Tiada Tajuk | |
---|---|
Pengarah | Mawi |
Penulis |
|
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | Mawi World Entertainment |
Diedarkan oleh | Empire Film Solution |
Tarikh tayangan | 4 April 2019 (Malaysia, Singapura, Brunei) |
Masa tayangan | 1 jam 40 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM 0.507 juta |
Tiada Tajuk merupakan filem komedi keagamaan Malaysia 2019 arahan Mawi. Filem ini mengisahkan tiga pemuda kampung yang dianggap kutu tapi berimpian untuk menjadi penyanyi suatu hari nanti. Ia ditayangkan pada 4 April 2019 di Malaysia, Singapura dan Brunei. Ini merupakan filem pertama arahan Mawi.[1][2][3][4]
Kesinambungan kepada telefilem Rock Sangkut, ia berkisarkan tiga orang pemuda kampung yang ingin menjadi penyanyi rock dan pop terkenal. Mereka berimpian besar tetapi tidak dihargai di kampung mereka. Pelbagai cabaran dan dugaan perlu mereka hadapi demi mencapai impian. Satu peluang pula diberi kepada mereka untuk menjadi penyanyi nasyid. Bolehkah mereka berjaya suatu hari nanti?
*Al Nuraa - Hazama,Joey,Along Cham (nyanyian asal Mawi ft Hazama,Daly Ahli Fiqir)
*Lagu Jiwa Lagu Cinta-Hazama,Joey,Along Cham (nyanyian asal M. Nasir ft Mawi)