Yonnyboii | |
---|---|
Kelahiran | Muhammad Haqeem Nuriman bin Nor Azrin 20 Mei 1998 |
Pasangan | Nik Nazirah Nik Narriman (k. 2021) |
Anak-anak | 1 |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2016–kini |
Syarikat rakaman | Universal Music Malaysia |
Pengkarya berkait | Zynakal, Caprice, Ismail Izzani, Shalma Eliana |
Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin atau lebih dikenali sebagai Yonnyboii (lahir 20 Mei 1998) merupakan seorang rapper, penulis lagu dan penerbit rakaman lelaki Malaysia.[1] Yonnyboii memulakan kerjaya muziknya pada usia remaja dengan melancarkan pita adunan pertamanya pada 2016. Beliau kemudian memuat naik videonya di YouTube dan meraih kejayaan. Pada tahun 2019, beliau melancarkan single sulungnya, "Takut" bersama Caprice.[2][3]
Kolaborasi beliau bersama Zynakal pada 2019, "Sakit" meraih 37 juta tontonan di YouTube.[4] "Sakit" telah menduduki #1 di carta RIM ‘Single Paling Distrim di Malaysia’ selama 14 minggu, sekaligus melancarkan kerjaya Yonnyboii di media arus perdana.[5] Sebagai penerbit rakaman, Yonnyboii bekerjasama dengan Siti Sarah menerusi single terbaharu, "Dap Dap Dap".[6] Pada 3 April 2020, Yonnyboii melancarkan single terbaharunya, ‘Salahku’, yang meraih 300k tontonan YouTube dalam tempoh seminggu selepas ia dilancarkan. Yonnyboii juga muncul dalam lagu lain, termasuk lagu Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir "X Missing You" bersama Tuju K-Clique.[7] Semasa pandemik COVID-19, Universal Music Malaysia melancarkan single kolaborasi, "#JANGANKELUAR" menampilkan 17 artis tempatan Malaysia sebagai sokongan kepada perintah kawalan pergerakan oleh pihak kerajaan Malaysia.[8] Lagu tersebut ditulis dan diterbitkan oleh Yonnyboii sendiri.[9] Pada Julai 2020, Yonnyboii melancarkan lagu baru bersama Azlan & The Typewriter bertajuk "Kelabu" sambil mempromosikan kempen antibuli yang disertai oleh 30 orang pendorong yang lain.[10] Pada 18 Disember 2020, Yonnyboii melancarkan EP sulungnya, Yonny yang memuatkan sebanyak 9 lagu.[11]
Yonnyboii dilahirkan di Hospital Kajang, Selangor dan dibesarkan di Setapak, Kuala Lumpur. Beliau mempunyai pendidikan dalam bidang animasi, pernah berkerja di pejabat sebagai pelukis grafik dan berkerja separuh masa di FamilyMart sebelum meneruskan minat beliau dalam bidang muzik. Beliau telah mula menulis lagu semenjak dari umur 13 tahun.[3] Dalam temuramah bersama mStar Online pada 4 April 2020, Yonnyboii mendedahkan beliau tidak mempunyai ramai kawan sambil menyifatkan suka menyendiri dan mudah cepat marah.[12] Yonnyboii mendedahkan dalam temuramah bersama Kosmo! bahawa beliau pernah menjadi mangsa kepada buli semasa zaman kanak-kanak seawal umur enam tahun hanya kerana berkelakuan pelik dan berbeza daripada orang lain kerana ADHD, mempunyai parut di kepala disebabkan kemalangan pada usia 12 tahun di mana semua faktor tersebut menyebabkan beliau menghidapi penyakit depresi.[13]
Beliau berkahwin dengan Nik Nazirah Nik Narriman pada 20 November 2021.[14]
Kolaborasi kedua antara Yonnyboii dan Zynakal bertajuk "Cemburu" telah dituduh sebagai plagiat kerana menggunakan ciptaan pelukis lain sebagai single cover mereka yang mana akhirnya telah diganti setelah diminta oleh pelukis asal.[15]
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Artis Baharu Lelaki Popular | Tercalon |
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular (bersama Zynakal) | Tercalon | ||
2021 | Anugerah Juara Lagu ke-36 | Peserta | Tercalon |
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon |