Adriana Adnan | |
---|---|
Kelahiran | |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan | Pengacara, pelakon |
Tahun aktif | 2015–kini |
Pasangan | Harez Hazim Hazrin (k. 2019) |
Ibu bapa |
|
Adriana binti Adnan (lahir 6 Februari 1995)[1] merupakan seorang pengacara televisyen dan pelakon wanita Malaysia, dan merupakan anak kepada Zamzarina Zambri, pengacara dan penyampai berita RTM.[2] Beliau terkenal sebagai pengacara rancangan hLive di Astro Ria dan juga terkenal dengan peranan televisyen termasuk sebagai Jannah dalam Suri Hati Mr. Pilot (2016) dan sebagai Farhana dalam Lafazkan Kalimah Cintamu (2018).[3]
Dilahirkan pada 6 Februari 1995 di Kuala Lumpur, Adriana ialah anak sulung daripada tiga beradik dan merupakan anak perempuan tunggal serta mempunyai dua adik lelaki, Adam dan Alif.[1] Ibunya, pengacara TV terkenal Datin Zamzarina Zambri telah mempengaruhi beliau menjadi seorang pengacara TV.[4][5] Bapanya, Adnan Derahman merupakan pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau merupakan lulusan Diploma Perakaunan di UiTM kampus Tapah, Perak dan peringkat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di universiti sama di kampus Shah Alam, Selangor.[1]
Mewarisi bakat pengacaraan daripada ibunya, Adriana memulakan kerjaya penyiarannya dengan menyertai rancangan Pencarian Wajah Baharu HLive! di mana beliau terpilih menjadi wartawan lokasi dan pengacara bersama Donna Muslim.[1] Sejak 2016, beliau merupakan salah seorang pengacara rancangan hiburan Astro Ria, HLive!. Adriana juga pernah mengacarakan rancangan Lawak Pagi bersama Abam Bocey di Astro Warna.
Kerjaya lakonannya bermula sebaik sahaja ditawarkan berlakon dalam drama adaptasi novel karya Dyla Dyna, Suri Hati Mr. Pilot lakonan Fattah Amin dan Neelofa, di mana beliau memegang watak Jannah.[6] Beliau seterusnya memegang watak antagonis dan penggoda sebagai Zehra dalam Urusan Hati Cik Drama Queen yang dibintangi oleh Scha Al-Yahya dan Aiman Hakim Ridza.[7]
Selain itu, beliau juga pernah muncul dalam muzik video "Pematah Hati" nyanyian Nabila Razali. Adriana mencapai kejayaan meluas dalam bidang lakonan dengan berlakon di samping Farid Kamil dan Nelydia Senrose dalam drama adaptasi novel karya Siti Rosmizah, Lafazkan Kalimah Cintamu yang mana beliau menjayakan watak Farhana, rakan karib Tengku Aqilah lakonan Nelydia.[8] Beliau berkata dalam temuramah bersama Harian Metro: "Ini drama paling panjang pernah saya jayakan setakat ini iaitu 32 episod. Saya tertarik dengan jalan ceritanya yang diadaptasi daripada novel popular. Ada beberapa babak saya perlu bermain dengan emosi,"[2]
Adriana menjadi pelakon utama dalam drama fantasi Seribu Nina yang disiarkan di platform penstriman, Viu yang mana beliau memegang 8 watak sekaligus.[9]
Adriana mempunyai seramai 100, 000 pengikut di akaun Instagram beliau dan kerap berkongsi maklumat mengenai kerjayanya sebagai pengacara dan pelakon. Selain itu, beliau juga bergiat aktif dalam sukan kickboxing.[1]
Adriana mengikat tali pertunangan dengan Harez Hazim Hazrin pada 15 Disember 2018.[10][11] Pasangan ini berkahwin pada 31 Ogos 2019, iaitu bersempena dengan ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-62.[12]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2022 | Dato' Ai La Beau | Ad | Filem pertama |
2023 | Merewang Keluarga Pak Awang | Usu |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2015 | Pencarian Wajah Baharu HLive! | Wartawan lokasi | Astro Ria | |
2016–2022 | hLive | Pengacara | ||
2017 | AM Live | |||
PM Live | ||||
Lawak Pagi | Dirinya sendiri | Astro Warna | ||
2021 | Rahsia Rasa | Pengacara | TV3 | |
2022 | Sembang Ka-Ching! | Berita RTM | ||
Sepahtu Reunion Live | Astro Warna | Episod: "Amanah Dikhianati" | ||
2023–kini | Helo Doktor | Pengacara | TV3 | |
2023 | Sepahtu Reunion Al-Puasa | Doktor Wati | Astro Warna | Episod: "Manisnya Sebuah Kemaafan" |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2016 | Suri Hati Mr. Pilot | Jannah | Astro Ria |
2017 | Urusan Hati Cik Drama Queen | Zehra | |
2018 | Lafazkan Kalimah Cintamu | Farhana | |
2021 | Alif Ba Ta | Puteri | Awesome TV |
Bila Hati Berbisik | Natasha | TV Okey | |
2022 | Seribu Nina | Nina | Viu |
Suri Hati | Suraya | TV3 | |
Aku Seorang Perempuan | Emira | TV9 | |
2023 | Jack Yusof | Suzy | Astro Ria |
Journal Sara-haeyo | Madam Jia | Viu |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2017 | Suri Hati Mr. Pilot Raya | Jannah | Astro Ria |
Jula Juli Bintang Cinta | Juli | Astro Citra | |
Jula Juli Bintang Putus Cinta | |||
2022 | Obses | Mira |
Tahun | Tajuk | Penyanyi |
---|---|---|
2017 | "Pematah Hati" | Nabila Razali |