Mohammed Hanif Omar | |
---|---|
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 20 April 2024 | (umur 85)
Sebab kematian | Penyakit buah pinggang |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur |
Pusat pendidikan | Universiti Buckingham Universiti Malaya, Singapura |
Pejabat | Ketua Polis Negara Malaysia ke-4 |
Pendahulu | Abdul Rahman Hashim |
Pengganti | Abdul Rahim Mohd Noor |
Pasangan | Toh Puan Hamidah Abdul Hamid |
Tun Mohammed Hanif bin Omar (16 Januari 1939 – 20 April 2024) merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang keempat dan juga Ketua Polis Negara yang paling lama berkhidmat di Malaysia iaitu selama 20 tahun. Beliau menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang telah terbunuh akibat serangan komunis.
Dilahirkan di Teluk Intan, negeri Perak, Hanif Omar menjadi Ketua Polis Melaka pada 7 September 1970, dan Ketua Polis Selangor pada 6 Disember 1971. Pada 1 Februari 1973, beliau menjadi Timbalan Ketua Polis Negara Malaysia.
Pada 2004/2005 beliau dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Memantapkan Pengurusan dan Operasi-operasi PDRM 2004-2005.
Tun Mohammed Hanif dilantik sebagai ahli Panel khas siasatan ke Aminulraashid Hamzah pada 2010. Pelajar sekolah, Aminulrasyid Amzah mati mengejut selepas ditembak mati oleh PDRM ketika memecut melarikan diri kerana memandu kereta tanpa lesen berhampiran rumahnya di Shah Alam.
Pada 9 Mei 2012, beliau dilantik sebagai Pengerusi panel siasatan bebas menyiasat dakwaan kekasaran polis ketika Perhimpunan Bersih 2012 yang diadakan di Dataran Merdeka pada 28 April 2012. Kredibiliti beliau dipersoalkan kerana menganggap peserta perhimpunan itu ada kaitan anasir komunis. Lim Guan Eng, Saifuddin Abdullah dan Tuan Ibrahim Tuan Man antara yang meraguinya. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bimbang kerana siasatan ini menjadi kabur, bertukar menjadi ‘keganasan’ , menutup penderitaan mangsa-mangsa dan ‘coup d'état’ akan dicipta.[1] [2]
Turut dilantik ialah bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.
Tun Hanif Omar dilakonkan oleh Norman Hakim dalam filem 2013, Tanda Putera arahan Shuhaimi Baba.
Penyandang Terdahulu | Ketua Polis Negara 8 Jun 1974 – 15 Januari 1994 |
Penyandang Kemudian |
Tan Sri Abdul Rahman Hashim |
Tan Sri Rahim Noor |
Rencana berkenaan Mohammed Hanif Omar | |
---|---|