Tombiruo: Penunggu Rimba | |
---|---|
Pengarah | Seth Larney |
Penulis | Ramlee Awang Murshid |
Berdasarkan | novel oleh Ramlee Awang Murshid |
Dihasilkan oleh | Layar Sunan, Ideate Media |
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | Astro Shaw |
Tarikh tayangan | 12 Oktober 2017 |
Masa tayangan | 115 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | |
Bajet | RM6 juta |
Pecah panggung | RM8.1 juta |
Tombiruo: Penunggu Rimba ialah sebuah filem aksi pengembaraan Malaysia 2017 arahan Seth Larney. Filem ini diadaptasi daripada novel yang diterbitkan pada 1998 dengan judul sama karya Ramlee Awang Murshid. Filem yang berlatarbelakangkan negeri Di Bawah Bayu ini dibintangi oleh Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, M. Nasir dan ramai lagi. Ia mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 12 Oktober 2017.[1][2]
Berkisarkan dendam seorang lelaki gagah yang tidak berwajah manusia atas kematian ayahnya, Pondolou. Misinya mencari pembunuh Pondolou diganggu oleh Amiruddin yang kini memburunya atas kematian isteri tercinta, Salina. Sementara samseng yang diupah ingin memusnahkan Tombiruo kerana beranggapan Tombiruo menghalang misi peribadi mereka untuk mengaut keuntungan.Dalam masa yang sama, Faizal turut membantu untuk cuba memulihkan keadaan. Dalam kekacauan ini, wujud pula seorang wartawan wanita, Wan Suraya yang begitu nekad untuk mencari kebenaran di sebalik kejadian yang berlaku. Firasat Wan Suraya kuat mengatakan Tombiruo dan Amiruddin ialah mangsa keadaan. Pengembaraan Tombiruo yang penuh bahaya dan tragis ini membawanya mengenali erti persaudaraan, kekeluargaan dan cinta sekaligus membuka hatinya menerima peranan sebagai Penunggu Rimba.[3]
Tombiruo: Penunggu Rimba dikeluarkan pada 12 Oktober 2017 di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.[6] Astro Shaw turut mengumumkan filem berkenaan akan dipasarkan di luar negara melalui kerjasamanya dengan AMP International.[7]
Tombiruo: Penunggu Rimba berjaya mencatatkan kutipan sejumlah RM 8.1 juta selepas 18 hari ditayangkan.[7]
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2018 | Anugerah Skrin 2018 | Filem Terbaik | Tercalon |
The Australian Academy of Cinema and Television Arts (AACTA) | Filem Asia Terbaik | Tercalon | |
2019 | Festival Filem Malaysia ke-30 | Poster Terbaik | Tercalon |
Sinematografi Terbaik | Tercalon |