Syed Nasir Syed Ismail | |
---|---|
Yang di-Pertua Dewan Rakyat Malaysia | |
Dalam jawatan 9 Januari 1978 – 16 Mac 1982 | |
Didahului oleh | Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud |
Digantikan oleh | Mohamed Zahir Ismail |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Pagoh | |
Dalam jawatan 1974–1978 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Muhyiddin Yassin |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Muar Dalam | |
Dalam jawatan 1971–1974 | |
Didahului oleh | Aziz Ishak |
Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka | |
Dalam jawatan 1957–1969 | |
Didahului oleh | Ungku Abdul Aziz |
Digantikan oleh | Ali Haji Ahmad |
Butiran peribadi | |
Lahir | 7 Mac 1921 Batu Pahat, Johor, British Malaya (kini Malaysia) |
Meninggal dunia | 16 Mac 1982 Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 61)
Tempat persemadian | Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur |
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Toh Puan Sharifah Aishah Syed Muhammad Al-Habshee |
Anak-anak | 10 (termasuk Syed Mohd Yusof Syed Nasir dan Syed Alwi) |
Hubungan | Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil (menantu) |
Pekerjaan | Ahli politik |
| |||||||||||||
|
Tun Syed Nasir bin Syed Ismail (7 Mac 1921 – 16 Mac 1982) merupakan seorang tokoh politik UMNO di Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat kelima dari 9 Januari 1978 hingga 16 Mac 1982.
Syed Nasir dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 7 Mac 1921 dan meninggal dunia pada 16 Mac 1982. Beliau berasal dari Johor dan berketurunan Syed yang dikaitkan dengan keturunan Nabi Muhammad di tanah Hadramaut / Arab. Keluarga beliau mempunyai susur galur keturunan di Kabupaten Siak, Provinsi Riau, Indonesia. Di Johor ramai orang Melayu berketurunan Syed dan mendapat tempat istimewa dalam masyarakat. Tokoh lain ialah Syed Jaafar Albar.
Anaknya Tan Sri Syed Mohd Yusof Syed Nasir atau lebih dikenali sebagai Tan Sri Jojo[1] merupakan seorang usahawan yang terkenal. Antara perniagaan beliau yang terkenal ialah Hardrock Cafe.
Semasa menjadi Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka,[2] berlaku peristiwa Keranda 152 . Kebanyakan buku teks yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ketika itu ada kata pengantar daripada Tun Syed Nasir Ismail. Tahun 1970-an, semua buku teks dicetak dan dibekalkan oleh DBP. Bahasa Melayu digunakan sebagai meluas selaraskan dengan Penyata Razak.
Beliau pernah menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat.[3] Semasa menjadi speaker, beliau pernah sendiri ke Kem Tahanan Kamunting untuk majlis angkat sumpah dua orang ahli parlimen DAP yang ditahan di bawah ISA.
Senarai darjah kebesaran yang diterima
Sebuah sekolah di Johor Bharu telah dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Nasir Ismail.[4] Taj Sekolah Agama Tun Syed Nasir dibina di Tanjung Agas, Tangkak. Biasiswa Tun Syed Nasir[5] diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sejak 1992 untuk pelajar yang layak. Politeknik Tun Syed Nasir telah dibina di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh sebagai mengenang jasa beliau sebagai Ahli Parlimen Pagoh.[6]
Beliau meninggal dunia pada 1982. Makam beliau terletak di Makam Pahlawan, bersebelahan Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Penyandang Terdahulu | Ahli Parlimen Pagoh 1974 - 1978 |
Penyandang Kemudian |
Ahli Parlimen Muar Dalam Aziz Ishak |
Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Rencana berkenaan Syed Nasir Syed Ismail | |
---|---|
Umum | |
---|---|
Perpustakaan negara | |
Pangkalan data saintifik | |
Lain-lain |