Rujukan kehormat ialah frasa yang digunakan untuk merujuk kepada orang-orang kehormat seperti Raja-raja, bangsawan dan orang-orang kenamaan. Ia digunakan secara meluas di Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura dan Selatan Filipina.

Malaysia, Brunei, Singapura dan beberapa Provinsi di Indonesia sering menjalankan istiadat pengurniaan darjah kebesaran yang membawa kepada gelaran kehormat kepada para penerima.

Rencana ini merujuk kepada sistem yang digunakan di Malaysia dan di Brunei sahaja.

Penggunaan

Susunan yang betul untuk menulis dan membahasakan secara rasmi adalah: panggilan hormat, pangkat, gelaran turun temurun kerabat diraja, gelaran bangsawan, gelaran Persekutuan, gelaran negeri, kelayakan profesional, gelaran badan profesional, gelaran profesional, gelaran turun temurun bukan kerabat diraja, gelaran bagi mereka yang telah menunaikan Haji, iaitu Haji (gelaran) atau Hajah bagi wanita, nama.

Malaysia

Bagi penerima darjah kebesaran dari pelbagai negeri, gelaran darjah kebesaran digunakan ketika berada di negeri berkenaan. Sebagai contoh Perdana Menteri Malaysia.

Mahiaddin Yasin

Ismail Sabri Yaakob

Terdapat juga gelaran yang digunakan oleh kerabat diraja yang mengatasi gelaran orang kebanyakan. Contohnya Al-Haj digunakan oleh Raja-raja Melayu dan kerabat diraja sebagai tanda kemuliaan bagi menggantikan Haji (gelaran) bagi orang kebanyakan.

Bagi para murabbi atau muallim yang mempunyai kelayakan dalam suatu bidang, mereka akan menggunakan gelaran seperti Al-Hafiz bagi penghafaz Al-Quran, Al-Muqri bagi individu yang mengetahui dan memperolehi kebanyakan bacaan qiraat (sab'ah/'asyarah sughra/'asyarah kubra) secara talaqqi musyafahah dan kemudian mengajarkannya dan Al-Qari bagi individu yang bertalaqqi musyafahah riwayat qiraat, mengetahui ilmu tajwid, waqaf & ibtida', menekuni riwayat tersebut tetapi tidak mengajarkannya.

Brunei

Panggilan hormat

Panggilan hormat dikategorikan seperti berikut

Berikut ialah senarai rujukan kehormat berserta penggunaannya:[1][2]

Raja-raja Melayu

Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Digunakan sebagai gelaran bagi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berdasarkan gelaran Sultan di negeri masing-masing. Gelaran ini turut digunakan bagi Pemangku Raja bagi negeri yang sultannya menjadi Yang di-Pertuan Agong

Negeri

Persekutuan: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Terengganu: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu

Kelantan: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan

Kedah: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman

Pahang: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang


Kebawah Kaus Yang Teramat Mulia

Bagi Raja pemerintah di Luak dan Raja memerintah bersama Yang DiPertuan Besar bagi Negeri Sembilan iaitu Undang yang Empat Negeri Sembilan

Duli Yang Maha Mulia

Digunakan untuk Sultan dan Raja yang memerintah sesebuah negara dan kerajaan atau negeri serta digunakan oleh Suri Pemerintah atau Pemangku Raja di Negeri-negeri berikut: Perlis, Perak, Selangor sekiranya sultan negeri tersebut menjadi Yang di-Pertuan Agong (kebiasaannya "Duli Yang Maha Mulia");

Negeri

Perlis: Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis

Perak: Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

Selangor: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor

Negeri Sembilan: Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus

Johor: Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor

Kerabat Diraja

Yang Maha Mulia

Untuk gelaran Raja-raja Permaisuri Melayu di Malaysia yang telah turun takhta dari menjadi Raja Permaisuri sesuatu negeri dan baginda masih hidup. (contoh: Yang Maha Mulia Raja Perempuan, Yang Maha Mulia Raja Permaisuri, Yang Maha Mulia Tengku Ampuan dan Yang Maha Mulia Che Puan Besar). Juga digunakan sebagai gelaran kehormat untuk Pemangku Raja Kelantan.

Kebawah Duli Yang Teramat Mulia

Untuk pewaris takhta yang bergelar Tengku Mahkota Pahang.

Duli Yang Teramat Mulia

Untuk pewaris takhta bergelar Raja Muda di Perlis,Kedah,Selangor dan Perak serta Yang di-Pertuan Muda di Terengganu dan Pemangku Raja yang memerintah sesebuah negeri/kerajaan. (biasanya "Duli Yang Teramat Mulia");

Duli Yang Amat Mulia

Untuk pewaris takhta yang bergelar Tunku Mahkota Johor serta pewaris-pewaris takhta kedua yang bergelar Raja Muda Johor,Raja di-Hilir Perak dan Tunku Mahkota Kedah.

Yang Teramat Mulia

Untuk pewaris takhta yang bergelar Tengku Mahkota Kelantan, Raja-raja Bergelar di Perak, kaum kerabat terdekat Sultan Kedah, dan Undang (luak di Negeri Sembilan).

Yang Amat Mulia

Untuk keluarga kerabat terdekat Sultan (anak-anak kandung/anak angkat dan adik-beradik serta saudara mara)walaupun di gelar anak angkat, tetapi dikira secara sah di sisi undang-undang dan agama serta anak angkat di gelar kepada anakanda sultan bagi negeri-negeri di malaysia.anak angkat kedudukan nya adalah sama seperti anak kandung sultan, di beri peruntukan khas diraja bulanan sepanjang hayat termasuk isteri, anak-anak dan cucunya dan elaun-elaun khas setiap tahun semasa menyambut ulang tahun kerabat sultan, dan nama keturunan Yang Amat Mulia atau ringkasnya Yang Mulia boleh di turun kepada anak-anak kandung sehingga cucu kandung bagi kerabat-kerabat sultan iaitu anak kandung mahupun anak angkat. Walau pun orang awam melihat seseorang itu adalah anak angkat sultan mahupun anak kandung sultan termasuk isteri dan cucu bagi kerahat diraja, tetapi bahasa istana dan adat budaya wajib menjunjung adab-adab diraja sebagai tanda hormat keatas keluarga diraja dan raja-raja melayu. anak sultan walaupun anak angkat mengikut akta diraja adalah sah sepanjang hayat dan yang telah di benar kan untuk naik singgahsana, tinggal di istana sepanjang hayat bersama isteri dan anak-anak. Yang Amat Mulia juga diguna pakai bagi isteri pasangan Undang. Gelaran rasmi ialah Yang Amat Mulia Toh Puan (ikut luak pasang)

Yang Mulia

Untuk kerabat diraja yang bergelar (Raja)(Tengku) (Tunku) (Engku) (Ungku) (Ku) (Syed untuk lelaki dan Sharifah untuk wanita dengan nama belakang Jamalullail untuk Kerabat Diraja' Perlis sahaja), dan waris Undang di Negeri Sembilan Kebiasaannya paduka anakanda dan cucunda Raja-raja bergelar atau kerabat terdekat.

Gelaran Kerabat Diraja Melayu

Gelaran-gelaran berikut adalah untuk baka atau salasilah keturunan hanya diberikan kepada keluarga diraja di sembilan negeri beraja di Malaysia dan keluarga beraja Brunei.

Malaysia

Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) (Jawi: كباوه دولي يڠ مها موليا) atau Duli Yang Maha Mulia (DYMM) (Jawi: دولي يڠ مها ملويا) digunakan untuk Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan pemerintah Negeri-negeri beraja. Yang di-Pertuan Agong juga menggunakan "Seri Paduka Baginda"(Jawi: سري ڤدوک بݢيندا). Walau bagaimanapun, penggunaan gelaran lain adalah mengikut negeri-negeri.

Persekutuan

Negeri Sembilan

Selangor

Perlis

Terengganu

Kedah

Kelantan

Pahang

Johor

Perak

Brunei

Bagi rujukan kehormat di Brunei, lihat Terasul.

Berikut merupakan gelaran rasmi yang digunakan untuk kerabat diraja Brunei.

Bagi mereka yang berketurunan raja dan telah berkahwin, mereka digelar sebagai Pengiran (Jawi: ڤڠيرن):

Gelaran bagi cucu juga diguna pakai untuk cicit dan piut Sultan. Bagi generasi terkemudian dipanggil dengan Pengiran sahaja.

Seseorang yang berkahwin dengan anggota jauh kerabat diraja akan digelar Pengiran Anak (Jawi: ڤڠيرن انق), dan gelaran akan hilang sekiranya mereka bercerai.

Perempuan yang berketurunan raja yang berkahwin dengan putera digelar Pengiran Isteri (Jawi: ڤڠيرن ايستري).

Perempuan yang bukan berketurunan raja yang berkahwin dengan putera pula digelar Pengiran Bini (Jawi: ڤڠيرن بيني).

Keturunan yang jauh dari keluarga diraja akan digelar Awangku (Jawi: اوڠکو) bagi lelaki dan Dayangku (Jawi: دايڠکو) bagi perempuan[3]

Gelaran-gelaran lain yang kecil ialah Tengku Putera (Jawi: تڠکو ڤوترا) bagi lelaki dan Tengku Puteri (Jawi: تڠکو ڤوتري) bagi perempuan.

Yang di-Pertua Negeri

Orang kenamaan

Tuan Yang Terutama

Paduka Yang Mulia adalah rujukan kehormat yang digunakan ke atas Pesuruhjaya Tinggi atau Duta Besar yang mewakili negara asing di Malaysia. Ia bagaimanapun dimansuhkan kerana berunsur feudal.

Puan Yang Terutama

Ia digunakan ke atas ketua kerajaan negara asing atau Pesuruhjaya Tinggi dan Duta Besar dari kalangan wanita yang mewakili negara masing-masing ketika berada di Malaysia.

Yang Amat Berhormat

(Panggilan ini tidak digunakan dalam Dewan Negara/Dewan Rakyat/Dewan Undangan Negeri kepada Menteri Besar, Premier atau Ketua Menteri yang juga adalah Ahli Parlimen/ADUN, sebaliknya YB (nama kawasan Parlimen atau DUN yang diwakili digunakan)).

Yang Amat Dihormati

Yang Amat Berbahagia

Yang Amat Arif

Pengunaan ketika dalam situasi formal, seperti di dalam mahkamah dan di luar mahkamah).

Yang Berhormat Mulia

Untuk dari kalangan yang berketurunan Raja dan Sultan yang pemerintah sebuah Kerajaan atau Kesultanan dan kerabat diraja yang bergelar bangsawan diraja di Malaysia sahaja.

Yang Berhormat

Yang Hormat

Yang Berbahagia

Yang Arif

Ketika dalam situasi yang formal seperti di dalam mahkamah dan di luar mahkamah.

Pegawai kanan kerajaan

Yang Amat Setia

Yang Amat Berusaha

Yang DiHormati

Pegawai kerajaan

Yang Setia

Yang Berusaha

Agamawan

Sahibus Samahah

Sahibul Fadilah

Sahibus Saadah

Al Allamah

Al-Fadil

Gelaran Malaysia

Di Malaysia, Yang di-Pertuan Agong menganugerahkan gelaran persekutuan. Sebahagian mungkin membawa gelaran persekutuan yang berikut. Gelaran-gelaran sebegini adalah suatu kehormatan dan bukan keturunan. Gelaran persekutuan mungkin boleh dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong, dan mungkin boleh dikembalikan oleh seorang individu.

Persekutuan

Tun

Gelaran Tun telah wujud dalam masyarakat Malaysia selama beratus-ratus tahun. Pada zaman dahulu, Tun adalah gelaran kehormat yang digunakan oleh orang bangsawan berketurunan raja, yang diwarisi oleh kaum lelaki. Kini, gelaran Tun telah menjadi gelaran yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong kepada penerima berkelayakkan dan paling berjasa yang telah memberi sumbangan besar kepada negara.

Tun merupakan pangkat persekutuan paling kanan yang diberikan kepada penerima sama ada Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Seri Setia Mahkota (SSM). Gelaran untuk isteri Tun adalah Toh Puan. SMN biasanya dianugerahkan kepada Yang di-Pertua Negeri (YDPN) dan bekas Perdana Menteri Malaysia. Penerima gelaran Tun yang bukan pemerintah negeri atau wakil rakyat diberikan gelaran Yang Amat Berbahagia.

Contoh:

Tan Sri

Tan Sri adalah pangkat persekutuan paling kanan kedua yang diberikan kepada penerima sama ada Panglima Mangku Negara (PMN) dan Panglima Setia Mahkota (PSM). Isteri bagi Tan Sri adalah Puan Sri. Penerima gelaran Tan Sri yang bukan wakil rakyat digelar Yang Berbahagia.

Contoh:

Datuk

Datuk adalah gelaran persekutuan yang mula diperkenalkan pada 1965. Ia terhad kepada penerima Panglima Jasa Negara (PJN) dan Panglima Setia Diraja (PSD). Isteri seorang Datuk digelar Datin. Penerima gelaran Datuk yang bukan wakil rakyat digelar Yang Berbahagia.

Contoh:

Gelaran Negeri

Negeri

Pehin Sri

Gelaran Pehin Sri ialah gelaran yang diperkenalkan oleh Sarawak yang hanya dianugerahkan kepada individu yang pernah dilantik dan merupakan bekas Ketua Menteri Sarawak, Perdana Menteri Malaysia, Yang di-Pertua Negeri atau setaraf atau lebih tinggi. Pehin Seri merupakan gelaran bagi penerima darjah Satria Bintang Sarawak (SBS).

Contoh:

Seri Setia

Gelaran Tun Seri Setia merupakan gelaran baharu yang diperkenalkan oleh negeri Melaka yang hanya dianugerahkan kepada individu yang telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka atau setaraf atau lebih tinggi. Seri Setia merupakan gelaran bagi penerima Darjah Seri Paduka Setia Melaka (SPSM).

Contoh:

Datuk, Dato', Datu dan Dato

Maklumat selanjutnya: Datuk (gelaran)

Di Malaysia, darjah kebesaran negeri dan Wilayah Persekutuan dikurniakan oleh ketua bagi setiap 13 negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan. Gelaran-gelaran adalah suatu kehormatan dan bukan pewarisan. Gelaran negeri boleh ditarik semula atau digantung oleh ketua negeri atau dipulangkan semula secara perseorangan. Dato' Sri atau Dato' Seri (sesetengah Dato’ dieja dengan Datuk bagi sesetengah negeri) ialah gelaran tertinggi yang diberikan oleh penerima yang telah menyumbang sesuatu kepada negara dan negeri. Isteri penerima gelaran digelar Datin Sri atau Datin Seri.

Dato' Bergelar

Senarai Dato' Bergelar Kelantan[5]

Kelantan
  1. Dato’ Sri Paduka Raja
  2. Dato’ Sri Setia Raja
  3. Dato’ Sri Amar D’Raja
  4. Dato’ Sri D’Raja
  5. Dato’ Sri Nara D’Raja
  6. Dato’ Sri Nirmala
  7. Dato’ Sri Ratna D’Raja
  8. Dato’ Sri Derma
  9. Dato’ Amar D’Raja
  10. Dato’ Aria D’Raja
  11. Dato’ Bentara Setia
  12. Dato’ Wira Jaya
  13. Dato’ Istiadat Mahkota
  14. Dato’ Bentara Kiri
  15. Dato’ Bentara Dalam
  16. Dato’ Bentara Luar
  17. Dato’ Kaya Muda
  18. Dato’ Bentara Muda
  19. Dato’ Bentara Jaya
  20. Dato’ Biji Sura
  21. Dato’ Lela D’Raja
  22. Dato’ Adika Raja
  23. Dato’ Bentara Kanan
  24. Dato’ Kaya Setia
  25. Dato’ Lela Negara
  26. Dato’ Lela Jasa
  27. Dato’ Kaya Bakti
  28. Dato’ Kaya Nara
  29. Dato’ Jaya Ratna
  30. Dato’ Kaya Pati
  31. Dato’ Kaya Perba
  32. Dato’ Perwira Raja
  33. Dato’ Kaya Derma
  34. Dato’ Kaya Budi
  35. Dato’ Megat Lela D’Raja
  36. Dato’ Bandar
  37. Dato’ Panglima Laut
  38. Dato’ Panglima Perang
  39. Dato’ Lela Muda
  40. Dato’ Bentara Guna
  41. Dato’ Penghulu Balai
  42. Dato’ Kaya Hulubalang
  43. Dato’ Kaya Perwara
  44. Dato’ Biji Wangsa
  45. Dato’ Bentara Istana
  46. Dato’ Bentara Sakti
  47. Dato’ Bentara Rakna
  48. Dato’ Megat Muda
  49. Dato’ Lela Perkasa
  50. Dato’ Panglima Dalam
  51. Dato’ Megat Mahkota
  52. Dato’ Ratna Nila

Contoh:

Perlis
  1. Dato’ Kurnia Bakti
  2. Dato’ Indera Perkasa
  3. Dato’ Indera Dewa
  4. Dato’ Indera Jaya
  5. Dato’ Indera Pahlawan
  6. Dato’ Alim Panglima
  7. Dato’ Kaya Bakti
  8. Dato’ Setia Jaya
  9. Dato’ Alim Setia
  10. Dato’ Lela Perkasa
  11. Dato’ Arif Perkasa
  12. Dato’ Murshid Diraja

Contoh:

Dato' Kehormat

Senarai Dato' Kehormat Perak[6]

Perak

Contoh:

Jaksa Pendamai

Maklumat selanjutnya: Jaksa Pendamai

Tahap Jaksa Pendamai (JP) berada di bawah semua Dato' atau Datuk.

Gelaran Brunei

Pehin

Pehin pula adalah gelaran yang diberikan pada pangkal nama seorang Manteri Berchiri. Sebagai contoh gelaran di Brunei ialah Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Ibrahim, bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei yang kini merupakan Penasihat Khas Sultan Brunei.[7][8] Gelaran ini merujuk kepada jawatan tradisional manteri di Brunei.

Bibliografi

Rujukan

Panggilan Hormat oleh Bahagian Istiadat Istana Negara

  1. ^ Protokol panggilan hormat, ms 37
  2. ^ Panggilan hormat dan kaedah penggunaannya
  3. ^ "pengiran". Malay Dictionary. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 10 June 2011.
  4. ^ Panggilan hormat bagi pegawai kanan Pertahanan Awam
  5. ^ Gelaran kebesaran negeri Dato’ Bergelar
  6. ^ Senarai darjah kebesaran negeri Perak
  7. ^ Rozan Yunos. "The Daily Brunei Resources: A Pehin in Brunei".
  8. ^ Bahasa Dalam Brunei