Aiman Hakim Ridza | |
---|---|
Kelahiran | Aiman Hakim bin Ridza Abdoh 17 Januari 1989 |
Pusat pendidikan | Universiti Sunway |
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 2011–kini |
Ketinggian | 186 cm (6 ka 1 in) |
Pasangan | Zahirah MacWilson (k. 2020) |
Anak-anak | 1 |
Saudara | Sofia Suraya Ridza Abdoh (kakak) Shah Ridza Abdoh (abang) Ferdaus Ridza Abdoh (adik) |
Sports career | |
Maklumat peribadi | |
Tahun aktif | 2001–2005 |
Negara | Malaysia |
Sukan | Bola sepak |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop |
Instrumen | Vokal |
Aiman Hakim Ridza Abdoh (lahir 17 Januari 1989)[a] merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pemain bola sepak lelaki Malaysia. Beliau mula mencipta nama dalam bidang hiburan tanahair apabila beliau menjadi peserta rancangan realiti TV Mentor kelima di TV3 dan terkenal menerusi lakonannya dalam siri drama Vanila Coklat (2011), Diandra (2013), Projek Memikat Suami (2013), Isteri Separuh Masa (2015), Urusan Hati Cik Drama Queen (2017), Curi-Curi Cinta (2018) dan Bila Cupid Jatuh Cinta (2020). Filem sulung lakonan beliau, Kimchi Untuk Awak ditayangkan pada 30 Mac 2017.
Beliau dilahirkan pada hari Rabu, 17 Januari 1989 Masihi bersamaan 9 Jumadil Akhir 1409 Hijrah di Johor Bahru, Johor dan beliau merupakan anak ketiga daripada empat adik-beradik dan mempunyai darah campuran Melayu-Arab. Bapanya berketurunan Melayu dan ibunya pula berketurunan Arab. Aiman tinggal di Johor sehingga 1990, kemudian berpindah ke Pulau Pinang pada tahun 1994 sebelum dia menetap di Shah Alam dan Subang Jaya. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Rendah SS 17 Subang Jaya, beliau kemudiannya mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama dan kini menamatkan pelajarannya di Kolej Sunway (kini Universiti Sunway), di mana beliau mengambil kursus dalam bidang perakaunan, untuk menyertai Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) di Kolej Sunway.[1] Sebelum menjadi pelakon dan penyanyi, Aiman merupakan model sepenuh masa. Beliau juga turut terbabit dalam pengiklanan seperti Brylcreem, Celcom, Milo dan McDonalds.
Sebelum menyertai bidang seni, Aiman juga merupakan seorang yang aktif bermain bola sepak. Beliau pernah menjadi kapten pasukan dan mewakili Selangor dalam Kejohanan Bola Sepak Sekolah Rendah Malaysia pada tahun 2001 ketika usianya 12 tahun.
Pada tahun 2004 dan 2005, Aiman banyak bermain bagi mewakili Malaysia dalam Youth World Cup Under 17 (FIFA) di Tokyo.[perlu rujukan] Banyak lagi pertandingan-pertandingan bola sepak bawah 17 tahun diwakili oleh Aiman untuk mengharumkan nama Malaysia seperti di Bangkok, Jakarta, Hong Kong dan lain-lain.[perlu rujukan]
Aiman mengambil bahagian dalam pertandingan bakat Mentor 5 yang dianjurkan oleh TV3 untuk musim kelima pada tahun 2011 dan beliau dibimbing oleh Rahim Maarof, penyanyi dan pemuzik terkenal di Malaysia. Aiman berjaya melepasi ke pusingan keempat sebelum tersingkir.
Aiman menghasilkan nyanyian solo Buatmu Cinta OST untuk drama Astro Ria Projek Memikat Suami dan lagu duet Khalimah Janji bersama Ernie Zakri, ditulis oleh Manusia Putih dan Budhi Hekayat.
Minggu | Lagu yang dipersembahkan | Penyanyi asal | Keputusan # |
---|---|---|---|
Pengenalan | "Kau dan Aku" | Aizat Amdan | - |
1 | "Kesedaran" "Lizawati" (bersama Rahim Maarof) |
Gaya Zakry Rahim Maarof |
4 |
2 | "Ekstravaganza" "Larut" "ACKKC" "Holy Diver" "Malam Ku Bermimpi" (bersama Ratnah) "Mercy" (bersama Ratnah) "Aku dan Dirimu" (bersama Shiha) |
Bunkface Dewa 19 Rahim Maarof Killswitch Engage Saloma Duffy Ari Lasso dan Bunga Citra Lestari |
5 |
3 | "Noktah Cinta" "Kau Ratnaku" (bersama Roy) |
Hafiz Suip Roy |
5 |
4 | "I'll Be" "Sesuatu Janji" |
Edwin McCain Taufik Batisah |
Tersingkir |
Drama pertama Aiman, Vanila Coklat, yang disiarkan di TV3 pada tahun 2011, membawa beliau kembali ke perhatian umum,[2] selepas drama tersebut tamat, Aiman berlakon dalam beberapa siri televisyen dan telefilem.
Pada tahun 2012, Aiman menjadi sebahagian daripada barisan pelakon utama drama Friday I'm In Love arahan Faizul A. Rashid bersama-sama dengan Qi Razali, Ryzal Jaafar, Zoey Rahman, Nelydia Senrose dan Bella Dally. Aiman memegang watak sebagai Pitt, salah seorang rakan karib Awang yang dilakonkan oleh Qi. Drama 13 episod ini disiarkan di TV9 dari 19 April hingga 18 Julai.[3][4]
Pada tahun berikutnya, Aiman memegang watak Fareez dalam Rindu Bertamu Di Abu Dhabi. Beliau berlakon bersama Fasha Sandha dalam siri drama romantik, Selamat Pengantin Madu, memegang watak Zulkifli. Drama ini disiarkan di Slot Lestary TV3.[5][6] Seterusnya, beliau digandingkan bersama Emma Maembong menerusi drama Projek Memikat Suami dan diikuti oleh Isteri Separuh Masa.
Pada tahun 2016, beliau berlakon bersama Beto Kusyairy dan pelakon Indonesia Tya Arifin dalam telefilem Bidadari arahan Osman Ali yang bersiaran di slot Karya 12 Astro Citra, di mana beliau memegang watak Aditya. Beliau turut merakamkan runut bunyi telefilem itu bersama Tya dengan tajuk sama.[7]
Beliau muncul dengan peranan utama sebagai Fadhlan dalam drama bersiri Urusan Hati Cik Drama Queen lakonan bersama Scha Al-Yahya.[8][9] Aiman Hakim membuat penampilan filem pertamanya menerusi filem Kimchi Untuk Awak arahan sulung Michael Ang, adaptasi dari novel bertajuk sama yang kembali menggandingkan beliau bersama Emma Maembong. Aiman memegang watak sebagai Daniel Lee Jae Hwan, yang berdarah kacukan Melayu dan Korea. Turut membintangi filem ini ialah Janna Nick dan Natasha Elyzza.[10][11]
Beliau kemudian muncul dalam drama #SisCuba dibintangi oleh Nabila Razali, Syifa Melvin dan Sarah Suhairi.[12]
Dalam tahun 2019, Aiman bersama Zahirah MacWilson memegang watak utama dalam drama adaptasi novel Curi-Curi Cinta, memeganh watak sebagai Daniel Hakim.[13]
Pada Julai 2020, Aiman Hakim memegang watak sebagai Dani dalam Bila Cupid Jatuh Cinta lakonan bersama Oktovia Manrose. Menerusi drama ini, Aiman berlakon bersama bapa mertuanya, Zainol MacWilson.[14]
Beliau berlakon bersama Nabila Razali dalam drama Biar Mereka Cemburu yang memulakan tayangan perdana di Astro Ria pada 1 Disember 2020. Beliau memegang watak sebagai Tengku Eidil.[15][16]
Pada Februari 2014, Aiman mendedahkan bahawa beliau telah menjalin hubungan cinta dengan pelakon dan model jelita, Nur Fathia selama setahun.[17][18][19] Bagaimanapun, hubungan mereka berakhir pada Disember 2015[20][21] dan Aiman memilih untuk mendiamkan diri dan enggan mengulas lanjut mengenai perpisahannya dengan Fathia. [22][23]
Pada Disember 2018, beliau dilaporkan menjalin hubungan dengan pelakon Zahirah MacWilson ketika sama-sama membintangi drama Curi-Curi Cinta, dan mengesahkan hubungan mereka.[24][25][26] Aiman dan Zahirah bertunang pada 8 Jun 2019 di Perth, Australia.[27][28][29] Pasangan ini telah disatukan sebagai suami isteri pada 20 Februari 2020.[30][31]
Aiman dan Zahirah dikurniakan cahayamata sulung, Isaac Raees.[32]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2017 | Kimchi Untuk Awak | Danial Lee Jae Hwan | Filem pertama |
2022 | Air Force The Movie: Selagi Bernyawa | Mejar Zafran Abd Rahman / Mantis | |
2024 | Harimau Malaya: The Untold Story | Kubin | Pos produksi |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011 | Vanila Coklat | Amir Asyraf | TV3 | Drama pertama |
Kitab Cinta | Daniel | TV AlHijrah | ||
Tanah Kubur (Musim 2) | Mirul | Astro Oasis | Episod: "Botoks" | |
Kiah Mai Pulak | Shahir | Astro Warna | ||
2012 | Friday I'm In Love | Pitt | TV9 | |
Indera Joned | Epol/Indera Joned | TV3 | ||
Mahabbah | Azmi | |||
2013 | Rindu Bertamu Di Abu Dhabi | Fareez | ||
Autumn Di Hatiku[33] | Zidick | Tonton | ||
Diandra | Adam Fahmi | TV3 | ||
Cinta Berkalung Duri 2 | Iqbal | TV1 | ||
Antara Laut Cina Selatan | Wan Man | TV2 | ||
Projek Memikat Suami | Zahrain Alimin | Astro Ria | ||
2014 | 7 Suami | Ihsan | TV9 | |
Selamat Pengantin Madu | Zulkifli | TV3 | ||
Tabir Zulaikha | Adam Akhil | |||
2015 | Isteri Separuh Masa | Nazrin Shah | Astro Ria | |
2016 | Sesal Separuh Nyawa | Razlan | HyppTV | |
Demi Cinta Ain | Alif | TV3 | ||
2017 | Urusan Hati Cik Drama Queen | Fadhlan | Astro Ria | |
Black Belt Kaler Pink | Al Fadhlani/King | Astro Warna | ||
Girlfriend Aku Dari Neraka The Series | Rudy | |||
2018 | Pelangi Cinta | Azril | TV3 | |
Amira Rose | Rahman | |||
Pengantin 100 Hari | Amar | |||
Sunsilk #siscuba | Azril | |||
Aku Cinta Dia | Affan Kamaruzzaman | |||
2019 | Curi-Curi Cinta | Daniel Hakim | Astro Ria | |
2020 | Bila Cupid Jatuh Cinta | Dani | TV3 | |
Biar Mereka Cemburu | Tengku Eidil | Astro Ria | ||
2021 | Ahli Bapak Bapak Club | Joe | ||
Jangan Menangis Cinta | Akif | TV1 | ||
Semanis Senyumanmu | Chef Azim | TV3 Disney+ Hotstar |
||
28 Hari Mencari Cinta | Faisal | TV3 | ||
Semanis Senyumanmu | Chef Azim | Disney+ Hotstar | ||
2022 | Nusyuz Berkiblat Cinta | Syazwan | Astro Ria | |
She Was Pretty | Haniff | Viu | ||
Tiada Maaf Buatmu | Faiz Iqbal | Astro Ria | ||
2023 | Haloba | Raif | TV3 | |
That Cover Girl | Darius | Prime Video | ||
Entitled | Dannial |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2012 | Setahun Setengah Mencari Cinta | Alfi | Astro Warna |
Ombak Rania | Tengku Farid | Astro Ria | |
Rahsia Hati | Kas | TV9 | |
Vanila Coklat Raya | Amir Asyraf | TV3 | |
Syawal Aidil & Fitri | Adam Fitri | TV AlHijrah | |
Mariam Kampung Putat | Danial | TV3 | |
2013 | Memburu Rindu | Amirul | |
Cinta Di Menara Al-Burj | Qazim | Astro Prima | |
Korban Kasih | Azlan | TV3 | |
Cinta Saadiyat | Halim | TV AlHijrah | |
Raya Pak Pak Pong | Anas | TV3 | |
Bunga-bunga Jodoh | Zahir | TV9 | |
2014 | Hitam | Dahri | TV3 |
Halim HD | Halim | TVi | |
2015 | Girlfriend Aku Dari Neraka | Rudy | Astro Ria |
Lukisan Takdir | Razif | TV3 | |
Mahar Tanpa Cinta | Najmi | ||
Sujud Ibuku | Amran | TV AlHijrah | |
Isteri Separuh Masa Raya | Nazrin Shah | Astro Ria | |
2016 | Crush Next Door | Zarif | |
Bidadari | Aditya | Astro Citra | |
Salam Cinta Ustazah Husna | Kamarul | Astro Oasis | |
Tumbangkan Masjid Al-Ansar | Badrul | ||
Encik Guard Dan Cik Tomboy | Shamil | TV2 | |
2017 | Kamal Kamalia | Shah | |
Dengan Beetle Kami Beraya Lagi | Norman | TV1 | |
Azrul Bendul | Azrul | TV9 | |
Apa Dah Jadi | Mikail | TV2 | |
2018 | Rumah Ke-10 | Hafiz | Astro Citra |
Cruise Cinta Lebaran | Aizal | ntv7 | |
Cucuk Sanggul Seroja | Husin | Astro Citra | |
Kilas | Amran | ||
Bini Aku Dari... | Rudy | Astro Warna | |
Mekah Di Hati | Hakim | Mediacorp Suria | |
2019 | Damia | Reza | |
2020 | Semperit Cinta | Zharif | TV2 |
2022 | Jangan Masuk Rumahku | Afiq | Astro Ria |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | Bila Bujang Masuk Dapur | Pengacara | TV9 | Bersama Shah Iskandar |
2016 | MeleTOP | Artis jemputan | Astro Ria | Bersama Michael Ang dan Ayda Jebat |
Bersama Jihan Muse dan Nur Qistina | ||||
2017 | Nona: Segmen Dapur Bonda | TV3 | Bersama Chef Fikri (2 Julai 2017) | |
MeleTOP | Astro Ria | Bersama Scha Al-Yahya | ||
CCTV | Bersama Scha Al-Yahya dan Ozlyn Wati | |||
MeleTOP | Bersama Michael Ang dan Janna Nick dalam mempromosikan filem Kimchi Untuk Awak | |||
CCTV | Bersama Emma Maembong dalam mempromosikan filem Kimchi Untuk Awak | |||
H!Live Special | Bersama Emma Maembong, Natasha Elyzza dan Michael Ang dalam mempromosikan filem Kimchi Untuk Awak | |||
CCTV | Bersama Aaron Aziz dan Dafi dalam mempromosikan drama Black Belt Kaler Pink | |||
Selera Rasa Seksa | Astro Warna | Episod 1 bersaing dengan Atu Zero dan dihoskan oleh Chef Wan | ||
Bas Ria | Astro Ria | Episod 10 | ||
Ye Ke? | TV3 | Episod 13 Ogos bersama Nadia Aqilah, Ungku Ismail Aziz, Fahrin Ahmad, Datuk Jalaluddin Hassan dan Umie Aida | ||
MeleTOP | Astro Ria | Mempromosikan minggu akhir drama Girlfriend Aku Dari Neraka bersama Sharifah Sakinah |
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2014 | Bidasari | Tengku Indra | Watak utama |
Kalung Oh Kalung! | Amin | ||
2015 | Y Sebuah Muzikal | Haikal |
Tahun | Produk | Catatan |
---|---|---|
2014 | Height Up | |
Garnier Men | ||
BeeTalk | Bersama Hanis Zalikha | |
2017 | Habib Jewel | Bersama Maria Farida, Anne Abdullah dan Eyka Farhana |
Pada April 2012, Aiman bersama-sama dengan Nazim Othman, Fizo Omar, Zoey Rahman, Intan Ladyana dan Neelofa sebagai Ikon Young Biz untuk Oxford Centre for Excellence (OXCELL). Menurut OXCELL, "Pemilihan enam ikon ini adalah berdasarkan kejayaan akademik dan pembangunan kerjaya dalam bidang seni". Melalui program ini, ikon selebriti akan berkongsi pengalaman mereka sepanjang terlibat dalam dunia perniagaan dan bidang seni.[34]
Pada Julai 2013, TV3 melantik Aiman bersama-sama dengan Ady Putra, Nora Danish, Fiza Sabjahan, Amar Asyraf, Nelydia Senrose, Tasha Shilla dan Neelofa sebagai duta untuk Anugerah Syawal 2013. Menurut TV3, "Pelantikan selebriti ini adalah untuk mempromosikan program-program di televisyen dan radio sepanjang bulan Syawal".[35][36][37]
Pada Januari 2014, Aiman dan Zara Zya telah dilantik sebagai Duta Promosi Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2014. Beliau bertanggungjawab untuk mempromosikan DFKL 2014 melalui laman rangkaian sosial, mengambil bahagian dalam pameran bergerak, bengkel dan Anugerah DFKL 2014.
Pada Jun 2017, Aiman bersama Maria Farida, Eyka Farhana dan Anne Abdullah dilantik sebagai Duta Habib Jewel Syawal. Beliau bertanggungjawab untuk mempromosikan barang kemas Habib sempena Hari Raya Aidilfitri.
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2012 | Artis Baru Lelaki Popular | — | Menang | |
Gandingan Serasi di Layar (bersama Izara Aishah) | Vanila Coklat | Tercalon | ||
2013 | Astro On the Go Fan Choice Awards | Favourite Fuyooo Actor | Projek Memikat Suami | Tercalon |
EH! Magazine | EH! Top 20 | Menang | ||
2014 | Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2014 | Pelakon Lelaki Pilihan | Diandra | Tercalon |
Barisan Pelakon Pilihan | Tercalon | |||
Pasangan Hero & Heroin Pilihan (bersama Nur Fathia) | Tercalon | |||
2015 | Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015 | Pelakon Lelaki Pilihan | Selamat Pengantin Madu | Tercalon |
Barisan Pelakon Pilihan | Menang | |||
2017 | Pelakon TV Lelaki Popular | — | Tercalon | |
2018 | Anugerah Telenovela 2018 | Pelakon Lelaki Filem Popular | Kimchi Untuk Awak | Tercalon |
Pelakon TV Lelaki Popular | — | Tercalon | ||
Pelakon Filem Lelaki Popular | — | Tercalon | ||
Pasangan Serasi Drama (bersama Scha Alyahya) | — | Tercalon | ||
Pasangan Serasi Filem (bersama Emma Maembong) | — | Tercalon | ||
2019 | Anugerah MeleTOP Era 2019 | Pelakon MeleTOP | — | Tercalon |