Wenlock | |
---|---|
Kronologi | |
Templat:Silurian graphical timeline | |
Etimologi | |
Keformalan nama | Formal |
Nama yang diratifikasi | 1980[1] |
Maklumat kegunaan | |
Jasad cakerawala | Bumi |
Kegunaan tempatan | Global (ICS) |
Skala masa yang digunakan | Skala Masa ICS |
Takrifan | |
Unit kronologi | Epok |
Unit stratigrafi | Siri |
Keformalan jangka masa | Formal |
Takrif sempadan bawah | Tidak dapat ditetapkan dengan tepat. Pada waktu ini diletakkan di antara biozon akritark 5 dan penampilan terakhir Pterospathodus amorphognathoides. Rujuk pada epok Llandoveri untuk maklumat lanjut. |
Calon takrif sempadan bawah | Sempadan konodon (Datum Ireviken 2) yang berdekatan dengan biozon graptolit murchisoni. |
Calon keratan GSSP sempadan bawah | None |
Sempadan bawah GSSP | Hughley Brook, Apedale, U.K. 52°34′52″N 2°38′20″W / 52.5811°N 2.6389°W |
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP | 1980[1] |
Takrif sempadan atas | DKP graftolit Saetograptus (Colonograptus) varians |
Sempadan atas GSSP | Pitch Coppice, Ludlow, U.K. 52°21′33″N 2°46′38″W / 52.3592°N 2.7772°W |
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP | 1980[1] |
Wenlock merupakan nama untuk epok kedua tempoh Silur. Ia didahului oleh Epok Llandoveri dan diikuti oleh Epok Ludlow. Tarikh radiometrik membatas epok Wenlock antara 433.4 dan 427.4 juta tahun dahulu.[2]
Wenlock dinamakan sempena Tebing Wenlock, singkapan batu berhampiran bandar Much Wenlock di Shropshire (West Midlands, United Kingdom).[3] Nama itu mula-mula digunakan dalam istilah "batuan Wenlock dan Dudley" oleh Roderick Murchison pada tahun 1834 untuk merujuk kepada batu kapur dan batu syal yang mendasari "batuan Ludlow".[4] Beliau kemudiannya mengubah suai istilah ini kepada hanya "batuan Wenlock" dalam bukunya bernama The Silurian System pada tahun 1839.[5]
Permulaan epok Wenlock ditakrifkan oleh sempadan bawah (atau GSSP) peringkat Sheinwoodian. Penghujungnya ditakrifkan sebagai dasar (atau GSSP) untuk peringkat Gorstian. [6]
Epok Wenlock dibahagikan kepada peringkat Sheinwoodian yang tua dan peringkat Homerian yang muda. Peringkat Sheinwoodian bertahan dari 433.4 hingga 430.5 juta tahun dahulu. Peringkat Homerian pula bertahan dari 430.5 hingga 427.4 juta tahun dahulu.[2]
<ref>
tidak sah, nama "Stratchart 2013/01" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza