Tash Yong | |
---|---|
Kelahiran | Nur Natasha Shazlia binti Rosli 17 November 1990 |
Nama lain |
|
Pendidikan | Diploma Teater |
Pusat pendidikan | Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, model |
Tahun aktif | 2009–kini |
Pasangan | Khaireel Azlee Abdul Aziz (k. 2023) |
Ibu bapa |
|
Nur Natasha Shazlia Rosli (lahir 17 November 1990) atau lebih dikenali sebagai Tash Yong (kadangkala ditulis sebagai Tash Young; Jawi: تص يوڠ) merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi wanita Malaysia[1] dan anak kepada komposer muzik terkenal, Rosli Selasih.[2][3] Beliau terkenal dengan peranan lakonan di televisyen termasuk Cinta Ibadah (2014), Memori Cinta Suraya (2015), Menantu Ting Tong (2016) dan Shhh... I Love You (2017). Sebagai pelakon filem, kerjaya filem Tash bermula dengan Kastil Tua (2015).
Tash dilahirkan pada 17 November 1990 di Kangar, Perlis[4] dan dibesarkan di Cheras, Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak sulung dari lapan beradik dan mempunyai darah kacukan Melayu dan Siam kerana bapa beliau berketurunan Melayu manakala ibu beliau berketurunan Siam. Bapa beliau ialah Rosli Selasih (lahir Rosli Md Kasa) merupakan seorang komposer ternama Malaysia,[5] ibunya ialah Rozalini Mat Ghani.[6][7] Beliau merupakan pemegang Diploma Teater di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan. (ASWARA).[8]
Tash memulakan kerjaya lakonan dengan menjayakan pementasan teater Chow Kit Road yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada tahun 2013. Pada tahun berikutnya, beliau muncul dalam drama Cinta Ibadah di Astro Prima, seterusnya muncul dalam telefilem Kerana Anggun arahan Aziz M. Osman, memegang watak sebagai GRO. Beliau pernah menjadi penyanyi di acara penutup Sukan Asia Tenggara 2001 (Sukan SEA 2001)[9] dan pernah menyertai Mentor musim ketiga, Tash berkata dalam temuramah bersama Harian Metro:[10]
"Banyak kali juga orang persoalkan kenapa saya tak jadi penyanyi kerana ia pasti lebih mudah apatah lagi ayah seorang komposer. Sebenarnya kecenderungan saya lebih kepada berlakon."[10]
Beliau juga pernah berlakon bersama Syazuwan Hassan dalam drama Terjatuh in Love terbitan Pusat Beli-belah The Mines pada 2014.[11] Tash muncul dalam telenovela 137 episod Memori Cinta Suraya lakonan bersama Anzalna Nasir, Hisyam Hamid dan Afiq Muiz.[12] Beliau berlakon bersama Zamarul Hisham dan Izara Aishah dalam drama Cinta Masam Manis, melakonkan watak Fia.[13]
Kerjaya filem Tash bermula pada 2015 dengan berlakon dalam sebuah filem seram gabungan Malaysia-Indonesia, Kastil Tua arahan Chiska Doppert, yang mana beliau melakonkan watak sebagai Helen.[9]
Tash merupakan antara selebriti yang mengambil bahagian dalam Guardian Women Empowerment Programme anjuran Guardian Malaysia, yang turut disertai oleh Sazzy Falak.[14]
Beliau mengumumkan pada Ogos 2019 bahawa bakal muncul dengan single pertamanya yang dijangka akan dilancarkan dalam tempoh terdekat.[15] Beliau memegang watak Suraya dalam Hero: Jangan Bikin Panas yang ditayangkan pada 3 Oktober 2019 dan turut dibintangi oleh Hisyam Hamid, Bell Ngasri, Mark Adam dan Elisya Sandha.[4][16][17][18]
Pada Februari 2020, Tash melancarkan single solo pertamanya, "Lepas" hasil nukilan Zah Amirul.[19][20]
Dalam temuramah bersama Harian Metro pada 19 September 2017, Tash mendedahkan panggilan ‘hey perempuan’ dianggap sebagai satu penghinaan buatnya dan mengguris perasaannya sebagai wanita: "Saya berasa sangat malu apabila kru produksi itu memanggil saya 'hey perempuan' ketika memberi arahan dan perbuatan berkenaan pada saya sangat biadap dan tidak profesional. Itu tidak termasuk kata kesat yang lain."[21]
Tash sebelum ini pernah menafikan beliau mempunyai hubungan istimewa dengan pengurusnya, GG, malah hubungannya dan GG bagaikan saudara. Beliau turut memberitahu keluarganya juga rapat dengan pengurusnya.[22]
Beliau juga ialah seorang yang aktif di Instagram dan mempunyai seramai 129,000 pengikut serta bergerak aktif bersama kelab peminatnya, Tash Yong Squad (TYS).[23]
Beliau mula memakai tudung semasa Aidiladha pada Julai 2019,[24][25] namun mengumumkan tidak lagi bertudung pada 2023.[26]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2015 | Kastil Tua | Helen | Filem pertama, filem Indonesia Dikreditkan sebagai Tash Shazleya |
2019 | Hero: Jangan Bikin Panas | Suraya | |
2020 | Jodoh Syaitan | Tash |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | Cinta Ibadah | Astro Prima | ||
Terjatuh in Love | Drama terbitan The Mines | |||
2015 | Flora Rimba | TVi | ||
Super Gameboy | Astro Ceria | |||
Memori Cinta Suraya | Anita | Astro Prima | ||
2016 | Uda & Dara | |||
Cinta Masam Manis | Fia | TV3 | ||
Awak Sangat Nakal | Sue | Astro Ria | ||
Menantu Ting Tong | Fatihah | TV3 | ||
Marhaban Kome Oi | Orked | |||
2017 | Hantu Punya Bos | Ain | ||
Shhh... I Love You | Sumayyah/Maya | |||
Jangan Ikut Aku | Idah | |||
Raisha | Nadia | |||
Dia | Bella | |||
2018 | Orang London Balik Kampung | TV1 | ||
Geng Tadarus | Catherine | TV2 | ||
Ustazah Pencen | Faridah / Fida | TV1 | ||
Elegi Hati Keisha | ||||
2019 | Lelakimu Yang Dulu | Marina | TV3 | |
2020 | Janda Kosmopolitan | Ixora | Awesome TV | |
KL Gangster: Underworld 2 | Nurul | Iflix | ||
2021 | Resort Kasih Bunga Raya | Suraya | TV1 | |
Cinta Untuk Raf | Humaira / Tasya / Inara | |||
2022 | Kau Cipta Kasih | Jarah | TV3 | |
Julia Arina | Hani Arina | TV Okey | ||
TBA | Kita Ditakdirkan Berpisah | Siti Halimah | TV3 |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2014 | Kerana Anggun | Gadis pelayan pelanggan (GRO) | Astro Prima |
2016 | Hanya Aku | TV3 | |
2017 | Menantu Second Class | Sutihah | TV9 |
Tahun | Iklan |
---|---|
2017 | V’asia |
Tahun | Tajuk |
---|---|
2009 | Puteri Gunung Ledang |
2013 | Chow Kit Road |
Tahun | Tajuk | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|
2009 | Mentor 3 | TV3 | Peserta |
2019 | Dapur Berkuap | TV Okey | Tetamu jemputan |
Tahun | Tajuk |
---|---|
2020 | "Lepas"
|