Oberleutnant (secara literal 'Leftenan atas') ialah pangkat pegawai leftenan tertinggi dalam angkatan tentera Jerman (Bundeswehr), Angkatan Tentera Austria, dan Angkatan Tentera Swiss yang berbahasa Jerman.
Leftenan Kanan Oberleutnant | |||||||
| |||||||
Negara | Jerman | ||||||
Cabang perkhidmatan | Tentera Darat Jerman Tentera Udara Jerman | ||||||
Singkatan | OLt | ||||||
Kumpulan pangkat | Pegawai muda | ||||||
Diperkenalkan | 1871 | ||||||
Kod NATO |
OF-1 | ||||||
Pangkat tinggi seterusnya | |||||||
Pangkat rendah seterusnya | |||||||
Persamaan pangkat | Oberleutnant zur See |
Di dalam Tentera Darat Jerman, pangkat ini bermula dari awal abad ke-19. Diterjemah sebagai "leftenan kanan", pangkat ini secara lazimnya diberikan kepada pegawai bertauliah selepas lima hingga enam tahun berkhidmat dengan aktif.
Oberleutnant digunakan oleh kedua-dua Tentera Darat Jerman dan Tentera Udara Jerman. Dalam sistem perbandingan tentera NATO, seorang Oberleutnant Jerman bersamaan dengan seorang Leftenan Pertama dalam Tentera Darat/Tentera Udara negara-negara Bersekutu.
Pangkat tentera laut yang setara ialah Oberleutnant zur See.
Di Jerman Nazi, dalam SS, SA dan Waffen-SS, pangkat Obersturmführer dianggap setara dengan Oberleutnant dalam Tentera Darat Jerman.[1][2]
Rencana utama: Pangkat tentera Jerman Timur |
Dalam Tentera Rakyat Nasional (NPA) GDR, pangkat ini merupakan lieutenant tertinggi, sehingga tahun 1990. Ini merujuk kepada doktrin ketenteraan Soviet dan sejajar dengan angkatan tentera lain Pakatan Warsaw.
Pangkat setara dalam Volksmarine (bm: Tentera Laut GDR) ialah Oberleutnant zur See. Kemudian ia dipendekkan kepada hanya Oberleutnant ; bagaimanapun, secara dalaman Oberleutnant zur See terus digunakan. Merujuk kepada angkatan tentera Soviet dan kepada angkatan tentera lain Pakatan Warsaw Oberleutnant adalah pangkat pegawai kedua paling muda sehingga 1990.
Insignia pangkat | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tentera Darat | Tentera Udara | Pasukan Sempadan GDR | Volksmarine | ||||||
N/A | |||||||||
Oberleutnant | Oberleutnant zur See |