Syamim Farid | |
---|---|
Kelahiran | Syamim binti Mohd Farid 29 Januari 1991 |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Perniagaan |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA |
Pekerjaan | Pelakon, Model, Pengacara |
Tahun aktif | 2014–kini |
Pasangan | YDM Tengku Ezrique Ezzudean (k. 2016) |
To' Puan Syamim binti Mohd Farid (lahir 29 Januari 1991) merupakan seorang pelakon, pengacara dan model wanita Malaysia. Kerjayanya bermula selepas bergelar Naib Juara Dewi Remaja 2014/15.[1][2]
To' Puan Syamim dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat adik-beradik. Beliau juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA.[3]
Pada 19 Mac 2016, beliau telah berkahwin dengan Yang Dimuliakan Tengku Orang Kaya Menteri Diraja Tengku Ezrique Ezzudean bin Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj yang juga merupakan kerabat diraja Selangor.[4][5] Bapa mentuanya iaitu Yang Dimuliakan Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj bin Tengku Abdul Hamid Shah merupakan Tengku Seri Paduka Shah Bandar.[6]
Pada 29 Ogos 2023, suaminya Tengku Ezrique Ezzudean dikurniakan gelaran kebesaran Yang Dimuliakan Tengku Orang Kaya Menteri Diraja[7] oleh DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Orang Besar Istana Diraja Selangor, sekaligus melayakkan beliau menyandang gelaran Yang Berbahagia To' Puan Syamim binti Mohd Farid.[8][9]
To' Puan Syamim mula menceburi dunia hiburan tanah air selepas menjadi sebagai salah seorang finalis sekaligus bergelar Naib Juara Dewi Remaja 2014/15 yang turut disertai Raysha Rizrose yang merangkul gelaran Dewi Remaja, Balqish Maarif, Deeba Halil, Puteri Aishah, Fify Azmi, Mimi Lana, Natrah Khalid dan Mawar Rashid.[10]
Selepas Dewi Remaja tamat, beliau ditawarkan menjadi pengacara rancangan hiburan Astro Ria, HLive! bersama CK Faizal, Donna Muslim, Dahlia Shazwan dan Adriana Adnan. Kerjaya lakonan beliau bermula dengan membintangi drama Lelaki Macam Dia, kemudian diikuti oleh drama online Mata Cinta sebagai Ejay di HyppTV (kini Unifi TV).
Beliau juga memegang watak sebagai Shanie dalam drama Cinta Tiada Ganti, adaptasi dari drama Filipina, Sana'y Wala Nang Wakas, yang memerlukan beliau untuk menyanyi.[11] Ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian.[12]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Lelaki Macam Dia | Wawa | Astro Ria | |
2017 | Mata Cinta | Ejay | Astro Gempak | Web drama |
2018 | Cinta Tiada Ganti | Shanie | Astro Prima | Adaptasi drama Filipina |
Kan Ku Kejar Cinta Kamu | Kalsom | Astro Ria | Adaptasi dari Novel | |
2019 | Surat Cinta Buat Tuhan | Nina | Astro Oasis | |
2020 | Dua Takdir Cinta | Laila | Astro Prima | Adaptasi telenovela Colombia |
Seindah Tujuh Warna Pelangi | Erni | TV3 | ||
2021 | Hati Yang Dikhianati | Athira (Tyra) | Astro Prima | Adaptasi telenovela Veneuzela |
2022 | Tumpang Lalu Bang | Azura | TV9 | |
Sekali Lagi Cinta Kembali | Elina & Heliza | TV3 | ||
2023 | Bukan Hanya Sekadar Cinta | Lisa | ||
2024 | Jendela Hati | Haryati | Viu | |
Wanita Syurga | Yasmeen | TV3 |
Tahun | Tajuk | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|
2014-15 | Dewi Remaja | Astro Ria | Dirinya sendiri/Peserta |
2016 | HLive! | ||
2017 | Go Shop | Go Shop | |
2018 | Gaya VIP | My Freeview | |
2019 | Tumit Tinggi | TV1 |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2014 | Dewi Remaja 2014/15 | — | Naib Juara |
Gelaran hormat bagi To' Puan Syamim Farid | |
Gaya panggilan | Yang Berbahagia |
---|---|
Gaya pertuturan | Yang Berbahagia |
Gaya pilihan | To' Puan |