Brigedier Jeneral (Denmark: Brigadegeneral; Jerman: Brigadegeneral) ialah varian Jermanik bagi pangkat Brigedier Jeneral.

Belgium

Pangkat Brigadegeneral (Templat:Lang-nl-BE; Perancis: Général de Brigade) digunakan oleh Komponen Darat Belgium, Komponen Udara Belgium dan Komponen Perubatan Belgium.

Denmark

Brigadegeneral ialah pangkat pegawai jeneral paling rendah dalam Tentera Darat Diraja Denmark dan Tentera Udara Diraja Denmark, ia berada di atas pangkat Oberst dan dibawah Generalmajor. Pangkat ini telah diperkenalkan pada 1983, susulan dari penerimaan STANAG 2116.[1] Ia ditakrifkan OF-6 dalam NATO dan mempunyai gred gaji M403, ia setaraf dengan Flotilleadmiral.[2][3] Pangkat ini diberikan kepada para panglima Briged Pertama dan Briged Ke-2, atau kepada Oberst dalam misi lanjutan antarabangsa, sebagai pangkat sementara.[4]

Jerman

Brigedier Jeneral
Brigadegeneral
Pelapik gorjet kolar kanan dan kiri Epaulet
bahu Tentera Darat
Epaulet
bahu Tentera Udara
Negara
Jerman
Cabang perkhidmatan Tentera Darat Jerman
Tentera Udara Jerman
Singkatan BrigGen
Kumpulan pangkat Pegawai Jeneral
Pangkat Satu bintang
Diperkenalkan 1956 (moden)
Kod
NATO
OF-6
Pangkat tinggi seterusnya

Generalmajor

Pangkat rendah seterusnya

Oberst

Persamaan pangkat Flottillenadmiral

Brigadegeneral, singkatan BrigGen, (bm: Brigedier Jeneral) adalah pangkat pegawai jeneral yang terendah dalam Tentera Darat Jerman (Heer) dan Tentera Udara Jerman (Luftwaffe).


Pangkat ini ditakrifkan OF-6 dalam NATO, dan merupakan gred B6 dalam peraturan gaji Kementerian Pertahanan Persekutuan. Ia setaraf dengan Flottillenadmiral dalam Tentera Laut Jerman (Marine) atau dengan Generalarzt, Generalapotheker dan Admiralarzt dalam Zentraler Sanitätsdienst der Bundeswehr.

Insignia pangkat

Pada epaulet bahu (Heer, Luftwaffe) terdapat satu paku (bintang) emas dalam kalungan daun oak emas.

Heer Luftwaffe ... pada kolar uniform
Pangkat junior
Oberst

(Pangkat pegawai Jerman)
Brigadegeneral

Pangkat senior
Generalmajor

Lihat juga

Rujukan

Bibliografi