Nona
PengacaraAmyra Rosli
Lagu pembukaan"Nona" oleh Sam Nuhair (sejak 2018)
Lagu penutup"Nona" oleh Sam Nuhair (sejak 2018)
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
LokasiSri Pentas
Tempoh siaran1 jam
Syarikat penerbitan
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audio
Siaran asal24 Ogos 1984 – kini

Nona ialah sebuah rancangan majalah yang diterbitkan oleh TV3 dan disiarkan pada setiap Ahad pada jam 2.00 petang, sejak 24 Ogos 1984.

Sejarah

Konsep dan idea asal Nona sebenarnya diilhamkan oleh anak kepada pasangan seniman dan seniwati veteran terkenal, Allahyarham Datuk Jamil Sulong dan Datuk Rosnani Jamil iaitu Dr. Anwardi Jamil yang juga penerbit awalnya.

Ketika di awal penerbitannya, Nona berada di bawah Jabatan Penerbitan sehinggalah kemudiannya ia dipindahkan kepada Jabatan Berita & Hal Ehwal Semasa yang diketuai oleh penerbitnya, Nuraeshah Malik. Jika dilihat kepada perjalanan Nona selama 33 tahun, populariti dan kekuatan program yang berkonsepkan kekeluargaan itu terletak kepada kandungannya yang lebih mengutamakan kepada isu wanita di dalam dan juga luar negara.

Pada awal kemunculannya, antara segmen popular dalam program berkenaan termasuklah Cik Sri Siantan, Petua Nona, Dari Fail, Titian Hidup, Motivasi dan Klinik Nona yang terus meletakkan Nona sebagai salah sebuah program diminati ramai. Dalam pada itu, Nona juga berjaya mencipta sejarahnya tersendiri apabila pernah tampil dengan program realitinya sendiri, Pengacara Jemputan Nona (PJN) yang mula diperkenalkan pada tahun 1991.

Sempat bertahan selama lima tahun, PJN telah mencungkil bakat-bakat pengacara baharu antaranya termasuklah Normala Samsudin, Maria Tunku Sabri, Norish Karman, Nolly Zai Awang Sham dan Farah Adeeba.

Senarai pengacara

Pengacara Terkini

Bekas Pengacara

Trivia

Rujukan

  1. ^ "Ada Yang Tak Suka Saya Mengacara Nona - Maya Karin". mStar. 29 Januari 2010.
  2. ^ "Vanida Imran Pengacara Nona 2011". Budiey. 14 Disember 2010.
  3. ^ "Fara Fauzana Dan Neelofa Sah Pengacara Baru Nona". mStar. 29 Oktober 2011.
  4. ^ "Tidak ramai pengikut, Uyaina akur tinggalkan 'Nona'". ProjekMM. 5 Januari 2018.

Pautan luar