Yang Teramat Mulia Tuanku Dato' Undang Luak Jelebu Negeri Sembilan | |
---|---|
Wilayah/Negeri | |
Penjawat kini | |
Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia Tuanku Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman Sultan Jelebu Dato' Haji Maarof bin Haji Mat Rashad D.T.N.S., P.P.T., A.N.S., P.M.C., P.J.K., P.K.L. sejak 2018 | |
Butiran | |
Raja pertama | Duli Yang Maha Mulia Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Sultan Jelebu, Dato' Moyang Salleh bin Dato' Metunggang |
Pembentukan | 1757 |
Yang Teramat Mulia Tuanku Dato' Undang Luak Jelebu adalah Pemerintah atau Raja sebagaimana perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan berkenaan takrif "Raja" bagi Negeri Sembilan Darul Khusus dan Luak Jelebu. Luak (Negeri) Jelebu merupakan salah satu daripada luak yang membentuk Negeri Sembilan. Dato' Undang Luak Jelebu bergelar Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia Tuanku Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman Sultan Jelebu[1].
Dato' Undang Jelebu bersama Yang di-Pertuan Besar, Dato' Undang Luak Sungei Ujong, Dato' Undang Luak Johol, Dato' Undang Luak Rembau dan Tunku Besar Tampin didefinisikan sebagai Raja bagi Negeri Sembilan[2].
Kedudukan Dato' Undang Luak Jelebu sebagai raja (ruler) di Jelebu dan pemerintah bersama bagi Negeri Sembilan diiktiraf menerusi Perkara 71 (2), Perkara 160, Perkara 181, Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta Perkara 28 dan Perkara 34 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959[3].
Dato' Undang Luak Jelebu juga adalah Pihak Berkuasa Negeri, khususnya di jajahan takluk Luak Jelebu dalam Negeri Sembilan yang meliputi seluruh daerah Jelebu. Dato' Undang Luak Jelebu adalah juga ketua agama Islam bagi Luak Jelebu[4].
Dato' Undang Luak Jelebu juga adalah anggota Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan bersama Dato' Undang Luak Sungei Ujong, Dato' Undang Luak Johol, Dato' Undang Luak Rembau, Tengku Besar Tampin, Tunku Besar Seri Menanti dan Dato' Shahbandar Sungei Ujong, yang mana ia dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan[5].
Dato' Undang Luak Jelebu bersama Dato' Undang Luak Sungei Ujong, Dato' Undang Luak Johol dan Dato' Undang Luak Rembau mempunyai kuasa prerogatif memilih dan melantik Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan baharu mengikut Perkara 7 dan Perkara 11 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959[6].
Pada masa sama, Dato' Undang Luak Jelebu bersama Dato' Undang Luak Sungei Ujong, Dato' Undang Luak Johol dan Dato' Undang Luak Rembau juga mempunyai kuasa prerogatif mengikut Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 untuk menggantung tugas atau melucutkan kedudukan, menarik segala kuasa serta keistimewaan Yang di-Pertuan Besar, sekiranya penyandang didapati melanggar hukum Syarak, didapati bersalah atas kesalahan jenayah, tidak siuman, mengingkari Undang-Undang Tubuh negeri atau dirasakan tidak lagi layak menjadi Yang di-Pertuan Besar[7].
Peranan utama lain bagi Dato' Undang Luak Jelebu bersama Dato' Undang Luak Sungei Ujong, Dato' Undang Luak Johol, Dato' Undang Luak Rembau serta Tunku Besar Tampin adalah mempunyai kuasa persetujuan[8] berhubung:-
Penggiliran pusaka Dato' Undang Luak Jelebu adalah mengikut penggiliran Suku Biduanda Waris Berundang di Jelebu iaitu antara Waris Ulu Jelebu (sulung), Waris Sarin (tengah) dan Waris Kemin (bongsu). Waris Sarin terbahagi kepada Waris Sarin A yang terdiri daripada perut Aur Duri, Peninjau, Kirim Mudek dan Waris Sarin B terdiri daripada perut Kuala Jelebu, Merebau, Jelin.
Bagaimanapun, ketika pemerintahan Dato' Undang Luak Jelebu ke-15, Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman Dato' Musa Wahab, Waris Sarin telah disatukan semula dengan diketuai Dato Lembaga bergelar Dato Raja Penghulu.
Waris Kemin terdiri daripada perut Kemin Triang, Kemin Kemin dan Kemin Bemban[9]. Undang Jelebu pada masa kini ialah Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman Dato' Haji Maarof bin Haji Mat Rashad, iaitu Dato' Undang Luak Jelebu ke-16 daripada Waris Kemin[10].
Pembesar-pembesar bagi Dato' Undang Luak Jelebu ialah Dato-dato Lembaga Delapan yang terbahagi kepada dua talian iaitu Dato Lembaga Talian Adat dan Dato Lembaga Talian Pusaka[11].
Dato Lembaga Talian Adat:
Dato Lembaga Talian Pusaka (Waris Berundang):
Orang Besar Dato' Undang Luak Jelebu:
Dato Lembaga Kurnia Luak Jelebu. Dato Lembaga Kurnia Luak Jelebu diletakkan di bawah riayah YM Dato Shahbandar, maka haluan sembah kepada titian Balai Undang hendaklah melalui Dato Shahbandar[12].
No | Nama | Waris | Tempoh Takhta |
---|---|---|---|
1 | Dato’ Moyang Salleh bin Dato' Metunggang | Waris Ulu Jelebu | 1757 |
2 | Dato’ Bukor | Waris Ulu Jelebu | 17xx – 17xx |
3 | Dato’ Bakul | Waris Ulu Jelebu | 17xx – 17xx |
4 | Dato’ Yunus | Waris Ulu Jelebu | 17xx – 17xx |
5 | Dato’ Lup | Waris Sarin | 17xx – 18xx |
6 | Dato’ Abdul Rahman [Duraman] | Waris Kemin | 18xx – 1820 |
7 | Dato’ Penghulu Rangga ‘Ali | Waris Ulu Jelebu | 1820 – 18xx |
8 | Dato’ Pandak | Waris Sarin | 18xx – 18xx |
9 | Dato’ Mahmud alias Kulup Tunggal | Waris Kemin | 18xx – 18xx |
10 | Dato’ Haji Ibrahim | Waris Kemin | 18xx – 1883 |
11 | Dato’ Syed Ali bin Syed Zain al-Jafri | Waris Ulu Jelebu | 1883 – 1902 |
12 | Dato’ Abdullah bin Panglima Muda Lok | Waris Sarin | 1902 – 1945 |
13 | Dato’ Shahmaruddin bin Haji Abdul Rahman | Waris Kemin | 1945 – 1962 |
14 | Dato’ Usman bin Baginda (Pemangku) | 1962 – 1966 | |
15 | Dato’ Abu Bakar bin Ma’amor | Waris Ulu Jelebu | 1966 - 1979 |
16 | Dato’ Haji Musa bin Wahab | Waris Sarin | 1980 – 2014 |
17 | Dato' Haji Maarof bin Haji Mat Rashad[13] | Waris Kemin | 2018 - kini |
|dead-url=
(bantuan)