Yang di-Pertua
Dewan Rakyat
يڠ دڤرتوا ديوان رعيت
Penyandang
Dato' Johari Abdul
sejak 19 Disember 2022
Dewan Rakyat
GelaranTuan Yang di-Pertua (rasmi)
Tuan Speaker (tidak rasmi dan di dalam dewan)
Lapor kepadaDewan Rakyat
Bidang kuasaDewan Rakyat Edit the value on Wikidata
Dilantik olehDipilih oleh ahli-ahli Dewan Rakyat
Tempoh jawatanDipilih pada permulaan setiap Parlimen atau jika terdapat kekosongan
Surat cara pembentukanPerlembagaan Persekutuan Malaysia
Penjawat sulungMohamad Noah Omar
Dibentuk11 September 1959; 64 tahun yang lalu (1959-09-11)
GajiMYR 372,000 setahun[1]
Tapak webParliament of Malaysia
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Jawi: يڠ دڤرتوا ديوان رعيت) ialah pengerusi majlis (speaker) setiap kali persidangan Dewan Rakyat diadakan di Parlimen. Penjawat jawatan ini boleh dipilih dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun bukan dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat tetapi mempunyai kelayakan untuk dipilih menjadi Yang Dipertua. Walau bagaimanapun, Timbalan Yang Dipertua mestilah juga seorang Ahli Parlimen.

Tugas

Sebagai Yang di-Pertua, beliau bertanggungjawab:

Beliau juga menentukan bila sidang bermula dan berakhir, dan boleh menangguhnya sementara jika perlu. Yang di-Pertua juga bertanggungjawab memastikan Perlembagaan dihormati, mendisiplinkan ahli-ahli dewan, menetukan siapa yang berhak bersuara, memanggil undi dan memeriksa korum setiap kali bersidang. Beliau cuma mengundi sekiranya ada undi yang berakhir dengan seri.

Apabila Yang di-Pertua tidak dapat menghadiri persidangan Dewan Rakyat, tugas dan fungsinya dipikul oleh salah seorang daripada dua timbalannya.

Senarai Yang di-Pertua dan Timbalan Dewan Rakyat Malaysia

Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Bil Nama Parti Mula Tamat Tempoh Timbalan YDP
1 Tan Sri Dato' Haji Mohamed Noah Omar*
(Dewan Rakyat sesi ke-1)
Perikatan 1 September 1959 29 Februari 1964 4 tahun 5 bulan 28 hari
2 Dato' Syed Esa Alwee
(Dewan Rakyat sesi ke-2)
Perikatan 18 Mei 1964 24 November 1964 6 bulan 6 hari Syed Esa bin Alwee
3 Tan Sri Dato' Chik Mohamad Yusuf bin Sheikh Abdul Rahman***
(Dewan Rakyat sesi ke-2 dan ke-3)
Perikatan 25 November 1964 3 November 1974 9 tahun 11 bulan 8 hari Tan Sri Datuk Haji Nik Ahmad Kamil bin Haji Nik Mahmood
4 Tan Sri Datuk Haji Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud
(Dewan Rakyat sesi ke-4)
BN 4 November 1974 20 Disember 1977 3 tahun 1 bulan 15 hari Tun Tan Sri Syed Nasir bin Ismail
5 Tun Tan Sri Syed Nasir Syed Ismail
(Dewan Rakyat sesi ke-5)
BN 21 Disember 1977 16 Mac 1982 4 tahun 2 bulan 7 hari 1. Azahari bin Md Taib

2. Datuk Mansor bin Othman
3. Dato' Dr. Hee Tien Lai

6 Tun Tan Sri Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail **
(Bukan Ahli Parlimen)
Dewan Rakyat sesi ke-6 hingga ke-10
BN 14 Jun 1982 14 Oktober 2004 22 tahun 4 bulan 1. Tan Sri Dr. Abdul Hamid bin Pawanteh

2. Tuan Mohamed Amin bin Haji Daud
3. Tuan D.P. Vijandran
4. Dato' Ir. Ong Tee Keat
5. Tun Juhar bin Haji Mahiruddin
6. Dato' Muhammad bin Abdullah
7. Datuk Lim Si Cheng
8. Datuk Dr. Haji Yusof bin Yacob

7 Tan Sri Dato' Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib
(Dewan Rakyat sesi ke-11)
BN 22 November 2004 27 April 2008 3 tahun 7 bulan 5 hari 1. Datuk Dr. Haji Yusof bin Yacob
8 Tan Sri Datuk Pandikar Amin bin Haji Mulia
(Bukan Ahli Parlimen)
Dewan Rakyat sesi ke-12 dan ke-13
UMNO-BN 28 April 2008 9 Mei 2018 10 tahun 1 bulan

6 hari

1. Tun Tan Sri Dr. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar (BN) Dewan Rakyat sesi ke-12
2. Datuk Dr. Ronald Kiandee (BN) Dewan Rakyat sesi ke-12 dan ke-13 dan
3. Datuk Dr. Ismail Mohamed Said (BN) Dewan Rakyat sesi ke-13
9 Tan Sri Dato' Mohamad Ariff Md Yusof
(Bukan Ahli Parlimen)
Dewan Rakyat sesi ke-14[2]
AMANAH-PH 16 Julai 2018 13 Julai 2020 1 tahun, 11 bulan dan 27 hari 1. Dato' Mohd Rashid Hasnon (PKR-PH)
2. Tuan David Nga Kor Ming (DAP-PH)
10. Tan Sri Datuk Azhar Azizan @ Harun
(Bukan Ahli Parlimen)
Dewan Rakyat sesi ke-14
Bebas 13 Julai 2020 19 Disember 2022 2 tahun, 5 bulan dan 6 hari 1. Dato' Mohd Rashid Hasnon (PN-BERSATU)
2. YB Dato' Sri Azalina Othman Said (BN-UMNO)
11 Tan Sri Dato' Johari Abdul

(Bukan Ahli Dewan Rakyat)
Dewan Rakyat sesi ke-15

PKR-PH 19 Disember 2022 kini 1 tahun, 56 hari 1. Datuk Ramli Mohd Nor (BN-UMNO)
2. Puan Lau Kiong (DAP)

* menjawat jawatan sebelum Hari Malaysia
*** mula menjawat jawatan sebagai wakil rakyat Parti Perikatan kemudiannya BN
** meninggal dunia dalam jawatan

Baca lagi

Rujukan

  1. ^ "Gaji dan elaun Ahli Parlimen naik sehingga 40 peratus | MetroPost Malaysia". 2015-04-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-17. Dicapai pada 2018-07-18.
  2. ^ Biodata Speaker Dewan Rakyat ke-9