Trak angkat susun, trak angsun[1] atau forklif (bahasa Inggeris: forklift ) ialah jentera industri berkuasa yang digunakan untuk mengangkat dan memindahkan barangan. Trak angsun moden dibangunkan pada tahun 1920-an oleh pelbagai syarikat berbeza termasuklah Clark Material Handling Company dan Yale Materials Handling Corporation.[2] Semenjak itu, trak angsun menjadi satu alat penting dalam operasi pembuatan dan pergudangan.