Yuji Hyakutake | |
---|---|
Kelahiran | 7 Julai 1950 Shimabara, Nagasaki |
Meninggal dunia | 10 April 2002 Kokubu, Kagoshima |
Warganegara | Jepun |
Terkenal kerana | Penemuan komet C/1995 Y1 dan C/1996 B2 |
Yuji Hyakutake (百武 裕司 , Hyakutake Yūji, 7 Julai 1950 – 10 April 2002) ialah ahli falak amatur dari Jepun yang menemui komet C/1996 B2 atau juga dikenali sebagai komet Hyakutake pada 31 Januari 1996.[1]
Hyakutake dilahirkan di Shimabara, wilayah Nagasaki pada 7 Julai 1950. Beliau telah menamatkan pengajiannya di Sekolah Tinggi Nagasaki-kita Wilayah Nagasaki dan Universiti Kyushu Sangyo di mana beliau mengambil jurusan fotografi.
Pada 1994, Hyakutake berpindah ke wilayah Kagoshima untuk mencari komet.[2] Penemuan pertama beliau setelah berpindah ialah komet Hyakutake (C/1995 Y1) pada 26 Disember 1995.[3] Beberapa minggu kemudian, beliau berjaya menemui komet C/1996 B2 pada 31 Januari 1996 semasa mencari-cari komet C/1995 Y1.[4][5]
Hyakutake meninggal dunia pada 10 April 2002 di Kokubu, Kagoshima pada usia 51 tahun[2] disebabkan aneurisme, yang membawa kepada pendarahan dalaman.[6]