Yang Berhormat
Dato' Sri Ustaz Haji Tuan Ibrahim Tuan Man | |
---|---|
توان إبراهيم بن توان من | |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Kubang Kerian, Kelantan | |
Memegang jawatan 19 November 2022 | |
Dalam jawatan 9 Mei 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Ahmad Baihaki Atiqullah |
Ketua Pembangkang Dewan Negeri Pahang | |
Memegang jawatan 6 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Chiong Yoke Kong |
Ahli Dewan Negeri Pahang untuk Cheka | |
Memegang jawatan 19 November 2022 | |
Didahului oleh | Lee Ah Wong |
Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia | |
Memegang jawatan 2015 | |
Presiden | Abdul Hadi Awang |
Didahului oleh | Mohamad Sabu |
Menteri Alam Sekitar dan Air Malaysia | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Timbalan | Mansor Othman |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin |
Timbalan | Ahmad Masrizal Muhammad |
Pesuruhjaya PAS Pahang | |
Dalam jawatan 2004 – 2015 | |
Didahului oleh | Idris Omar |
Digantikan oleh | Rosli Abdul Jabar |
Ahli Dewan Negeri Pahang untuk Jengka | |
Dalam jawatan 1999 – 2004 | |
Didahului oleh | Zainal Hassan |
Digantikan oleh | Abdul Rahman Ibrahim |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kampung Batu Balai, Jerantut, Pahang | 27 Ogos 1960
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Sekutu gabungan politik lain | MN (sejak 2019) PN (sejak 2020) |
Pasangan | Datin Sri Norrul Ain Md Hashim |
Alma mater | Universiti Kebangsaan Malaysia |
Nilai bersih | Kurang RM1 juta[1] |
YB Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Jawi: توان إبراهيم بن توان من) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang Dewan Negeri Pahang, Ahli Dewan Undangan Negeri Cheka dan Ahli Parlimen Kubang Kerian. Pada peringkat parti, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-8, YB Tan Sri Mahiaddin Yassin dan Perdana Menteri Malaysia ke-9, YB Dato' Seri Ismail Sabri dengan memegang portfolio sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air Malaysia.
Kementerian Alam Sekitar dan Air Malaysia dan Kementerian Sumber Asli dan Tenaga Malaysia digabungkan dalam satu kementerian di bawah Kerajaan Malaysia Madani iaitu Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia.
Dilahirkan pada 27 Ogos 1960 di Kampung Batu Balai, Jerantut, Pahang kepada ibu bapa perantau berketurunan Melayu Kelantan yang menetap di kawasan tersebut. Beliau melanjutkan pengajian sarjana muda di Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Dakwah dan Kepimpinan. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian sarjana dalam bidang Dakwah dan Kepimpinan di Universiti Kebangsaan Malaysia, dan tamat pengajian pada 1995. Tesis sarjana beliau bertajuk Implikasi Pelancongan Ke Atas Umat Islam - Satu Kajian Di Pulau Tioman. Beliau menekankan tiga keberkesanan kajian beliau, iaitu dari segi hal tanah, dari segi manfaat kepada penduduk dan dari segi akhlak Islam[2]. Beliau pernah berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Kuala Lipis dan bertugas sebagai pensyarah kanan selama 14 tahun di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka, Pahang dan Manjong, Perak[3].Di samping itu juga,beliau pernah dilantik sebagai Penasihat Pusat Pungatan Zakat Pahang dan menjadi sering muncul sebagai ahli Panel bagi Forum Perdan Ehwal Islam.
Pada 1999, beliau mula menyertai pilihan raya umum Malaysia ke-10 dan bertanding di DUN Jengka. Beliau memperoleh kemenangan setelah menewaskan calon UMNO, Dato Zainal Hassan dengan majoriti 319 undi. Walau bagaimanapun, beliau gagal mempertahankan kerusi DUN tersebut dalam pilihan raya umum Malaysia 2004 selepas tewas di tangan calon UMNO, Abdul Rahman Ibrahim. Dalam pilihan raya yang sama, beliau juga gagal memenangi kerusi Parlimen Maran selepas tewas kepada calon UMNO, Ismail Abd Muttalib.
Pada pilihan raya umum Malaysia 2008 pula, beliau masih gagal menawan kembali kerusi DUN Jengka. Walau bagaimanapun beliau telah berjaya merapatkan jurang majoriti kepada hanya 596 undi. Namun, pada pilihan raya umum 2013, beliau tewas lagi di tangan penyandang dari UMNO, Wan Salman Wan Ismail.
Pada pilihan raya umum Malaysia 2018 pula, PAS meletakkan beliau di kerusi Parlimen Kubang Kerian, dan berjaya menang dengan majoriti yang besar, yakni dengan 19,369 undian lalu menewaskan calon UMNO dan PAN.
Tahun | Peringkat | Kawasan | Individu (PAS) | Undi | Lawan | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | PRU DUN | N23 Jengka | Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) | 5,338 | Dato' Haji Zainal Hassan (BN-UMNO) | 5,019 | 319 |
2004 | PRU DUN | N23 Jengka | Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) | 5,532 |
Abdul Rahman Ibrahim (BN-UMNO) | 7,246 | 1,714 |
2004 | PRU Parlimen | P086 Maran | Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) | 8,483 | Ismail Abd Muttalib (BN-UMNO) | 15,725 | 7,242 |
2008 | PRU DUN | N29 Jengka | Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) | 6,858 |
Wan Salman Wan Ismail (BN-UMNO) | 7,454 | 596 |
2013 | PRU DUN | N29 Jengka | Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) | 9,150 |
Wan Salman Wan Ismail (BN-UMNO) | 10,453 | 1,303 |
2018 | PRU Parlimen | P024 Kubang Kerian | Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) | 35,620 | Dato' Sri Muhammad Abd Ghani (BN-UMNO) | 16,251 | 19,369 |
Dato' Dr Abdul Halim Yusof (PH-Amanah) | 11,557 |
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukan SPRM
tidak disediakan