Dato' Haji Iskandar Abdul Samad DPMS (Selangor) | |
---|---|
Bendahari PAS Pusat | |
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat | |
Memegang jawatan 2019 | |
Didahului oleh | Razman Zakaria |
Naib Presiden PAS | |
Dalam jawatan 2015–2019 Berkhidmat dengan Idris Ahmad dan Mohd Amar bin Abdullah | |
Didahului oleh | Salahuddin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man & Husam Musa |
Digantikan oleh | Ahmad Samsuri Mokhtar |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor | |
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor | |
Dalam jawatan 2014–2018 | |
Menteri Besar | Mohamed Azmin Ali |
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Negeri Selangor | |
Dalam jawatan 2013–2014 | |
Menteri Besar | Abdul Khalid Ibrahim |
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor | |
Dalam jawatan 2008–2013 | |
Menteri Besar | Abdul Khalid Ibrahim |
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor untuk Chempaka | |
Dalam jawatan 2008–2018 | |
Didahului oleh | Datuk Mad Aris Mad Yusuf (BN-UMNO) |
Digantikan oleh | Konstituensi dibubarkan |
Pesuruhjaya PAS Selangor | |
Dalam jawatan 2013–2017 | |
Didahului oleh | Abdul Rani Osman |
Digantikan oleh | Sallehen Mukhyi |
Butiran peribadi | |
Lahir | 28 Februari 1961 |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Pasangan | Datin Salasiah Zakaria |
Kediaman | Selangor |
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Arkitek |
Dato' Iskandar bin Abdul Samad adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka, Selangor bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Bendahari PAS Pusat[1]. Di peringkat kerajaan negeri Selangor, beliau merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor.
Beliau tinggal di Taman Kencana, Pandan Indah. Beliau berkahwin dengan Salasiah Zakaria serta dikurniakan enam orang anak, iaitu lima lelaki dan seorang perempuan. Bapanya Abdul Samad Ahmad merupakan penyunting di Utusan Melayu. Rakan bapanya seperti Haji Subky Latif, Abdul Shukor Harun, bekas Pengarang Harakah, dan Suhaimi Mokhtar bekas Ketua Pengarang Harakah. Ibunya Maimunah Dasmi, seorang suri rumah.
Iskandar belajar di Sekolah Sri Petaling, Petaling Jaya. Tahun 1974, sambung belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Kemudian di United Kingdom dan mendapat ijazah arkitek dari Universiti Humberside. Dato' Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merupakan rakan sekolah semasa di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Iskandar menyertai PAS pada 1991 sementara Saifudin menyertai UMNO.
Selepas balik dari UK, tahun 1988 bekerja dengan firma arkitek. Selama setahun di United Kingdom . Beliau pernah menjadi pensyarah di UiTM bagi Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur. Beliau berhenti jadi pensyarah dan beliau kembali menjadi arkitek.
Iskandar pernah menjadi Setiausaha Cawangan PAS AU2 di Taman Seri Keramat.
Tahun | Kerusi | Undi | % | Pencabar | Undi | % | Jumlah undi | Majoriti | % Unjuran | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | N21 Lembah Jaya, P092 Ampang Jaya | Iskandar Abdul Samad (PAS) | 12,013 | 45.78% | Ismail Kijo (UMNO) | 14,267 | 54.22% | 26,770 | 1,048 | 77.66% | ||
2008 | N21 Chempaka, P100 Pandan | Iskandar Abdul Samad (PAS) | 12,528 | 52.18% | Nosimah Hashim (UMNO) | 11,480 | 47.82% | 23,733 | 1,048 | 73.14% | ||
2013 | Iskandar Abdul Samad (PAS) | 23,117 | 63.12% | Muhammad Faizal Sufar (UMNO) | 13,509 | 36.88% | 37,058 | 9,608 | 86.40% | |||
2018 | N21 Pandan Indah, P100 Pandan | Iskandar Abdul Samad (PAS) | 7,517 | 18.35% | Izham Hashim (AMANAH) | 24,914 | 60.83% | 41,331 | 16,386 | 84.20% | ||
Mohd Haniff Koslan (UMNO) | 8,528 | 20.82% |
Tahun | Kawasan | Undi | % | Pencabar | Undi | % | Jumlah undi | Majoriti | % Unjuran | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | P100 Pandan, Selangor | Iskandar Abdul Samad (PAS) | 12,609 | 31.50% | Ong Tee Keat (MCA) | 26,721 | 66.76% | 40,024 | 14,112 | 69.15% |