Sandra Dianne | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Alessandra Dianne Ampuria 16 September 1994 |
Meninggal dunia | 11 September 2020 | (umur 25)
Sebab kematian | Kemalangan jalan raya |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan, Tuaran |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 2014–2020 |
Ibu bapa |
|
Saudara | Farah Nabilah (sepupu) |
Keluarga | Adam Dearborn Ampuria (abang) |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman |
|
Pengkarya berkait | Zizi Kirana, Benzooloo, Khodi, Aisha Retno, Ryan Deedat |
Alessandra Dianne Ampuria (16 September 1994 – 11 September 2020) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Memulakan kerjaya sebagai peserta Mentor Legend, beliau terkenal dengan lagu masyhurnya "Hey! Kau".[1][2] Pada tahun 2020, Sandra merupakan salah seorang daripada 12 peserta rancangan pertandingan nyanyian Big Stage musim ketiga.[3]
Pada 2 Oktober 2017, pemilik saluran YouTube yang bernama Sgmanila17 Sg dari Sandakan, Sabah telah merakam video lagu arwah Sandra iaitu Hey Kau! yang telah disiarkan di radio Era Sabah semasa di dalam kereta pada ketika itu.[4]
Sandra Dianne memulakan kerjaya awal sebagai pelukis pelan di syarikat kejuruteraan dalam tempoh singkat, namun mengambil keputusan untuk berhenti kerana ingin memberi tumpuan terhadap kerjaya muziknya.[5]
Pada usia 20 tahun, beliau mengambil bahagian dalam rancangan TV realiti Mentor Legend di TV3 yang turut disertai oleh Sarah Fazny dan Aina Abdul, di mana beliau merupakan anak didik Dayang Nurfaizah.[6] Bagaimanapun, beliau tersingkir di konsert minggu pertama. Pada tahun 2015, Sandra muncul dengan single sulungnya, "Hey! Kau" yang dikeluarkan pada Jun 2015,[7][8] ia juga menjadi runut bunyi drama Cik Cinderella dan Encik Tengku dan Tersuka Tanpa Sengaja.[9]
Beliau merupakan antara penyanyi yang menjayakan persembahan di Konsert Jelajah Ledakan 25 Tahun Harian Metro yang diadakan di Miri, Sarawak pada 16 April 2016, antara artis yang terlibat dalam konsert itu ialah Akim & The Majistret, Sakura Band dan Ronnie Hussein.[10] Mengakui pertama kali mengadakan persembahan di Miri, Sandra berkata dalam temuramah bersama Harian Metro:
"Saya bertuah kerana kerana diberi kepercayaan untuk sama-sama terbabit dalam konsert ini sekaligus memberi sokongan kepada Harian Metro. Ia juga pertama kali saya mengadakan persembahan di Miri dan mengenali peminat di sana dengan lebih dekat lagi. Sebagai artis baru, saya sangat berharap konsert ini akan menjadi platform untuk lebih dikenali peminat di sana.".[11]
Sandra melancarkan single ketiganya, "Aku dan Kekasih" pada Julai 2017 yang berentak balada.[12][13][14]
Pada tahun 2018, beliau bersama Mell Ahmad dan Lii menubuhkan kumpulan Dona sebagai sebuah projek khas. Mereka muncul dengan single pertama, "Rasa".[15] Beliau seterusnya berkolaborasi bersama Zizi Kirana dan Benzooloo menerusi lagu "Terkemuka".[16] Pada tahun 2019, Sandra membuat penampilan khas dalam telefilem bertajuk Dari Jauh di TV3, dibintangi oleh Ariff Bahran dan Shiha Zikir.
Pada 25 Februari 2020, Sandra bersama Aisha Retno dan Khodi menjayakan persembahan di Showcase 3 Souls yang berlangsung di Loud Speaker Family Karaoke, Puchong.[17]
Beliau merupakan salah seorang daripada 12 peserta Big Stage musim ketiga yang bersiaran di Astro Ria.[18] Ia turut disertai oleh Nana Sheme, Hanie Soraya, Qody Rany dan Azzam Sham. Meskipun begitu, akibat insiden yang menimpanya, beliau dikecualikan.
Single terakhirnya, "Jelaskan" dikeluarkan secara anumerta pada 2 Oktober 2020, iaitu 4 minggu selepas kematiannya.[19] Pada Disember 2020, satu lagi single terakhirnya, "Sandra" telah dikeluarkan.[20]
Minggu | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
---|---|---|---|---|
Minggu 1 | Pengenalan | "Cinta dan Benci" | Geisha | TERSINGKIR |
Minggu | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
---|---|---|---|---|
Minggu 1 | Starter Pack | "Hey Kau!" | Dirinya sendiri | SELAMAT |
Minggu 2 | Hype Beat | "Kau Atau Aku (Main Tarik Tali)" | Elyana | SELAMAT |
Minggu 3 | Duominasi | "Aku Kau Dan Muzik" (duet bersama Sufi Rashid) | Akim & Stacy | SELAMAT |
Minggu 4 | Baby Bash | "Nuri" | Ella | DIKECUALIKAN |
Sandra Dianne dilahirkan dan dibesarkan di Tuaran, Sabah dan merupakan seorang Muslim sejak lahir. Beliau ialah anak kepada pasangan Ampuria Jasthy dan Nur Syakinah Abdullah dan mempunyai empat adik-beradik, seorang abang dan dua adik tiri.[21][6] Beliau juga ialah sepupu kepada pelakon Farah Nabilah.[6]
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2015 | "Hey! Kau"
|
|
2016 | "Ku Tak Mahu Cinta"
|
|
2017 | "Aku dan Kekasih"
|
|
2018 | "Terkemuka"
|
Duet bersama Zizi Kirana dan Benzooloo |
"Salimah"
|
Penyanyi undangan untuk lagu nyanyian Ryan Deedat | |
2020 | "Tulus"
|
|
"Jelaskan"
|
Dikeluarkan secara anumerta | |
"Sandra"
|
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Dari Jauh | Nasha Hashim | TV3 | Telefilem pertama dan terakhir, penampilan khas |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2014 | Mentor Legend | Dirinya sendiri/peserta | TV3 |
2020 | Big Stage (musim 3) | Astro Ria |
Rencana utama: Kematian Sandra Dianne |
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2019 | ERA Digital Muzik Awards 2018 | Lagu Kolaborasi Terbaik (bersama Ryan Deedat) | "Salimah" | Tercalon |
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Sandra Dianne |