Bahagian dari siri tentang |
Gereja Katolik |
---|
Ikhtisar |
Buku Katolik Rom |
Portal Katolik |
Dalam agama Kristian Roman Katolik, indulgensi (bahasa Inggeris: indulgence, lit. 'pengampunan' ; Latin: indulgentia, lit. 'pelepasan' ) ialah cara untuk mengurangkan atau menghapuskan hukuman bagi dosa yang sudah diampunkan.[1] Katekismus Gereja Katolik, buku yang meringkaskan kepercayaan asas mazhab Katolik, menakrifkannya "peringanan hukuman sementara daripada Tuhan untuk dosa-dosa yang kesalahannya telah diampuni, yang diperoleh oleh orang Kristian yang betul-betul sedia menerima dengan syarat-syarat tertentu…"[2]
Pendosa yang diampunkan, dalam agama Kristian, tetap perlu dihukum selama satu tempoh untuk menebus dosa tersebut di dalam neraka sementara/api penyucian, kemudian mereka dapat memasuki syurga. Sementara dosa besar boleh diampuni sepenuhnya dengan membuat sakramen dan taubat, dosa kecil akan kekal dan perlu disucikan di neraka sementara. Penerima indulgensi mesti melakukan perbuatan atau doa tertentu demi menebusnya, seperti berhijrah, menziarah tempat suci atau membuat kerja-kerja amal.[3] Tambahan pula, indulgensi hanya boleh diberikan oleh pihak Gereja, yang dipercayai mendapat izin Tuhan untuk memberikan indulgensi.
Indulgensi bukanlah izin untuk melakukan dosa sesuka hati. Ia cuma menghapuskan sebahagian atau semua hukuman disebabkan dosa. Indulgensi tidak mengampuni dosa, dosa diampuni melalui penyesalan yang mendalam dan sakramen pengakuan, dan seseorang mesti tiada dosa besar untuk mendapat penebusan. Barulah hukuman sementara atas dosa yang diampuni itu dapat dihapuskan.
Dalam agama Kristian awal, pendosa perlu menghukum diri dengan keras untuk diampuni. Lama-kelamaan, indulgensi diperkenalkan sebagai cara alternatif untuk orang Kristian yang hampir mati syahid atau dipenjarakan kerana iman mereka mendapatkan pengampunan.[4] Gereja Katolik mengajar bahawa sumber indulgensi ialah "simpanan pahala" yang diperoleh daripada pengorbanan Yesus di kayu salib, serta pahala-pahala dan taubat para santo.[5] Ia juga datang daripada pahala orang-orang Kristian silam yang membuat lebih banyak kebaikan daripada yang diperlukan untuk mendapat penyelamatan.
Sekitar 1500, indulgensi menjadi surat bercetak yang mengatakan bahawa seseorang telah menerima pengampunan penuh untuk semua dosa mereka setelah membayar sejumlah wang kepada gereja. Malah orang yang telah mati dan dalam api penyucian boleh serta-merta dibebaskan jika orang yang masih hidup membayar untuk indulgensi itu. Wang tersebut digunakan untuk membina sebuah gereja di Rom, sebahagian wang itu diberikan kepada penguasa tempatan atau pemimpin sekular. Indulgensi juga digunakan untuk kemudahan awam, seperti hospital.[6]
Akan tetapi, indulgensi mula disalahgunakan, terutamanya untuk mengaut untung, dan menjadi isu yang pihak gereja mengetahui tetapi tidak dapat halang.[7] Indulgensi menjadi sasaran utama Martin Luther dan ahli teologi Protestan yang lain, dari awal Reformasi Protestan. Akhirnya gerakan Pemulihan Balas Katolik memansukhkan indulgensi dijual. Tetap indulgensi kekal dalam agama Katolik moden dan ia disahkan adalah sebahagian daripada dogma Katolik oleh Majlis Trento. Pada tahun 1567, Paus Pius V berkata indulgensi tidak boleh dikaitkan dengan apa-apa tindakan berkaitan wang, termasuk pemberian derma. Pada abad ke-20, reformasi telah dibuat untuk menghapuskan indulgensi mengikut hari atau tahun. Sebelum itu, hari atau tahun ini sepatutnya melambangkan masa yang dihabiskan untuk menebus dosa, tetapi ramai salah sangka ia masa yang dihabiskan dalam neraka penyucian. Reformasi tersebut juga mengurangkan jumlah indulgensi yang diberikan dengan melawat gereja dan tempat-tempat tertentu.
Dalam Hukum Gereja 996, kesemua syarat harus dipenuhi agar seseorang boleh mendapat indulgensi:[8]
Suplemen Bahagian Ketiga Summa Teologia (suplemen ini mungkin tidak ditulis oleh St. Thomas Aquinas sendiri) menyebutkan bahawa indulgensi tidak membebaskan seseorang daripada kewajiban yang perlu dilakukan akibat dosanya; dia tetap perlu bertaubat seperti yang disuruh supaya dia dapat menyembuhkan luka jiwanya dengan keinsafan.[9] Seseorang yang telah mencuri mesti melakukan yang terbaik untuk mengembalikan apa yang dia curi, orang yang telah menyakiti orang lain mesti cuba meminta maaf kepada orang yang dia telah sakitkan, dan sebagainya.
Indulgensi penuh[10] menghapuskan segala hukuman (seksa dosa sementara) yang timbul kerana dosa. Jika seseorang menerima indulgensi penuh dan tiba-tiba mati sejurus selepas itu, orang itu dipercayai tidak perlu pergi ke api penyucian. Salah satu syarat untuk dapat menerima indulgensi penuh ialah tidak lagi terikat dengan dosa, menyesali dosa-dosa sepenuhnya, dan tidak mengulanginya lagi. Jika seseorang melakukan perbuatan atau doa yang menebuskan semua dosanya, tetapi masih terikat dengan dosa, maka seseorang itu hanya menerima indulgensi separa.
Terdapat empat cara lazim untuk indulgensi penuh menurut Enchiridion Indulgentiarum[11] dan boleh dibuat pada mana-mana hari, tetapi hanya sekali sehari:
Indulgensi jenis ini menghapuskan sebahagian hukuman (seksa dosa sementara) yang timbul kerana dosa. Gereja memberikan indulgensi separa untuk perbuatan dan doa yang kurang pentingnya daripada perbuatan dan doa yang mendatangkan indulgensi penuh. Pada masa lalu, indulgensi biasanya diukur dalam "hari" atau "tahun" yang bersamaan dengan tempoh masa yang diperlukan untuk menebuskan dosa (contohnya, dengan mengucapkan doa tertentu, seseorang akan menerima pengampunan "empat puluh tahun"). Walau bagaimanapun, ini menyebabkan orang ramai hanya mengira hari dan tahun penebusan yang mereka telah dapat daripada betul-betul menyesali dosa mereka. Pada tahun 1969, Gereja mengeluarkannya daripada istilah "indulgensi separa". Indulgensi separa tidak lagi diukur dengan tempoh masa yang tetap.
Untuk mendapatkan indulgensi separa, individu mesti telah dibaptiskan, berada dalam keadaan rahmat, dan tidak dikucilkan. Di samping itu, dia mesti mempunyai niat untuk menerima indulgensi separa.
Terdapat empat cara am untuk mendapat indulgensi ini, yang bertujuan untuk menggalakkan umat beriman untuk memupuk semangat Kristian dalam hidup serta supaya seseorang itu berusaha untuk kesempurnaan amal. Indulgensi ini separa, maka nilainya bergantung pada keinginan seseorang itu melakukan perbuatan yang disyorkan:
Menurut Enchiridion Indulgensi 1968, indulgensi separa diberikan dengan perbuatan berikut:[14]
Sehubungan dengan devosi Kerahiman Ilahi, Penitensiaria Apostolik pada 29 Jun 2002 mengeluarkan dekret yang menetapkan persyaratan bagi umat agar dapat memperoleh indulgensi saat Minggu Kerahiman Ilahi (hari Ahad selepas Paskah, atau Minggu II Paskah). Sri Paus memberikan indulgensi pada hari Ahad istimewa ini dengan maksud agar semua umat yang layak menerimanya dapat merasakan kelimpahan besar karunia penghiburan Roh Kudus. Dengan demikian, mereka yang memperolehnya dapat bertumbuh cintanya kepada Tuhan dan sesamanya, dan karena mereka telah menerima pengampunan Tuhan, sebagai timbal baliknya (seharusnya) mereka juga terdorong untuk mengampuni orang-orang yang bersalah kepada mereka.[15]
Dengan tetap memperhatikan persyaratan umum maupun persyaratan khusus (untuk indulgensi penuh) yang telah disebutkan di atas, setiap umat berkesempatan untuk memperoleh baik indulgensi penuh maupun indulgensi sebagian jika melakukan salah satu perbuatan yang ditentukan.[15]
Indulgensi sebahagian diberikan kepada umat yang memenuhi syarat, yang setidaknya dengan hati penuh penyesalan kerana dosa-dosanya, berdoa kepada Tuhan Yesus yang berbelas kasih dengan rumusan doa resmi; misalnya: "Yesus, Engkau andalanku", "Yesus, Raja Kerahiman Ilahi, Engkaulah andalanku".[15]
Indulgensi penuh dapat diterima oleh umat yang memenuhi syarat, yang melakukan salah satu perbuatan berikut:[15]
Bagi umat yang berhalangan untuk pergi ke gereja (misalnya: mereka yang mengalami sakit serius dan yang merawatnya, pelaut yang sedang menjalankan pekerjaannya di tengah lautan, mereka yang terpaksa mengungsi karena situasi perang atau politik ataupun lainnya) dapat memperoleh indulgensi penuh jika memenuhi semua kondisi berikut:[15]
Seandainya syarat yang ke-3 di atas tidak memungkinkan untuk dipenuhi oleh umat yang berhalangan, indulgensi penuh tetap dapat diperoleh asalkan ia:[15]
Pada abad ke-16, ketika Paus Leo X memulakan projek pembangunan Basilika Santo Petros, pihak Gereja pimpinan memerlukan dana yang besar. Paus Leo X memberikan kuasa kepada pastor Johann Tetzel untuk memberikan indulgensi berupa surat kepada mereka yang menyumbang dana untuk pembinaan Basilika itu. Kuasa ini yang mencetuskan konflik antara Martin Luther dengan Gereja Katolik. Luther melihat bahawa amalan ini telah disalahgunakan dan orang ramai menjadi terpaksa membayar untuk mendapatkan indulgensi. Amalan tersebut menyebabkan perpecahan dalam Gereja, lalu mencetuskan suatu mazhab gereja yang baharu iaitu Protestan.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ccliviiviV
|edition=
has extra text (bantuan)
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat ((tunas)) ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.