Sam Nuhair | |
---|---|
Kelahiran | Syamila Nuhair binti Zainordi 3 April 1993 |
Nama lain | Nuha |
Pendidikan | Diploma Muzik |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan | Penyanyi, penulis lagu, pelakon |
Tahun aktif | 2014–kini |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Joe PRC International |
Syamila Nuhair Zainordi (lahir 3 April 1993) ialah seorang penyanyi wanita Malaysia.[2] Kerjayanya bermula selepas menjadi salah seorang peserta rancangan TV realiti Akademi Fantasia musim ke-11 di mana beliau berjaya mendapat tempat keempat.[3][4][5][6]
Sam Nuhair mula menunjukkan minat terhadap muzik ketika berusia 7 tahun. Beliau pernah menimba pengalaman mencuba nasib sebagai ahli koir dan nasyid, namun ditolak, Sam tidak berputus asa. Sewaktu menduduki Tingkatan 2, beliau menyertai kumpulan nasyid di sekolahnya di mana beliau sebagai penyanyi utama.[7]
Pada tahun 2014, beliau terpilih sebagai salah seorang peserta Akademi Fantasia (AF) musim ke-11 antara lain turut disertai oleh Nina Nadira, Muna Shahirah, Firman Bansir dan Ewal Ismail.[3] Ketika menyertai AF 2014, beliau menggunakan nama Nuha atau Nuha AF.[3] Sebelum menyertai AF 2014, beliau pernah mencuba nasib di Akademi Fantasia musim ke-9, namun ditolak kerana faktor usia.[7]
Selepas 10 minggu berentap di pentas AF berjaya mendapat tempat keempat sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000. Wang kemenangannya itu digunakan untuk membiayai pengajiannya.[3] Dalam temuramah bersama mStar Online, Sam berkata: "Saya masuk AF 2014 sebab nak bayar duit pengajian, duit pinjaman saya dapat hanya RM100 sahaja setiap semester. Mungkin pendapatan bapa saya tinggi, tetapi orang tak tahu duit tersebut adalah untuk membiayai kos rawatan kesihatan nenek saya. Bukan saya ingin meminta simpati tetapi saya hanya jelaskan kenapa saya masuk program AF 2014 ini adalah untuk dapat duit sahaja.".[3]
Sepanjang beraksi di AF 2014, Sam dikatakan telah terlupa lirik semasa menyanyikan lagu "Beribu Sesalan" nyanyian asal 3 Suara di konsert akhir AF 2014.[3][7] Selain itu, beliau turut menyumbangkan lagu baru, "Pertama Kali" hasil nukilan sendiri. Berikut ialah persembahan beliau:
Selepas tamat AF 2014 dan pelajaran di kolej, Sam menandatangani kontrak bersama Joe PRC International dan muncul bersama single "Kau Menjauh" hasil ciptaan beliau sendiri, yang dikeluarkan pada 26 Ogos 2016. Beliau membelanjakan wang sebanyak RM30,000 untuk menerbitkan lagunya ini.[8][9][10]
Beliau juga menyumbangkan suaranya untuk muzik tema untuk musim baru siri televisyen travelog wanita terbitan TV3, Nona yang dihoskan oleh Mira Filzah. Selain itu, Sam juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan apabila ditawarkan membintangi drama Geng Tadarus yang disiarkan di TV1 sepanjang Ramadan. Dalam drama ini, beliau memegang watak sebagai Wan Normi, seorang pereka hiasan dalaman. Sebelum Geng Tadarus, Sam pernah berlakon dalam telefilem Ketupat Jantung Hati bersama rakan-rakan AF 2014.[11]
Pada Mac 2018, Sam melancarkan single terbaharu, "Roda" hasil nukilan Hafiz Hamidun.[12]
Sam Nuhair dilahirkan di Klang dan dibesarkan di Shah Alam, Selangor. Beliau merupakan lulusan dalam Jurusan Diploma Muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM).[3] Beliau menyifatkan dirinya sebagai seorang yang bersikap kasar.[13][14]
Tahun | Tajuk |
---|---|
2014 | "Kali Pertama"
|
2016 | "Kau Menjauh"
|
2018 | "Roda"
|
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018 | Geng Tadarus | Wan Normi | TV1 | Drama TV pertama lakonan |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2015 | Ketupat Jantung Hati | Nuha | Astro Ria | Lakonan pertama |
I don't think ballads are for me.