Muhammad Sanusi Md Nor SPMK, AMK (Kedah) | |
---|---|
محمد سنوسي مد نور | |
Menteri Besar Kedah ke-14 | |
Memegang jawatan 17 Mei 2020 | |
Sultan | Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah |
Didahului oleh | Mukhriz Mahathir |
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Jeneri | |
Memegang jawatan 3 Julai 2018 | |
Didahului oleh | Mahadzir Abdul Hamid |
Majoriti | 2,455 (2018) 16,050 (2023) |
Pengerusi Badan Perhubungan Parti Perikatan Nasional Negeri Kedah | |
Memegang jawatan 5 Januari 2021 | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah | |
Dalam jawatan 4 Julai 2018 – 17 Mei 2020 | |
Didahului oleh | Amiruddin Hamzah |
Digantikan oleh | Phahrolrazi Mohd Zawawi |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kampung Sungai Pauh, Sik, Kedah | 4 Ogos 1974
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Sekutu gabungan politik lain | Gagasan Sejahtera (2016-2019) Muafakat Nasional (2019-2021) Perikatan Nasional (2020-kini) |
Pasangan | Tok Puan Seri Hajah Jusmalailani Jusoh |
Anak-anak | Lihat senarai
|
Kediaman | Seri Mentaloon (Kediaman rasmi Menteri Besar Kedah) |
Alma mater | Universiti Sains Malaysia |
Pekerjaan | Ahli politik |
Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor (lahir 4 Ogos 1974; Jawi: محمد سنوسي بن مد نور ) ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Menteri Besar Kedah terkini[1][2] dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Kedah dengan bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat.
Muhammad Sanusi bin Md Nor ialah anak ketujuh daripada 13 orang adik-beradik kepada pasangan Haji Md Nor bin Taib (lahir 1942) dan Hajjah Meriam binti Haji Ahmad (lahir 1949). Muhammad Sanusi berkahwin dengan Jusmalailani binti Jusoh lalu dikurniakan 5 orang anak. Datuknya, berasal daripada wilayah Hainan, China. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Batu 5, Sik, Sekolah Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Sekolah Menengah Sik, Sekolah Menengah Derma Kangar Perlis dan Universiti Sains Malaysia (USM).[3]
Muhammad Sanusi pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak pada pentadbiran PAS di Kedah tahun 2008 hingga 2013. Pascapemilihan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia 2021, beliau telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat[4]. Seterusnya, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS untuk penggal kedua[5].
Rencana utama: Kemelut politik Kedah 2020 |
Pada bulan Mei tahun 2020, sokongan yang berubah terhadap parti Perikatan Nasional (PN) di Kedah telah menyebabkan Menteri Besar Kedah ketika itu iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir melepaskan jawatan beliau. Susulan itu, Muhammad Sanusi telah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang ke-14.[6]
Tahun | Kawasan | Individu | Undi | Lawan | Undi | Peratusan Mengundi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | DUN Belantek, Kedah | Muhammad Sanusi Md Nor (PAS) | 7,974 | Mohd Tajudin Abdullah (BN-UMNO) | 8,226 | 86.64% | 252 |
2018 | DUN Jeneri, Kedah | Muhammad Sanusi Md Nor (PAS) | 10,626 | Mahadzir Abdul Hamid (BN-UMNO) | 8,171 | 84.7% | 2,455 |
2023 | DUN Jeneri, Kedah | Muhammad Sanusi Md Nor (PAS) | 21,823 | Muhamad Khizri Abu Kassim | 5,773 | 78.63% | 16,050 |
Pada awal Disember 2020, Sanusi mengumumkan bahawa pemerintah negeri Kedah telah memberikan izin kepada sebuah syarikat yang berpusat di Kuala Lumpur untuk mencari dan mengambil unsur-unsur hasil bumi yang bernilai "RM43 trilion". Setelah siasatan lanjut, dijelaskan bahawa simpanan unsur hasil bumi hanya dianggarkan RM 62 Bilion dan bukan jumlah yang didakwanya.[7] Terdapat juga dakwaan yang mengatakan bahawa Sanusi sengaja membuat kontroversi dan bersikap provokatif untuk menarik perhatian dari tuntutan "Penemuan Mineral 43 Trilion di Kedah".[8]