YBhg Tan Sri Zainal Rampak dikenali sebagai Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang lantang menyuarakan nasib pekerja di sektor swasta .
Beliau terlibat Kesatuan Sekerja lebih dari 40 tahun.Beliau menjadi Setiausaha agung Kesatuan Sekerja Pengangkutan (TWU). Kemudian menjadi Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada 1985-2006 .Dari 1972 beliau menjadi Pengerusi Belia cawangan MTUC , menanjak naik menjadi Naib Presiden dan Timbalan Presiden MTUC. Peranan beliau semakin penting apabila dijemput hadir dalam International Confederation of Free Trade Unions (ICFTU). Beliau masih lagi menjadi Ketua Pengarah ICFTU Asian and Pacific Regional Organization (ICFTUATUC).
Zainal Rampak juga menjadi Pengerusi Asian and Pacific Regional Council of the International Transport Workers Federation (ITF), sebagai Setiausaha Majlis ITF Malaysia.
Zainal terpilih sebagai ahli Badan Kerajaan untuk Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) pada l993-1996. Beliau terpilih semula pada 1996-1999. Tahun 1999, Zainal dipilih semua sebagai ahli penuh ILO untuk pemimpin pekerja Malaysia.Semasa Persidangan ILO 2002 , beliau terpilih sebagai wakil Malaysia untuk Naib Presiden Persidangan.Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir dalak persidangan itu.
ICFTU mengiktiraf keupayaan Zainal lalu melantik beliau sebagai penyelaras bagi Kumpulan Pekerja ILO bagi Asia-Pasifik.Beliau juga Ahli Jawatankuasa Pemandu dan Jurucakap Rasmi (Kumpulan Pekerja) Program Antarabangsa Penghapusan Buruh Kanak-kanak (ILO-IPEC). Zainal juga pernah berkhidmat sebagai Jurucakap Rasmi (Kumpulan Pekerja) untuk Jawatankuasa Perusahaan Multinasional ILO. Beliau adalah juga Naib Pengerusi Lembaga Kesatuan Sekerja itu untuk ILO Turin, Itali dan juga Ahli Lembaga Pusat Latihan Antarabangsa ILO di Turin, Itali.
Zainal telah dipilih sebagai Pengerusi Kesatuan Majlis Perdagangan Komanwel pada tahun 2002 dan juga merupakan Pengerusi Persekutuan Kesatuan Pekerja Pengangkutan Antarabangsa Rantau Asia Pasifik selama lapan tahun sejak tahun 2002.
Zainal telah menerima beberapa anugerah sebagai menghargai perkhidmatan beliau kepada Pekerja dan masyarakat umum. Beliau dianugerahkan KMN (Kesatria Mangku Negara atau Kepimpinan Cemerlang Negara) oleh Yang DiPertuan Agung pada Jun, l997. [6]
Beliau telah dilantik sebagai Senator pada bulan Disember (l998-2005) dan diberikan gelaran 'Dato' pada tahun 1999. Sebagai menghargai perkhidmatan beliau yang tidak ternilai untuk kesejahteraan pekerja, MTUC memberi Zainal gelaran 'Bapa Pekerja Malaysia' pada 1 Mei 1997.
Pada tahun 2012, Zainal Rampak, beliau dianugerahkan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang membawa gelaran Tan Sri.[perlu rujukan]
Kini Zainal Rampak adalah Pengerusi Kolej Pekerja (WIT), sebuah kolej teknikal dan vokasional yang telah ditubuhkan oleh Kesatuan Pekerja Pengangkutan pada tahu 1977.
Pada 7 Julai 2010, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak dengan kos tuntutan saman fitnah RM150 juta oleh bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Zainal Rampak terhadap akhbar The Sun dan dua lagi berhubung penyiaran satu artikel pada 2000. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad berhujah bahawa artikel bertajuk 'Step down or shut up' itu tidak mempunyai unsur fitnah. Defendan-defendan juga mempunyai tanggungjawab moral dan sosial untuk mendedahkan kebenaran mewakili kepentingan sembilan juta pekerja. [7]