Ramona Zamzam | |
---|---|
Kelahiran | Ros Ramona Qadira binti Mohd Zamzam 25 Jun 1990 |
Pendidikan | Diploma Pengurusan Perniagaan |
Pusat pendidikan | Kolej SEGI |
Pekerjaan | Pelakon, model, pengacara |
Tahun aktif | 2002–kini |
Pasangan | Rami Alashkar (k. 2015) |
Anak-anak | 1 |
Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam (lahir 25 Jun 1990) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2009/10 dan terkenal menerusi peranan di televisyen dan filem. Beliau memulakan kerjaya awal sebagai model pada 2002 dan kemudiannya memulakan kerjaya lakonan pada 2006 ketika berusia 14 tahun dan mula dikenali sewaktu berlakon dalam filem Castello yang ditayangkan pada 2006.[1]
Ramona, berdarah peranakan Melayu, Pakistan, dan Thailand dilahirkan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan membesar di Ipoh, Perak.[2] Beliau merupakan anak sulung daripada dua beradik.[3] Ketika berusia 4 tahun, Ramona pernah bersekolah di sekolah Cina.[2] Ramona berkelulusan dalam bidang perniagaan di Kolej SEGI (kini Universiti SEGi).[2]
Beliau berkahwin dengan seorang warga Palestin, Rami Alashkar pada 1 Mei 2015.[4][5][6] Hasil perkongsian hidupnya dengan Alashkar, beliau dikurniakan anak perempuan bernama Ivanna Alashkar.[7] Pasangan ini membahagikan masa mereka antara Kuala Lumpur, Malaysia dan Tebing Barat, Palestin.
Pada tahun 2002, ketika berusia 12 tahun dan masih bersekolah, Ramona Zamzam memulakan kerjaya peragaan dengan menjadi penghias muka depan majalah kanak-kanak, Bintang Kecil. 4 tahun kemudian, Ramona memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Castello arahan Bade Hj. Azmi lakonan Rosyam Nor, Liyana Jasmay dan Erra Fazira.[2]
Pada tahun 2010, Ramona menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2009/10 bersama-sama Neelofa, Syatilla Melvin, Anzalna Nasir dan Izara Aishah yang mana beliau memenangi tempat kelima.[2] Penampilan televisyen pertama beliau ialah pada 2011 menerusi drama Begitukah Cinta di TV3. Beliau seterusnya memegang watak sebagai Shireen dalam drama Cinta Jangan Pergi lakonan Remy Ishak dan Tiz Zaqyah.[8]
Ramona memegang watak sebagai Nadia, salah seorang ahli kumpulan perompak Geng Anarkis dalam filem aksi jenayah, KL Special Force arahan Syafiq Yusof lakonan Rosyam Nor, Syamsul Yusof dan Fattah Amin. Filem ini ditayangkan pada 8 Mac 2018 dan merupakan kejayaan komersial dan kritis.[9]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2006 | Castello | Pelayan Kelab | Filem pertama, pelakon tambahan |
2010 | 2 Hati, Satu Jiwa | Sheila | Tidak dikreditkan[3] |
2012 | Sepah The Movie | Rosita | |
2015 | Jengka | Nini | |
2017 | Hospital | Ramona | |
2018 | KL Special Force | Nadia | |
2022 | Dato' Ai La Beau | Mona |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011 | Begitukah Cinta | Erin | TV3 | |
Nora Elena | Nila Watie | |||
Kali Kedua | TV9 | |||
2012 | Tanah Kubur (Musim 4) | Aini | Astro Oasis | Episod: "Makan Hasil Isteri" |
Nilapura | Ulia | TV3 | ||
2013 | Cinta Jangan Pergi | Shireen | TV9 | |
Cinta Jannah | Damia | TV3 | ||
2014 | Cinta Itu Kerja Allah | Fazilah | TV2 | |
Tuan Rumah Pembantu Rumah | Bellarina | TV3 | ||
Kifarah (Musim 2) | Episod: "Kelentong" | |||
Cinta Ilahi | Zara | |||
2015 | Hantu Kampung Manggis | Rohana | TV1 | |
Plan Cinta Tak Jadi | Cici | Astro Ria | ||
Embok Belum Terbakar | Ain Aliya | TV2 | ||
2016 | Anakku Diva | Kenanga | TV3 | |
2017 | My Sweet Lavender | Zai | TV9 | |
2019 | Hola Hermosa | Sarina | TV1 | |
2020 | Ironi Kasih | Suri Athirah | TV3 | |
2021 | Love Elsa | Ramona | Astro Ria | |
2022 | Shakira | Kartini | TV3 |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2011 | Azam Ala Kazam | Lina | TV3 |
Pencari Jalan Lurus | Dahlia | TV AlHijrah | |
2012 | Jangan Tak Pulang | Farah | |
2013 | Lara Qaseh | Qaseh | TV3 |
Yeop... Kaya Ke? | Emma | ||
3 Cinta 1 Novel | Astro Prima | ||
2014 | Mencari Datin Drama | TV9 | |
Bingkai Kaca | Rosnah (muda) | ||
Bermulanya Di Sini | TV AlHijrah | ||
2016 | Roti Canai Kuah Rendang | Zetty | TV2 |
Telah Ku Ikhlaskan | Ramona | TV3 | |
2017 | Seindah Takdir | Umairah | TV1 |
2018 | Hingga Jumpa Lagi | Lala | Astro Citra |
2021 | Ibu Belum Mati | Ibu Saiful | Astro Citra |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | Ketuk-Ketuk Ramadan | Dirinya sendiri | TV1 | |
2017 | Perang Bibir | Dirinya sendiri/peserta | TV9 | |
2018 | Kebun Bandar | Dirinya sendiri/pengacara | TV1 | |
2020 | Sepahtu Reunion Live | Artis Jemputan | Astro Warna | |
I Can See Your Voice Malaysia (Musim 3) | Juri Jemputan | TV3 | ||
2020–2022 | The Masked Singer Malaysia | Juri Tetap | Astro Warna | |
2021 | Mencari Sepahtu Yang Hilang | Pengacara | Bersama Jiggy Masin |
Tahun | Tajuk | Penyanyi | Catatan |
---|---|---|---|
2014 | "Hello" | Altimet dan The Trisno Trio | Bersama Iedil Putra |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2009/2010 | Dewi Remaja | Tempat ke-5 | Menang |