Dr. Yaakob Sapari | |
---|---|
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Dipilih oleh Dewan Negeri Selangor | |
Dalam jawatan 5 Disember 2018 – 4 Disember 2021 | |
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian,
Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor | |
Dalam jawatan 13 Mac 2008 – 5 Mei 2013 | |
Menteri Besar | Abdul Khalid Ibrahim |
Ahli Dewan Negeri Selangor untuk N40 Kota Anggerik | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 8 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Datuk Ahmad Nawawi M. Zin BN |
Digantikan oleh | Najwan Halimi |
Majoriti | |
Butiran peribadi | |
Lahir | Pontian, Johor | 14 Ogos 1961
Parti politik | PH-PKR |
Pendidikan |
|
Dr. Yaakob bin Sapari adalah ahli politik Malaysia dan kini adalah Senator Dewan Negara Malaysia.[1]
Dr. Yaakob memenangi percubaan pertama dalam kempen pilihan raya pada tahun 2008 sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), dalam gabungan Pakatan Rakyat yang mengalahkan Barisan Nasional buat kali pertama dalam sejarah pilihan raya negeri Selangor. Pada tahun 2013, beliau mengekalkan kedudukan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk Kota Anggerik (N40).[2]
Pada tahun 2008, beliau juga diberi amanah menggalas jawatan EXCO Kerajaan Negeri Selangor bagi portfolio Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan.
Sepanjang penglibatan aktif Dr. Yaakob dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak tahun 1999, beliau telah dipilih sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor, Naib Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor dan Ketua Cabang PKR Shah Alam.
Selain itu, Dr. Yaakob menyumbang kepakaran beliau dalam bidang pertanian sebagai Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan juga menyumbang khidmat bakti beliau kepada golongan usahawan sebagai Presiden Dewan Perniagaan dan Usahawan Negeri Selangor.