Panduan Wikipedia Kelakuan Anggaplah niat baik Konflik kepentingan Jangan hentam pengguna baru Jangan rencatkan Wikipedia untuk menggambarkan pendapat Etika Mempermainkan sistem Laman pengguna Kandungan Memetik sumber Sumber yang boleh dipercayai Kelayakan Perbincangan Tandatangan Garis panduan laman perbincangan Suntingan Saiz rencana Berani Jangan masukkan salinan sumber asli Jangan melakukan tipu helah Ringkasan suntingan Karut jelas Penyusunan Kategori, senarai dan templat Pengkategorian Nyahkekaburan Sublaman Laras bahasa Manual Gaya Manual Gaya (senarai) Manual Gaya (jadual) Lain-lain Senarai dasar dan garis panduan
Sila ambil maklum bahawa Wikipedia berhak memadamkan apa-apa petikan, tulisan, rencana dan laman yang ditulis oleh penyunting tanpa memiliki sebarang rujukan dan pengesahan.

Wikipedia merupakan sebuah ensiklopedia, isi kandungannya adalah mengenai fakta. Ini bermakna sebarang pernyataan dalam Wikipedia seharusnya mempunyai sumber rujukan yang absah.

Pernyataan yang tidak mempunyai sumber rujukan adalah sesuatu yang kebenarannya diragu-ragukan. Ia adalah sesuatu yang mudah tercabar, dan lebih buruk lagi barangkali ia merupakan pernyataan yang palsu, yang boleh memudaratkan pembaca. Dengan kebanyakan rencana-rencana yang tidak mempunyai sumber rujukan, maka ia akan menjadikan Wikipedia satu ensiklopedia yang tidak boleh diharap.

Selain menjadikan Wikipedia sebagai gedung ilmu pengetahuan yang telus, adil dan jitu, setiap sumber rujukan juga perlulah diambil dari sumber yang boleh dipercayai dengan fakta-fakta yang benar dan tuntas. Ketiadaan sumber rujukan akan menyebabkan inspirasi Wikipedia sebagai ensiklopedia yang sarat dengan fakta berwibawa hanya tinggal omong-omong kosong sahaja, kerana itu bagi mengelakkan hal ini berlaku dasar utama Wikipedia adalah memastikan segala fakta yang diberikan oleh penyunting WAJIB mempunyai sumber rujukan yang boleh dipercayai.

Ketiadaan sumber rujukan juga dapat membuatkan ramai pihak mempersoalkan kerasional fakta dalam sesuatu ensiklopedia. Anda perlu ingat jika anda menggunakan sumber rujukan yang tidak boleh dipercayai ini memungkinkan maklumat yang terkandung dalam set rencana dapat menyebabkan berlakunya ketirisan fakta, penyataan berat sebelah yang akhirnya menggalakkan fitnah dan permusuhan. Semua ini tidak selaras dengan tujuan penubuhan Wikipedia serta membelakangi nilai-nilai moral dan kebebasan sejagat yang sebenarnya.

Sumber rujukan yang sah

Sumber rujukan merupakan tempat datangnya sesuatu pengetahuan. Terdapat pelbagai jenis sumber rujukan, tetapi bukan semuanya boleh dianggap sebagai sumber rujukan yang sah; yakni sah untuk diyakini. Pada umumnya sumber rujukan yang sah adalah seperti berikut:

Memandangkan Wikipedia merupakan ensiklopedia bebas yang menggunakan aplikasi elektronik dan "online", maka jadikan rujukan laman sesawang sebagai keutamaan terlebih dahulu dalam setiap baris frasa, penyataan dalam rencana atau artikel suntingan anda sebelum memilih rujukan dari sumber "bukan online".

Sumber rujukan tidak sah

Berikut adalah sumber rujukan yang tidak sah digunakan di dalam Wikipedia (samada Wikipedia bahasa Melayu atau Wikipedia versi bahasa yang lain). Wikipedia melarang sebarang pautan terhadap laman-laman dibawah sebagai bukti rujukan teks anda.


Larangan menggunakan sumber rujukan yang kabur kredibilitinya

Perlu juga dijelaskan disini bahawa sesiapa sahaja mungkin boleh mencipta atau membina laman sesawang atau membayar kepada mana-mana pihak bagi menghasilkan suatu karya samada hasil cetusan idea dan pemikirannya sendiri atau orang yang membinanya atau sesuatu pihak yang diupahnya, sedangkan ia sebenarnya tidak mendapat reputasi tinggi oleh masyarakat atau para akademis yang menilai. Ia juga menjadikan kerja tersebut sebagai suatu karya yang kononnya mendapat sanjungan (sedangkan sebenarnya adalah sebaliknya) ataupun sengaja membuat-buat cerita bahawa karya itu adalah hasil kajian yang kaya dan pakar dalam sesuatu bidang atau pelbagai bidang. Maka apa jua perkara diatas adalah terlarang untuk diselitkan dalam Wikipedia ini sebagai sumber rujukan yang boleh dipercayai.

Wikipedia bahasa asing sebagai sumber rujukan

Pada peringkat permulaan, Wikipedia Bahasa Melayu akan menerima Wikipedia bahasa asing sebagai sumber rujukan yang sah namun tajuk rencananya tidak boleh diletakkan sebagai sumber rujukan di bawah tajuk kecil sumber rujukan di mana-mana rencana di Wikipedia ini.