Surat wasiat (pinjaman Arab: وَصِيَّة, rumi: waṣiyat terbitan kata akar وَصَّى waṣṣā "mempertanggungjawabkan dan menjaminkan [harta kepada seseorang]";[1][2] bahasa Inggeris: last will and testament ) ialah pengisytiharan sah yang mana penulisnya selaku pewasiat, mencalonkan beberapa orang lain untuk menguruskan asetnya serta menguruskan pertukaran hartanya apabila pewasiat meninggal dunia. Wasiat juga boleh mengasaskan amanah wasiat yang hanya menjadi laku selepas kematian pewasiat.
Sesiapa yang sudah mencecah usia dewasa dan berfikiran sihat boleh mendrafkan wasiat sendiri tanpa bantuan peguam, ditambah lagi dengan syarat-syarat lain mengikut bidang kuasa, seperti berikut:
Selepas pewasiat meninggal dunia, tindakan probet boleh dimulakan di mahkamah untuk menentukan kesahan wasiat yang ditulis oleh pewasiat, iaitu sama ada wasiat itu memenuhi keperluan undang-undang, dan melantik wasi. Selalunya apabila menjalankan probet, sekurang-kurangnya seorang saksi dihadapkan untuk memberi keterangan atau menandatangani afidavit "bukti penyaksian". Walaupun begitu, di sesetengah tempat, undang-undang statut menyediakan keperluan wasiat "pembuktian diri" (mesti dipatuhi ketika melaksanakan wasiat), oleh itu testimoni saksi boleh diabaikan ketika menjalankan probet. Sekiranya wasiat diisytiharkan tidak sah dalam probet, maka pewarisan dijalankan mengikut undang-undang kematian tak berwasiat (intestacy) seolah-olah wasiat tak pernah ditulis. Selalunya diberikan had masa, biasanya 30 hari, untuk wasiat dikemukakan untuk dijalani probet. Hanya surat wasiat asal boleh dikemukakan di kebanyakan tempat, salinan yang paling iras pun tidak diterima juga.
Untuk penurunan harta yang tidak ditentukan oleh wasiat, rujuk pewarisan harta dan kematian tak berwasiat.
Undang-undang | ||
Sistem perundangan | Common law | Undang-undang sivil | Undang-undang adat | Undang-undang agama | Undang-undang sosialis | Undang-undang antarabangsa | |
---|---|---|
| ||
Sumber undang-undang | Undang-undang statut (Perundangan | Kod sivil | Pentafsiran statut) | |
Undang-undang bukan statut (Adat | Undang-undang kes | Ekuiti) | ||
| ||
Penghukuman | Undang-undang umum (Undang-undang jenayah | Undang-undang perlembagaan | Undang-undang pentadbiran) | |
Undang-undang khusus (Undang-undang sivil | Undang-undang kewajipan | Kontrak | Tort | Wasiat dan Pegangan) | ||
Mahkamah (Sistem perseteruan | Sistem penyiasiatan | Bukti | Kehakiman | Peguam) | ||
| ||
Falsafah perundangan | Falsafah undang-undang | Undang-undang semulajadi | Perundangan positivisme | Perundangan formal | Perundangan realiti | Penafsiran undang-undang | Teori perundangan feminis | Undang-undang dan ekonomi | Pengajian undang-undang kritikal | Perbandingan undang-undang | |
Lihat juga:Senarai cabang undang-undang |