Fara Hezel | |
---|---|
Kelahiran | Nurfaraazira binti Yusri 8 Mei 1996 |
Nama lain | Fara Hazel, Aziera Yusri |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 2016–kini |
Pasangan | Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin (k. 2019) |
Anak-anak | 1 |
Ibu bapa | Yusri Ishak (bapa) Hazelina Mat Jalil (ibu) |
Saudara | Aiman Tino (adik) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, balada |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Aries Music |
Pengkarya berkait | Aiman Tino |
Nurfaraazira binti Yusri (lahir 8 Mei 1996) atau lebih dikenali sebagai Fara Hezel (kadangkala dieja Fara Hazel) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau ialah kakak kepada penyanyi Aiman Tino. Pada tahun 2018, beliau ialah salah seorang daripada peserta Big Stage musim pertama.[1][2]
Bakat beliau mula dikesan ketika berusia 3 tahun, namun rezeki lebih berpihak kepada adiknya, Aiman.[3] Fara menyertai pertandingan Big Stage dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Sissy Imann, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Baby Shima, Andi Bernadee dan Wani Kayrie. Nasib tidak menyebelahi beliau, apabila menjadi peserta pertama tersingkir.[4][5][6][7]
Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
---|---|---|---|---|
Minggu 1 | Lagu Viral | "Setiaku Pasti" | Dirinya sendiri | TERSELAMAT |
Minggu 2 | Lit Throwback | "Cinta Tersimpul Rapi" | Anis Suraya | TERSINGKIR |
Fara lahir dan membesar di Gua Musang, Kelantan. Beliau menamatkan pengajian Diploma Pemasaran di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak pada 7 Oktober 2018.[8]
Beliau sebelum ini pernah dikaitkan menjalin hubungan dengan pelakon Erry Putra, namun hubungan mereka berakhir kerana tidak direstui keluarga.[9]
Pada 20 Disember 2019, Fara sah bergelar isteri kepada Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin di Dewan Eksklusif Strand Mall, Kota Damansara.[10] Pasangan ini juga sedang menanti cahaya mata pertama mereka yang dijangka dilahirkan pada November 2020.[11]
Pada 18 Oktober 2020, Fara dikurniakan seorang cahayamata lelaki.[12]
Tahun | Tajuk | Album | Nota |
---|---|---|---|
2017 | "Setiaku Pasti" | Tiada album single | |
2018 | "Terasa Cinta" | menampilkan Aiman Tino | |
"Ku Pasrah" | |||
2019 | "Sukar Untukku" |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2019 | Cerita Hantu Asrama | Melati | Astro Prima |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2019 | Cikgu Pencen | Fatimah | TV1 |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2018 | Big Stage (musim 1) | Peserta | Astro Ria |
Pengacara |
| ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Juri |
| ||||||||||
Juara |
| ||||||||||
Naib Juara |
| ||||||||||
Peserta |
| ||||||||||
Rencana berkaitan | |||||||||||
Petunjuk: 1 juri bukan warganegara Malaysia. 2 peserta bukan warganegara Malaysia. 3 menarik diri. 4 telah meninggal dunia. |