Sarah Suhairi | |
---|---|
Kelahiran | Rawang, Selangor, Malaysia | 3 Ogos 2000
Genre | Pop, solo, balada, rap |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2017–kini |
Syarikat rakaman | MVM Production Rusa Music Warner Music Malaysia |
Pengkarya berkait | Ariff Bahran, Aepul Roza |
Sarah Suhairi (lahir 3 Ogos 2000) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1][2] Beliau mula dikenali ramai setelah menjuarai sebuah program realiti TV nyanyian terbaru terbitan Astro, Big Stage pada 2018.[3][4][5]
Sarah mula memperkenalkan bakatnya di media sosial menerusi nyanyian lagu saduran tempatan dan luar negara sebelum mendapat tawaran sebagai artis rakaman. Kemunculan sulung beliau dalam arus perdana adalah menerusi single berjudul "Pedih" hasil ciptaan Room None dan lirik oleh Iman Imran.[6] Video muzik lagu itu sehingga kini telahpun meraih lebih 9.6 juta tontonan di laman Youtube sejak dilancarkan April 2018. Laman rasmi YouTubenya kini mengumpul 81.3 ribu pengikut dengan video lagu saduran paling popular iaitu lagu Solo Jennie Kim yang ditonton lebih dari 1.3 juta tontotan. Persembahan dan bakatnya dalam program realiti Big Stage musim pertama disenangi serta menerima pujian penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, sekaligus dinobatkan sebagai juara sulung pertandingan itu.[7] Beliau juga berbakat dalam rap.[8][9][10] Selepas tamat program realiti Big Stage, beliau mengeluarkan single keduanya yang berjudul "Nyawa & Raga" yang meraih lebih dari 4.7 juta tontonan.
Beliau kemudian berduet bersama Aepul Roza menerusi lagu "Entah Apa".[11] Dalam tahun 2021, beliau muncul dengan 3 single serentak, iaitu "Mungkin", "Kau Yang Bertakhta" dan "Andaikan".[12][13][14]
Single terbaharu beliau, "Pasrah" dikeluarkan pada Januari 2022.[15]
Sarah menyertai pertandingan Big Stage musim pertama dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sissy Imann, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel dan Wani Kayrie.[16][17]
Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
---|---|---|---|---|
Minggu 1 | Lagu Viral | "Pedih" | Dirinya sendiri | TERSELAMAT |
Minggu 2 | Lit Throwback | "Kesetiaan" | Siti Sarah | TERSELAMAT |
Minggu 3 | Sama-sama Up | "You Are The Reason"
(duet bersama Ismail Izzani) |
Calum Scott | TERSELAMAT |
Minggu 4 | Tapi Bukan Aku | "Ddu-Du Ddu-Du" | Blackpink | TERSELAMAT |
Minggu 5 | Hot List Digital | "Sesungguhnya Aku" | Alif Satar | TERSELAMAT |
Minggu 6 | Lagu Pilihan Siti Nurhaliza | "Sesal Separuh Nyawa" | Alyah | TERSELAMAT |
Minggu 7 (Separuh Akhir) | Road To Final | "Hey Ladies" | Rossa | TERSELAMAT |
"Perjalananku"
(duet bersama Syamel) |
Jamal Abdillah | TERSELAMAT | ||
Minggu 8 (Akhir) | Cover Penentuan & Lagu Baru | "Awan Yang Terpilu" | Ning Baizura | JUARA |
"Nyawa & Raga" (Lagu baru) | Dirinya sendiri |
Tajuk | Tahun |
---|---|
"Pedih" | 2018 |
"Nyawa & Raga" | |
"Rise & Fall" | 2019 |
"Selamat Berhari Raya" (bersama Ariff Bahran) | |
"Bicara Rasa" (bersama Ariff Bahran) | |
"Satu Di Hati" (bersama Ariff Bahran) | 2020 |
"Entah Apa" (bersama Aepul Roza) | |
"Mungkin" | 2021 |
"Kau Yang Bertakhta" | |
"Andaikan" | |
"Pasrah" | 2022 |
"Burn" | |
"SAH" (bersama Alfie Rumi) | 2024 |
Tajuk | Tahun | Catatan |
---|---|---|
"Dong Dong Qiang" | 2022 | Lagu Tahun Baharu Cina. Bersama Ayie (Floor 88), Harry Khalifah, Lia Aziz, Beby Acha dan Adilia Hilda.[18] |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Sis Cuba | Nora | TV3 (Sunsilk) |
|
2020 | Salam Squad 2.0 | Cikgu Rubiah | Astro Ceria | |
2022 | Pak Kodi 5G (Musim 3) | Sarah | TV3 |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Geng Big Stage Beraya | Melur | Astro Ria |
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018 | Big Stage (musim 1) | Peserta | Astro Ria | Juara |
2019 | The House | Dirinya sendiri | bersama Sissy Imann dan Wani Kayrie | |
2020 | Immortal Songs Malaysia | Peserta | TV3 | |
MPop! | Pengacara | TV3/TV9 |
Tahun | Anugerah | Pencalonan kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2018 | Big Stage | JUARA | |
2019 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 | Artis Baharu Wanita Popular | Tercalon |
Penyanyi Wanita Popular | Tercalon | ||
Anugerah Instafamous Hurr.Tv | Muca Instafamous | MENANG |