Wani Kayrie | |
---|---|
Kelahiran | Syazwani binti Abdullah 17 Mac 2000 |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, R&B, balada |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pengacara |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2010–kini |
Syarikat rakaman | Suria Records Rocketfuel Entertainment |
Syazwani Abdullah (lahir 17 Mac 2000) atau lebih dikenali sebagai Wani Kayrie merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1] Kerjaya hiburannya bermula selepas menjadi juara rancangan TV realiti Kamilah Bintang di Astro Ceria pada 2010.[2] Beliau mula meraih kejayaan komersial menerusi lagu masyhurnya "Jangan Jangan".[3] Selain itu, beliau turut mengambil bahagian dalam rancangan Big Stage musim pertama di mana beliau berjaya memenangi tempat keempat.[4]
Wani mula menunjukkan minat terhadap nyanyian sejak usia 6 tahun.[5] Pada tahun 2010, beliau menjadi salah seorang daripada enam peserta pertandingan nyanyian kanak-kanak Astro Ceria, Kamilah Bintang antara lain turut disertai oleh Didi Astillah. Ketika menyertai Kamilah Bintang, beliau menggunakan nama Syazwani Sapari.[6] Beliau dinobatkan sebagai juara sekaligus menewaskan lima peserta lain.[7][8]
Beliau mengikat kontrak bersama Suria Records (SRC) (sehingga 2019) yang pernah menaungi Siti Nurhaliza dan seterusnya muncul bersama single sulungnya, "Jangan Jangan". Lagu ini mendapat sambutan hangat dengan meraih jumlah tontonan sebanyak 1 juta di YouTube dalam masa dua bulan.[9][1]
Wani mewakili Malaysia ke pertandingan World Championship Of Performing Arts (WCOPA) yang berlangsung di Hollywood, California, Amerika Syarikat pada Julai 2018. Beliau merupakan antara 15 yang terpilih untuk mewakili negara daripada 30 peserta yang bersaing untuk merebut tempat secara keseluruhan.[10][1] Wani menyertai pertandingan Big Stage musim pertama dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Fara Hezel, Syafiq Farhain, Baby Shima dan Sissy Imann.[4][11] Wani terselamat daripada penyingkiran apabila juri tetap, Siti Nurhaliza menggunakan kuasa imuniti semasa suku akhir konsert. Beliau berjaya memenangi tempat keempat.[12]
Selepas tamat Big Stage, Wani bersama-sama Sarah Suhairi dan Sissy Imann muncul dalam rancangan The House di Astro Ria.[13]
Beliau mengumumkan pada Januari 2019 bahawa tidak akan menyambung kontraknya bersama Suria Records yang akan tamat pada September.[14] Wani ialah salah seorang daripada 10 peserta rancangan realiti tarian dan nyanyian Astro Ria, Dansa Dan Sing di mana beliau berkolaborasi bersama empat penari yang dikenali sebagai Delitz.[15]
Wani juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan apabila beliau memegang watak Fatin dalam drama Melastik Ke Hatimu bersama rakan seperjuangannya dalam Big Stage, Andi Bernadee. Beliau juga pernah melakonkan watak kecil sebagai tetamu majlis hari lahir dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia (2014) arahan Bernard Chauly, lakonan Fazura dan Lisa Surihani.
Bermula Februari 2021, Wani menjadi salah seorang pengacara rancangan Road To Success di DidikTV KPM bersama Sissy Imann, Afieq Shazwan dan Akhmal Nazri.[16]
Wani menandatangani kontrak bersama Rocketfuel Entertainment dan muncul bersama lagu "Jangan Terlepas Pandang" yang juga rakaman pertamanya bersama label itu selepas meninggalkan Suria Records. Dikeluarkan pada November 2021, lagu ini menjadi lagu tema drama Dukun Diva.[17][18]
Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
---|---|---|---|---|
Minggu 1 | Lagu Viral | "Jangan Jangan" | Dirinya sendiri | TERSELAMAT |
Minggu 2 | Lit Throwback | "Akan Ku Tunggu" | Candy | TERSELAMAT |
Minggu 3 | Sama-sama Up | "Sampai Bila"
(duet bersama Hael Husaini) |
Misha Omar | TERSELAMAT |
Minggu 4 | Tapi Bukan Aku | "Sayang" | Via Vallen | TERSELAMAT |
Minggu 5 | Hot List Digital | "Luluh" | Khai Bahar | TERSELAMAT |
Minggu 6 | Lagu Pilihan Siti Nurhaliza | "Getaran Cinta Di Jiwa" | Liza Hanim | TERSELAMAT |
"Jampi"
(duet bersama Afieq Shazwan) |
Hael Husaini | TERSELAMAT | ||
Minggu 7 (Separuh Akhir) | Road To Final | "Crazy In Love" | Beyoncé Knowles | TERSELAMAT |
"Nisan Cinta"
(duet bersama Siti Sarah) |
Jaclyn Victor dan Siti Nordiana | TERSELAMAT | ||
Minggu 8 (Akhir) | Cover Penentuan & Lagu Baru | "Pematah Hati" | Nabila Razali | TEMPAT KEEMPAT |
"Saat Terindah" (Lagu baru) | Dirinya sendiri | TEMPAT KEEMPAT |
Wani dilahirkan di Sandakan, Sabah dan membesar di Petaling Jaya, Selangor. Bapanya meninggal dunia ketika Wani baru berusia setahun.[19] Beliau menerima keputusan cemerlang 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya. Beliau memperoleh keputusan A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan Tasawwur Islam. Selain itu, beliau juga mencatat keputusan B dalam mata pelajaran Matematik dan C+ bagi subjek Akaun.[20][21] Beliau ialah graduan Asasi Undang-undang di Management & Science University (MSU).[22][23][24]
Selain itu, Wani juga ialah atlet sukan boling dan pernah mewakili Selangor.[25]
Tahun | Tajuk |
---|---|
2015 | |
2016 | "Berteman Saja"
|
"Kumbang dan Bunga" (duet bersama VIRAL)
| |
2017 | "Aku Suka Kamu"
|
2018 | "Saat Terindah"
|
2019 | "Magika"
|
2020 | |
2021 | |
2022 | |
2023 | "Fajar"
|
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2012 | Jidin Sengal | Piah (kecil) | Filem pertama, pelakon tambahan |
2014 | Manisnya Cinta Di Cappadoccia | Tetamu | Pelakon tambahan |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2019 | Cerita Hantu Asrama | Ara | Astro Prima | Drama pertama |
2021 | Melastik Ke Hatimu | Fatin | TV3 | |
Perisik Cinta Tak Diundang | Anida | |||
Ratu Ten Pin | Suzana | Astro Ria | ||
Dayang Senandung | Dayang | TV Okey & TV2 | ||
Tahyul | Fathia | TV3 | ||
2022 | 3 Nota Cinta | Aini | ||
Ratu Ten Pin 2: Shalin | Suzana | Astro Ria | ||
Pekan Kecil Kampung Terpencil | Kasih | TV1 | ||
Adakah Engkau Menungguku | Tina | TV3 | ||
2023 | Melastik Ke Hatimu 2 | Fatin |
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2010 | Kamilah Bintang | Peserta | Astro Ceria | Juara Kamilah Bintang |
2011 | Tom Tom Bak | Artis Jemputan | ||
2013 | Ceria Superstar 1 | Peserta | 'The Impossible Krew' | |
2018 | Big Stage (musim 1) | Dirinya sendiri/peserta | Astro Ria | |
2019 | The House (S5) | Dirinya sendiri | Bersama Sarah Suhairi dan Sissy Imann | |
2020 | Dansa Dan Sing | Peserta | ||
Big Stage (musim 3) | Artis Jemputan | Berduet bersama Dinie Rashid | ||
Nona | Wani | TV3 | Personaliti Jemputan | |
2021 | Road To Success | Pengacara | DidikTV KPM | |
2022 | Famili Duo (Musim 2) | Peserta pasangan selebriti | TV3 | bersama Bella Astillah |
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2016 | Anugerah MeleTOP Era 2016 | Artis Baharu MeleTOP | Dirinya sendiri | Tercalon |
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 | Artis YouTube Popular | Tercalon | ||
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Penyanyi Wanita Popular | Tercalon | |
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2019 | Tercalon | ||
2021 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2020 | Tercalon |
Penyanyi Jangan Jangan mahukan kerjaya dan pelajaran berjalan seiring.
Bermula dengan penyertaannya dalam program realiti Kamilah Bintang pada 2010 sehingga yang terbaharu Dansa Dan Sing yang kini bersiaran di Astro, gadis berusia 20 tahun ini dilihat lebih optimis menyertai pertandingan realiti.
Bagi yang tidak tahu, selain berbakat dalam bidang nyanyian, Wani juga seorang atlit sukan boling dan pernah mewakili Selangor.