Zizi Kirana | |
---|---|
Kelahiran | Nur Fazelah @ Zizie binti Mad Tahil 23 Januari 1985 |
Nama lain | Zizi AF7, Zizi The Fabulous Cats , Zizi Kirana |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, duta produk, pengacara |
Tahun aktif | 2009–kini |
Pasangan | Yusuf Bahrin (k. 2021) |
Ibu bapa |
|
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Mixology Music |
Pengkarya berkait | The Fabulous Cats, Nukilan, Hael Husaini, Ifa Raziah, Bella Astillah, Malique, Benzooloo, Sandra Dianne, AVDR, Haqiem Rusli, Fynn Jamal, Kaka Azraff |
Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil (dilahirkan pada 23 Januari 1985) atau lebih dikenali sebagai Zizi Kirana ialah seorang penyanyi wanita Malaysia.
Beliau merupakan bekas peserta Akademi Fantasia pada 2009. Selain itu, beliau juga menyertai rancangan televisyen realiti Indonesia, D'Academy Asia musim kedua di mana beliau mewakili Malaysia.
Kerjaya nyanyian Zizi bermula setelah beliau menyertai Akademi Fantasia musim ketujuh. Namun perjalanan beliau di AF7 terhenti di konsert minggu keempat apabila beliau tersingkir berikutan undian SMS yang tidak menyebelahi kepada beliau ketika itu. Selepas tamat AF7, Zizi menyertai kumpulan The Fabulous Cats yang dipelopori oleh Cat Farish, Adeep Nahar dan Wangi Julianda. Bersama kumpulan itu, beliau merakamkan beberapa single termasuk "Cinta Kosmik" dan "Pergilah Ayu" serta album Fabulousity. Namun jodoh beliau dengan The Fabulous Cats tidak berkekalan apabila kumpulan itu dibubarkan.
Zizi kemudian menyertai kumpulan Nukilan, semasa bersama Nukilan, beliau mengalunkan rap dengan cekap. Bagaimanapun, jodoh Zizi dengan kumpulan itu juga tidak kekal lama apabila mereka dibubarkan. Zizi kemudian menyertai sebuah pertandingan TV realiti Indonesia, D'Academy Asia musim kedua, bermula dari rancangan inilah beliau dikenali peminat sama ada di Malaysia, mahupun Indonesia.
Pada tahun 2009, Zizi berjaya terpilih sebagai salah seorang daripada 14 pelajar yang diterima masuk ke dalam AF7.[1] Namun perjalanan beliau terhenti di konsert minggu keempat bersama seorang lagi pelajar yang berasal dari negeri yang sama dengannya, iaitu Rubisa.[2] Berikut persembahan beliau di dalam akademi :
Konsert | Lagu & Penyanyi asal | # |
---|---|---|
Minggu 1 | "Molek" nyanyian Elyana | Ke-5 |
Minggu 2 | "Sembilu" nyanyian Ella / "Wonder Women" nyanyian Mulan Jameela |
Ke-6 |
Minggu 3 | "Ini Rindu" nyanyian Farid Harja | Ke-7 |
Minggu 4 | "Aku Dah Bosan" nyanyian Amy Search | Tersingkir |
Konsert | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
---|---|---|---|
Top 36 | "Hujan" | Erie Suzan | Selamat |
"Bumi Semakin Panas" | Cucu Cahyati | ||
Top 24 | "Wassini" | Waheeda | Selamat |
"Akhir Sebuah Cerita" | Evie Tamala | ||
Top 18 | "Maling" | Nita Thalia | Tersingkir |
"Kun Anta" | Humood Alkhuder |
Zizi telah menamatkan zaman gadisnya dengan pelakon popular Yusuf Bahrin pada 19 September 2021. [3]
Pada penghujung tahun 2020, lagu "Eh" nyanyian beliau akhirnya berjaya melayakkan diri ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-35, walaupun pada awalnya ramai pihak yang mempertikaikan kelayakan lagu "Eh" ke pentas anugerah berprestij tersebut. [4] Ini adalah merupakan kemunculan pertama beliau di pentas AJL setelah hampir 11 tahun menjadi anak seni.[5]
Tahun | Lagu | Album |
---|---|---|
2017 | "Rahsia Hati" | Single |
2018 | "Siapa Yang Bap Bap" | |
"NakKeTakNak" | ||
"Boleh Jalan" | ||
"Biar" | ||
2019 | "Gasoline" | |
"Eh" | ||
2021 | "Tentu" | |
2022 | "Pijak" |
Tahun | Lagu | Kolaborasi bersama | Single |
---|---|---|---|
2016 | "Levitasi" | Fynn Jamal & Kaka Azraff | Single |
2018 | "Terkemuka" | Benzooloo & Sandra Dianne | Single |
2019 | "Yang Legit, Yang Legend" | Hael Husaini | Lagu Tema MeleTOP 2019 |
"Starlela" | Ifa Raziah & Bella Astillah | Single | |
"Mintak Lagi" | AVDR | Single | |
"Khatulistiwa" | Haqiem Rusli | Lagu Tema iklan RTM |
Tahun | Tajuk | Peranan |
---|---|---|
2010 | Cuti-Cuti Cinta | Faustina |
2011 | Hantu Bonceng | Mimi |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | Jamu Nesan | Madam Zoora | Unifi TV |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2013 | Pian Kenan Balik Raya | Lydia | Astro Warna | |
2020 | Bujang Raya Bersama | Tunang Eddy | TV1, TV2, TV Okey |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Akademi Fantasia (musim 7) | Peserta | Astro Ria | Tersingkir Konsert Minggu 4 |
2016 | D'Academy Asia (musim 2) | Peserta mewakili Malaysia | Indosiar | Tersingkir di konsert Top 18 |
2020 | Shuk Nak Tanya | Artis jemputan | Awesome TV | Tetamu jemputan episod 9 |
2021 | Tok Kata | Artis Jemputan | ||
2022 | The Last Trio Standing | Pengacara | Astro Ria | Bersama Awal Ashaari |
2023 | The Masked Singer Malaysia (musim 3) | Peserta | Astro Warna | Sebagai Bertih Jagung |
2024 | The Hardest Singing Show | Astro Ria |
Tahun | Lagu | Catatan |
---|---|---|
2017 | "Rahsia Hati" | |
2018 | "Siapa Yang Bap Bap" | |
"NakKeTakNak" | ||
"Boleh Jalan" | ||
2019 | "Yang Legit, Yang Legend" | |
"Starlela" | ||
"Eh" | ||
2021 | "Tentu" | |
2022 | "Pijak" |
Tahun | Anugerah | Kategori | Karya yang dicalonkan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2020 | Anugerah Juara Lagu ke-35 | Persembahan Terbaik | "Eh" | Menang |
Isu langgar kontrak
Pada Oktober 2021, nama Zizi Kirana hangat diperkatakan apabila pengarah dan penerbit drama Jamu Nesan iaitu Dato' Rafiena Ezanee Ramli mendakwa bahawa Zizi telah melanggar kontrak dengan mengenakan hijab sebelum selesai proses penggambaran drama tersebut. Tindakan drastik yang dibuat oleh Zizi Kirana membuatkan Dato' Rafiena mendakwa telah menanggung kerugian dan beliau terpaksa mengugurkan nama Zizi sebagai pelakon utama drama tersebut dan menggantikannya dengan Didi Astillah. Bagaimanapun Zizi kemudian tampil menjelaskan bahawa beliau ada meminta pandangan dan pendapat mufti berkenaan hukum memakai rambut palsu bagi menjayakan watak tersebut dan mufti tersebut telah menjelaskan bahawa ianya adalah haram meskipun dilakukan atas dasar kerja. Ini disebabkan sebelum ini Dato' Rafiena ada mencadangkan agar Zizi memakai rambut palsu bagi menjayakan watak sebagai ketua mafia dan sekaligus ingin menyiapkan proses penggambaran drama tersebut. [6]
Namun sekali lagi Dato' Rafiena tampil menjelaskan bahawa beliau bakal menyaman pihak Zizi Kirana disebabkan kelewatan Zizi memberi respon terhadap beliau sebelum ini sama ada ingin meneruskan penggambaran atau tidak. Bagaimanapun Zizi Kirana ada membuat rayuan agar Dato' Rafiena tidak menyaman beliau dan memahami keadaannya yang kini sudah berhijab. [7]
| |||||||
Album studio |
| ||||||
Single |
| ||||||
Filem |