Rencana ini memerlukan petikan dan rujukan tambahan untuk pengesahan. Sila bantu memperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam.Cari sumber: "Yusri Mohamad" – berita · akhbar · buku · sarjana · JSTOR (Mei 2020) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Dr.

Yusri Mohamad
يسري محمد
Ahli
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Memegang jawatan
24 Februari 2021
PengerusiMohd Daud Bakar
Yang Dipertua
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Dalam jawatan
1 Oktober 2015 – 31 Oktober 2018
Didahului olehAsyraf Wajdi Dusuki
Digantikan olehNik Omar Nik Abdul Aziz
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia
Dalam jawatan
2005–2009
Didahului olehAhmad Azam Ab Rahman
Digantikan olehMuhamad Razak Idris
Butiran peribadi
LahirYusri bin Mohamad
(1972-01-15) 15 Januari 1972 (umur 52)
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
KerakyatanMalaysia
PasanganHamiliya Mustafa
Ibu bapaDato' Mohamad (bapa)
Datin Nik Zahrah
PekerjaanPeguam syarie

Dr. Yusri bin Dato' Mohamad (Jawi: يسري بن محمد; lahir 15 Januari 1972) merupakan seorang pendakwah di Malaysia dan juga bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang ke-12 berkuatkuasa pada 1 Oktober 2015, menggantikan Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang dilantik menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 29 Julai 2015. Beliau kini salah seorang Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Beliau menamatkan perkhidmatannya sebagai Yang Dipertua YADIM pada 31 Oktober 2018,[1] dan jawatan ini kemudian diganti oleh Nik Omar Nik Abdul Aziz berkuatkuasa 20 Disember 2018.[2]

Biodata

Yusri dilahirkan pada 15 Januari 1972 di Kota Bharu, Kelantan, dan pernah memegang beberapa jawatan termasuk Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dari tahun 1995 hingga 1997, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia keenam (2005-2009)[3] serta pernah menganggotai Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN), Ahli Exco Majlis Belia Malaysia (MBM), Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)[4] dan Pengerusi Allied Coordinating Committee for Islamic NGOs (ACCIN).

Beliau menerima pendidikan awal di Kota Bharu, Kelantan dan pendidikan menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1985 hingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan lulus cemerlang di dalam bidang undang-undang (LL.B) pada tahun 1995 dan undang-undang (Shari’ah) (LL.B(S) pada tahun 1996.[5]

Yusri kemudiannya melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Undang-undang (LL.M) (pengkhususan Undang-Undang Islam) di School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London, United Kingdom dalam tahun 1997 dan kemudian menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah dalam bidang teori perundangan Islam di UIAM pada tahun 2010.

Di antara bidang pengkhususan akademik beliau ialah Teori Perundangan Islam, Undang-Undang Perlembagaan Malaysia, Undang-undang Perlembagaan Islam dan Undang-undang Kewangan Islam.

Beliau yang pernah bertugas sebagai pensyarah di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), UIAM selama 15 tahun sehingga akhir 2011, juga dilantik sebagai perunding penasihat syariah dan motivasi kepimpinan dalam pelbagai kapasiti dari semasa ke semasa.

Pada 24 Februari 2020, beliau dilantik sebagai salah seorang Ahli Majlis Agama islam Wilayah Persekutuan.[6]

Pendidikan & kerjaya

Kelayakan akademik

Bidang profesional

Pengalaman bertugas

Tugas dan tanggungjawab

Kursus/fellowship

Anugerah pencapaian

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Aktiviti persekolahan

Malay College Kuala Kangsar (MCKK):

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia:

Penglibatan sosial dan pertubuhan badan bukan kerajaan

Penulisan buku

Ulasan buku

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ https://www.yadim.com.my/v2/terima-kasih-dr-yusri-mohamad/
  2. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/511461/nik-omar-mulakan-tugas-sebagai-yang-dipertua-yadim
  3. ^ https://www.reuters.com/article/us-malaysia-religion-ruling-idUSSP20856820070530
  4. ^ https://www.merdeka.com/dunia/kandasnya-perjuangan-umat-kristen-malaysia-menyembah-allah.html
  5. ^ https://www.zurich.com.my/-/media/project/zwp/malaysia/docs/about-zurich/our-leaders/bod-profiles/ztmb-bod-profile-dr-yusri-bin-mohamad.pdf
  6. ^ https://www.utusan.com.my/nasional/2021/02/dr-mohd-daud-bakar-dilantik-pengerusi-maiwp-baharu/