Love Elsa | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Love, Elsa karya Acik Lana |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Michael Ang |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Ika Noh" oleh Marsha Milan & Fanzi Ruji |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 24 |
Penerbitan | |
Penerbit | Michael Ang |
Tempoh siaran | 41–43 minit |
Syarikat penerbitan | Juita Viden |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria (Slot MegaDrama) |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital Plus |
Siaran asal | 15 Jun 2021 – 26 Julai 2021 |
Kronologi | |
Mengikuti | Rindu Awak Separuh Nyawa |
Diikuti oleh | Cik Ayu Mee Sanggul |
Love Elsa ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Michael Ang, dibintangi oleh Zul Ariffin, Uyaina Arshad dan Zeera Azizi. Diadaptasi dari novel 2018 bertajuk sama karya Acik Lana terbitan BookU, siri ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria dari 15 Jun hingga 26 Julai 2021 menggantikan Rindu Awak Separuh Nyawa.[1][2]
Kisah Ammara, seorang gadis yang mempunyai kelebihan untuk mengembara ke masa silam orang yang disentuhnya. Kesannya Ammara akan jatuh sakit selepas berlaku sentuhan. Disebabkan penyakit misteri ni, ayahnya menempatkan Ammara di satu kawasan yang dikawal ketat keselamatannya. Ammara kemurungan hidup seorang diri selepas ibunya meninggal dan disisihkan oleh ayahnya sendiri.
Kemunculan Ridza Adam Hakim yang berpindah bersebelahan rumahnya, mengubah hidup Ammara. Tanpa sengaja Ammara tersentuh Ridza Adam Hakim dan melihat masa silam lelaki itu. Ammara menggunakan kelebihannya untuk membantu menyelesaikan kes pembunuhan keluarga Ridza Adam Hakim dan lahirnya perasaan cinta.