1963 merupakan tahun biasa yang bermula pada hariSelasa. Ia berlangsung dari 5 Syaaban 1382 hingga 14 Syaaban 1383.
Peristiwa
2 Januari: Pertempuran besar-besaran pertama berlaku di Ap Bac di antara pasukan Tentera Darat Vietnam Selatan seramai 1,400 orang dan pasukan KomunisVietnam Selatan seramai 350 orang. Tentera Darat Vietnam Selatan kalah teruk dan mengalami 83 anggota terkorban dan 108 orang lain cedera sementara pihak tentera Komunis berjaya melepaskan diri dengan hanya 18 orang anggota terkorban.
27 Julai: Presiden IndonesiaSukarno menyatakan dia akan menakluk Persekutuan Malaysia sekiranya ia berjaya ditubuhkan, pernyataan ini mencetuskan Konfrontasi antara negaranya dengan Malaysia.
28 Disember: RTM 1, stesen televisyen pertama Malaysia dilancarkan.
Tarikh tepat tidak pasti
Kaset Padat, suatu format perakaman bunyi pita magnet yang seringnya dirujuk sebagai kaset audio, pita kaset, kaset, atau secara mudah sebagai pita, diperkenalkan oleh Philips di Eropah.