1832 |
Spesies jenis | |
Tetraodon lineatus Linnaeus, 1758
| |
Genus | |
Tetraodontidae ialah keluarga ikan laut dan muara dalam order Tetraodontiformes.[1] Keluarga ini merangkumi banyak spesies yang dikenali dengan pelbagai nama seperti buntal, buntal pasir, buntal pisang, atau buntal kerisi.[2] Ia secara morfologi menyamai buntal landak yang berkait rapat, yang mempunyai duri dalaman besar (tidak seperti duri tipis tersembunyi pada Tetraodontidae, yang hanya terlihat ketika ikan ini menggembung).
Nama keluarga ini datang daripada genus jenis Tetraodon, nama genus tersebut dijejak kepada kata-kata bahasa Yunani τετρα tetra yang bermaksud "empat" dan ὀδούς odoús yang bermaksud "gigi" kerana mulut setiap spesiesnya ada empat gigi besar yang bercantum membentuk plat-plat atas dan bawah yang digunakan untuk menghancurkan cengkerang keras mangsa krustasia dan moluska semula jadinya.[3]
Keluarga Tetraodontidae mengandungi 193 spesies ikan yang dikelompokkan dalam 28 genus:[1][4]