Uyaina Arshad | |
---|---|
Kelahiran | Saidatul Naseha Uyaina binti Arshad 16 November 1992 |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang |
Pusat pendidikan | Universiti Malaya (UM) |
Pekerjaan | Pengacara, pelakon, model, penyanyi |
Tahun aktif | 2015–kini |
Majikan | Media Prima (2015-kini) |
Terkenal kerana |
|
Pasangan | Raja Syahiran Raja Azhanrianshah (k. 2021) |
Anak-anak | 1 |
Ibu bapa |
|
Saudara | Allahyarham Mohd Attaful Uzair Arshad (abang) |
Saidatul Naseha Uyaina Arshad (lahir 16 November 1992) ialah seorang pengacara, pelakon dan model Malaysia.[1] Memulakan kerjaya awal dalam industri hiburan sebagai pelakon teater, Uyaina telah dinobatkan sebagai juara Pencarian Nona Manis 2015 anjuran TV3 dan terkenal sebagai pengacara Nona (2016-2017) dan Wanita Hari Ini (2017-kini).[2][3]
Uyaina bergiat aktif sebagai pelakon teater semasa menuntut di universiti dan mula dikenali umum sebagai pemenang Pencarian Nona Manis 2015 anjuran TV3, sekaligus dinobatkan sebagai Juara.[4] Kemudian, beliau telah ditawarkan untuk mengacarakan rancangan Nona dari 2016 hingga 2017 menggantikan Fouziah Gous.[5][6][7][8][9] Pada tahun 2017, Uyaina telah ditawarkan pula untuk menjadi pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 bersama Fiza Sabjahan, Hazrena Kassim dan Sugeeta Chandran.[10]
Pada Mei 2018, beliau telah menyertai Pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 yang buat julung kalinya diadakan di Indosiar. Beliau telah muncul sebagai Juara dengan menewaskan 17 peserta lain dari 6 buah negara; Indonesia, Malaysia, Singapura, Turki, Brunei dan Timor Leste.[11]
Kerjaya Uyaina mula berkembang bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia setelah dinobatkan sebagai juara Puteri Muslimah Asia.[12] Memiliki lebih 1 juta pengikut di Instagram miliknya, sekaligus menjadi ikon wanita muda yang semakin dikenali ramai.[13] Kerjayanya dalam bidang lakonan bermula dengan menjayakan watak Maryam dalam drama adaptasi novel Lelaki Kiriman Tuhan lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah.
Dalam tahun 2020, Uyaina membintangi dua siri drama TV, iaitu Jujurlah Nikahi Aku sebagai Nurin Asyifah, dan Perempuan Tanpa Dosa sebagai Usu Sakinah. Beliau digandingkan bersama Zul Ariffin dalam drama Love Elsa dengan melakonkan watak sebagai Ammara.[14][15][16]
Uyaina membuat penampilan sulung di layar lebar menerusi filem Siapa Tutup Lampu? (2021) dengan memegang watak sebagai Azie.[17] Beliau bersama suaminya, Raja Syahiran muncul dengan single "Hingga Akhir Waktu" yang menandakan percubaan sulungnya sebagai penyanyi.[18][19][20]
Uyaina merupakan anak bongsu daripada empat beradik dan mempunyai dua abang dan seorang kakak.[perlu rujukan] Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Malaya (UM).[3]
Bapa beliau, Arshad Ibrahim meninggal dunia di New Zealand pada usia 37 tahun pada 1997 sewaktu menjalankan tugas sebagai pegawai tentera laut ketika beliau baru berusia 5 tahun. Sejak itu, ibunya, Siti Noor Farah Jaafar tidak pernah berkahwin lagi sehingga kini.[21][22]
Uyaina berkahwin dengan penyanyi dan pelakon, Raja Syahiran Raja Azhanrianshah dengan sekali lafaz pada 20 Disember 2021.[23][24] Beliau selamat melahirkan bayi lelaki sulungnya pada 8 September 2022,[25] yang diberi nama Raja Urhan. Menurut Uyaina dalam satu perkongsian di Instagram, Urhan memiliki maksud yang cukup baik selain sebutannya hampir sama dengan ibunya.[26]
Abang sulungnya, Mohd Attaful Uzair Arshad meninggal dunia akibat serangan jantung pada 19 Ogos 2022 di usia 35 tahun.[27][28]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan | Ruj. |
---|---|---|---|---|
2021 | Siapa Tutup Lampu? | Azie | Filem pertama | [29] |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018 | Lelaki Kiriman Tuhan | Maryam | Astro Oasis | Drama adaptasi novel karya Umie Nadzimah |
2019 | Curi-Curi Cinta | Fariza | Astro Ria | Drama adaptasi novel karya Siti Rosmizah |
Sara Sajeeda | Iman Dahlia | TV3 | Drama kerjasama Malaysia-Pakistan | |
2020 | Jujurlah Nikahi Aku[30] | Nurin Asyifa | Astro Ria | Drama adaptasi novel karya Umie Nadzimah |
Perempuan Tanpa Dosa | Usu Sakinah | Drama adaptasi novel karya Fatinilam Sari Ahmad | ||
2021 | Ahli Bapak Bapak Club | Yem | ||
Love Elsa | Ammara | Drama adaptasi novel karya Acik Lana | ||
2022 | Kau Cipta Kasih | Khadijah | TV3 | Drama adaptasi novel karya Azilah Wahab |
Salam Squad 3.0 | Serena | Astro Ceria | ||
Lockdown 2 | Dila | Astro Ria | ||
2023 | Riot! Rebel With A Cause | Sarah | Astro Premier | |
Tanah Kubur (Musim 16) | Aina | Astro Oasis | Episod: "Ceraikan Saya!" |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2019 | Pintu Berkah: Ampunan Maaf di Ujung Ramadan | Fatimah | Indosiar |
2020 | Bercinta Dengan Jin | Maya | Astro Citra |
2021 | Lagenda Puteri Bulan | Puteri Zaleha | Astro Ceria |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2015 | Pencarian Nona Manis | Peserta | TV3 | Juara 1 |
2016–2017 | Nona | Pengacara | ||
2017 | Kasshoorga Talk | Astro Oasis | ||
2017–kini | Wanita Hari Ini | TV3 | ||
2018 | Puteri Muslimah Asia | Peserta | Indosiar | Juara 1 |
AKSI Asia | Pengacara | |||
D'Academy Asia (Musim 1) | ||||
2019 | Pesona Pengantin | Astro Prima | ||
AKSI Indonesia | Indosiar | |||
Golden Memories Asia | ||||
D'Academy Asia (Musim 2) | ||||
2020–kini | MeleTOP | Pengacara jemputan | Astro Ria | |
2020 | Ratu Hijabista | Pengacara | Mengacara bersama Fikry Ibrahim | |
Vokal Mania | TV3 | Mengacara bersama AC Mizal. Uyaina ialah pengganti Azira Shafinaz sebagai pengacara bersama dalam rancangan Vokal Mania. | ||
Sepahtu Reunion Live | Ros | Astro Warna | Episod: "Sampai Syurga" | |
2021 | Famili Duo (Musim 1) | Pengacara | TV3 | |
Sepahtu Reunion Live | Raisa | Astro Warna | Episod: "Rahsia Lorong" | |
2022 | Romantika Raya | Dirinya sendiri | Astro Ria | Bersama suaminya Raja Syahiran |
Borak Hantu | Artis jemputan | |||
2023 | All Together Now Malaysia (musim 2) | Juri | ||
Sepahtu Reunion Al-Puasa | Maria | Astro Warna | Episod: "Sepakat Membawa Berkat" | |
Family Feud Malaysia | Dirinya sendiri | Astro Ria | Bersama suami dan keluarganya (Episod 1) | |
Prankap!!! | Astro Warna | Bersama suaminya | ||
D'Academy Asia (Musim 6) | Pengacara | Indosiar | ||
Inspirasi 2024 | TV2 | Mengacara bersama Bell Ngasri |
Tajuk | Tahun |
---|---|
"Hingga Akhir Waktu" | 2022 |
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2021 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 | Pengacara TV Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
Pelakon TV Wanita Popular | Tercalon | |||
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Pengacara TV Popular | Tercalon |