Tahyul
Genre
Ditulis olehSyed Muhammad Taufik Syed Abd Jalil
PengarahJunaime Ramfizal Rahmat (Che Mie)
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanDemi Kamu - Indah Ruhaila
Lagu penutupKuala Lumpuh - Sharul Kamal
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15 Episod
Penerbitan
Penerbit eksekutifMuhamad Norazhar Baharuddin
PenerbitMd Fadzil Teh
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Zeel Production
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Samarinda)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal12 Oktober 2021 – 8 November 2021
Kronologi
MengikutiDear Cinta
Diikuti olehCukup Derita Itu

Tahyul ialah sebuah siri drama seram televisyen Malaysia 2021 arahan Junaime Ramfizal Rahmat (Che Mie), dibintangi oleh Aniq Suhair, Wani Kayrie dan Cik B. Siri ini memulakan tayangan di Slot Samarinda, TV3 bermula 12 Oktober 2021 menggantikan Dear Cinta. [1]

Sinopsis

Sekumpulan pencipta konten yang terdiri daripada lima remaja bersahabatan, menghoskan konten di laman sosial "Tales Of Tahyul" yang mana ia berkaitan dengan aktiviti paranormal di sebuah rumah usang.

Realitinya, mereka hanya memperdayakan followers mereka. Rakaman video mereka itu hanyalah lakonan semata-mata bagi tujuan meraih tontonan.

Mereka Obses untuk menarik perhatian netizen dan ingin menjana pendapatan lumayan.

Apabila penggambaran video bermula, situasi menjadi tidak terkawal apabila ia semakin jelas yang lokasi mereka itu memang benar-benar berhantu yang mana ia kemudian bertukar menjadi mimpi ngeri dan tradegi.

Kesilapan masa lalu mereka mula menghantui kembali.

Pelakon

TRIVIA

*Aniq Suhair merupakan alumni program Hero Remaja edisi 2019/20 bersama Nadhir Nasar dan ini merupakan pertama kali membawa watak utama malah sebelum ini pernah berlakon dalam drama Tak Sempurna Mencintaimu pada awal tahun 2021.

*Adit Noh kerap beberapa kali bersama Zeel Production untuk projek telefilem atau drama di TV3 dan TV2 antara tahun 2016 hingga 2019, beliau kembali semula berlakon selepas berehat setahun bagi beri laluan fokus perniagaan dan keluarga.

*Fauziah Latif @ Jee membawa watak kali 2 sebagai antagonis selepas menjayakan telefilem Penunggu Hospital di Astro pada 2017, beliau mengalami kehilangan suara sedikit demi tuntutan watak Qaseh Syuhada dan perlu hafal bahasa Jawa ketika babak bersama Farah Ahmad. Watak itu diterima baik oleh peminat setia penyanyi lagu Teratai Layu di Tasik Madu.

*Rozita Che Wan menerima tawaran drama ini kerana penglibatan Fauziah Latif dan pernah menceritakan kepada sebuah portal media tentang kenangan beliau dengan penyanyi tersebut.

*Drama Tahyul kebanyakan menghabiskan lokasi penggambaran di sekitar Perlis iaitu di Arau, Kaki Bukit.

*Wani Kayrie kembali bersama dengan Fauziah Latif untuk menjayakan acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2021 meskipun menggantikan penyanyi Zizi Kirana di saat akhir.

Rujukan

  1. ^ Drama Tahyul. MyInfoTaip. Dicapai 11 Oktober 2021.

3.Che Ta setuju sebab Jee - Berita Harianhttps://www.bharian.com.my › selebriti