Venice
| |
---|---|
Comune di Venezia | |
Negara | Itali |
Daerah | Veneto |
Frazioni | Chirignago, Favaro Veneto, Mestre, Marghera, Murano, Burano, Giudecca, Lido, Zelarino |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | Luigi Brugnaro (I) |
Keluasan | |
• Jumlah | 414.57 km2 (160.07 batu persegi) |
Aras | 1 m (3 ft) |
Penduduk (2018) | |
• Jumlah | 260,897 |
• Kepadatan | 630/km2 (1,600/batu persegi) |
Demonim | Veneziano Orang Venice (bahasa Inggeris) |
Zon waktu | UTC+1 (CET) |
• Musim panas (DST) | UTC+2 (CEST) |
Poskod | 30100 |
Kod pendailan | 041 |
Penaung saint | St. Mark the Evangelist |
Hari saint | 25 April |
Laman sesawang | Tapak web rasmi |
Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
Maklumat am | |
---|---|
Nama asli | Venezia, Venesia |
Nama rasmi | Venezia |
Sebahagian dari | Venice and its Lagoon, Metropolitan City of Venice, Triveneto |
Inskripsi | 1987 (sesi ke-11) |
Keluasan | 415.9 km2 (4.477×109 ka2) |
Laman sesawang | http://www.comune.venezia.it/ |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | Venetian Province, province of Venice, Wilayah Venezia, Metropolitan City of Venice, Itali |
Koordinat | 45°26′23″N 12°19′55″E / 45.4397°N 12.3319°E |
sunting · sunting di Wikidata |
Venezia, Venesia[nota 1] atau Venice[nota 2] adalah sebuah bandar di utara Itali, ibu kota bahagian Veneto, dan mempunyai penduduk berjumlah 271,251 (anggaran banci 1 Januari 2004). Bersama-sama dengan Padua, bandar raya ini termasuk dalam kawasan metropolitan Padua-Venice (penduduk 1,600,000). Venice dikenali sebagai "La Dominante", "Serenissima", "Ratu Adriatik", "Bandar Raya Air", "Bandar Raya Jambatan-jambatan", dan "Bandar Raya Cahaya".
Venice terdiri dari 117 pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh 150 buah terusan. Penduduk menyeberangi terusan-terusan ini melalui jambatan-jambatan yang kecil dan banyak. Mereka boleh juga berada menaiki sejenis bot yang dipanggil gondola untuk melalui terusan-terusan ini.
Bangunan-bangunan di bandar ini adalah sangat tua dan menarik, dan pelancong datang dari seluruh dunia untuk melihat senibina ini dan juga terusan-terusan. Bandar raya ini adalah dianggap oleh ramai orang sebagai satu bandar yang paling cantik di dunia. Tarikan pelancongan yang paling terkenal adalah Rialto-Bridge, Basilica Jalan Mark dan Doge's Palace.
Dari abad ke-9 hingga abad ke-12, bandar ini terbangun sebagai sebuah negara kota (talasokrasi atau Repubblica Marinara: tiga buah kota lain adalah Genoa, Pisa dan Amalfi). Kedudukan strategik di teluk menghadap laut Adriatik menjadikan kegiatan perdagangan dan kelautan di bandar ini sangat terdedah.[perlu rujukan] Penghapusan keigatan lanun sepanjang persisisan Dalmatia menjadikan kota ini sebuah pusat perdagangan yang makmur di rantau Eropah Barat, terutamanya antara Empayar Byzantine dan Asia sambil lautan sekelilingnya dijaga daripada ancaman lanun.[1] Mesin percetakan yang baru dicipta di Jerman merebak luas ke seluruh peLusuk benua Eropah pada abad ke-15, namun Venezia cepat mengambil potensi daripada teknologi ini; ia dengan pengaruhnya sebagai sebuah kota perdagangan antarabangsa menjadikan ia sebagai kota percetakan dunia pada tahun 1482.[2]
Republik ini kehilangan kemerdekaannya apabila ditawan oleh Napoleon Bonaparte pada 12 Mei 1797. Ia kemudian menjadi sebahagian daripada Austria dan seterusnya Itali.
Sewaktu zaman Perang Dunia Kedua, Venezia terselamat daripada sebarang serangan tentera. Hanya dalam Operasi Bowler sahaja ada kegiatan sebegini berlaku di mana Tentera Udara Diraja Britain menyerang pengawal lautan milik Wehrmacht pada bulan Mac 1945. dengan tepatnya sehingga langsung tidak menjejaskan binaan yang ada dalam kota tersebut.[3] [4]. Walaubagaimanapun, kawasan-kawasan perindustrian di Mestre dan Marghera; dalan jalan keretapi ke Padua, Trieste, dan Trento were berulang kali dibom.[5] Pada 29 April 1945, satu pasukan tentera Britain dan New Zealand dari Markas ke-8 Tentera Darat Britain, di bawah pimpinan Jeneral Freyberg, membebaskan Venice, yang mana dipenuhi dengan aktiviti parti penentang Mussolini .[6][7]
Menurut pengelasan iklim Köppen, bandar ini beriklim subtropika lembap di mana musimsejuknya berkeadaan dingin manakala musim panasnya sangat panas. Pukul rata cuaca 24 jam pada Januari ialah 3.3 °C (37.9 °F), Julai pula mempunyai purata harian sebanyak 23.0 °C (73.4 °F). Kerpasan diagihkan secara rata sepanjang tahun dengan pukul rata sebanyak 748 milimeter (29.4 in).
Data iklim untuk Veneia1971–2000) | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bulan | Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Ogo | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahun |
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) | 6.6 (43.9) |
8.6 (47.5) |
12.5 (54.5) |
16.1 (61.0) |
21.5 (70.7) |
24.9 (76.8) |
27.7 (81.9) |
27.5 (81.5) |
23.5 (74.3) |
18.0 (64.4) |
11.6 (52.9) |
7.4 (45.3) |
17.2 (63.0) |
Purata suhu harian, °C (°F) | 3.3 (37.9) |
4.7 (40.5) |
8.3 (46.9) |
12.0 (53.6) |
17.1 (62.8) |
20.5 (68.9) |
23.0 (73.4) |
22.6 (72.7) |
18.9 (66.0) |
13.8 (56.8) |
7.8 (46.0) |
4.0 (39.2) |
13.0 (55.4) |
Purata minimum suhu harian, °C (°F) | −0.1 (31.8) |
0.8 (33.4) |
4.1 (39.4) |
7.8 (46.0) |
12.7 (54.9) |
16.1 (61.0) |
18.3 (64.9) |
17.7 (63.9) |
14.3 (57.7) |
9.6 (49.3) |
4.0 (39.2) |
0.6 (33.1) |
8.8 (47.8) |
Purata kerpasan, mm (inci) | 47.0 (1.85) |
48.3 (1.90) |
48.8 (1.92) |
70.0 (2.76) |
66.0 (2.60) |
78.0 (3.07) |
63.9 (2.52) |
64.8 (2.55) |
72.0 (2.83) |
73.5 (2.89) |
65.5 (2.58) |
50.6 (1.99) |
748.4 (29.46) |
Purata bilangan hari kerpasan (≥ 1.0 mm) | 6.0 | 5.2 | 5.7 | 8.3 | 8.2 | 8.6 | 5.9 | 6.1 | 5.9 | 6.7 | 5.8 | 5.9 | 78.3 |
Purata kelembapan relatif (%) | 81 | 77 | 75 | 75 | 73 | 74 | 71 | 72 | 75 | 77 | 79 | 81 | 75.8 |
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari | 80.6 | 107.4 | 142.6 | 174.0 | 229.4 | 243.0 | 288.3 | 257.3 | 198.0 | 151.9 | 87.0 | 77.5 | 2,037 |
Sumber: MeteoAM (sun and humidity 1961–1990)[8][9] |
Jan | Feb | Mac | Apr | Mei | Jun | Jul | Gos | Sep | Okt | Nov | Dis | Tahunan |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
9.9 °C (49.8 °F) |
8.7 °C (47.7 °F) |
9.9 °C (49.8 °F) |
13.5 °C (56.3 °F) |
18.6 °C (65.5 °F) |
23.4 °C (74.1 °F) |
25.4 °C (77.7 °F) |
25.4 °C (77.7 °F) |
23.6 °C (74.5 °F) |
19.3 °C (66.7 °F) |
16.0 °C (60.8 °F) |
13.2 °C (55.8 °F) |
17.2 °C (63.0 °F) |
Pada bulan Januari 2000, kota Venice dan Persatuan Bandar dan Kota Greece Tengah (KEDKE) ditubuhkan, yang dilakukan menurut Regulasi EC No. 2137/85, Sistem Marco Polo Kumpulan Tarikan Ekonomi Eropah (E.E.I.G.), bagi mempromosikan dan merealisasikan projek-projek Eropah dalam lingkungan bidang pelancongan dan kebudayaan trans-negara, terutamanya dalam memulihara dan menjaga warisan seni dan senibina.
Venice merupakan sebuah bandar berkembar dengan :
Pada tahun 2013, Venice menamatkan hubungan bandar berkembarnya dengan St. Petersburg kerana membantah undang-undang Rusia yang diluluskan bagi mengharamkan homoseksual dan mereka yang menyokong hak-hak gay.[13]
Venice memiliki beberapa perjanjian kerjasama dengan bandar Thessaloniki di Greece; Nuremberg di Jerman, yang ditandatangani pada 25 September 1999; dan Istanbul di Turki pada 4 Mac 1993, tertakluk dalam rangka kerja Deklarasi Istanbul 1991. Ia juga berkerjasama dalam bidang Sains dan Teknologi dengan Qingdao, China.
Nama "Venezuela" adalah berunsur galur dari bahasa Sepanyol bagi Venice kecil (Veneziola).[14]
Banyak lagi tempat-tempat lain di dunia yang dinamakan bersempena dengan nama Venice: antaranya.
Venice_Russia
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Venice. |
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Venice. |