Haron Din

DPMS (Selangor)
Mursyidul Am PAS
Dalam jawatan
2015–2016
Didahului olehNik Abdul Aziz Nik Mat
Digantikan olehHashim Jasin
Butiran peribadi
Lahir(1940-08-18)18 Ogos 1940
Kangar, Perlis, British Malaya (kini Malaysia)
Meninggal dunia16 September 2016(2016-09-16) (umur 76)
San Francisco, California, Amerika Syarikat
Parti politik PAS
PasanganDatin Khadijah Md Salleh
Anak-anak5 orang
Hubungan
PendidikanKolej Islam Malaya
Alma materUniversiti al-Azhar
Universiti Ain Shams
Universiti Kaherah
PekerjaanMursyidul Am Pas, Ulama, Ketua Kluster Dakwah
Laman web rasmiDato' Dr. Haron Din

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Official)

Darussyifa' Online

Tuan Guru Dato' Dr. Haji Haron bin Din (18 Ogos 1940 – 16 September 2016) ialah ahli politik Malaysia dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan Ketua Kluster Dakwah, Majlis Perundingan Islam Kebangsaan. Di peringkat parti, beliau merupakan Mursyidul Am merangkap Pengerusi Majlis Syura Ulamak PAS dari Februari 2015 sehingga kematian beliau pada 16 September 2016. Beliau juga merupakan pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Malaysia (Darussyifa').

Pendidikan

Kerjaya

Dakwah

Aktiviti Pengajian Agama

  1. Kelas pengubatan Islam seminggu sekali di Darussyifa’ pada setiap malam Selasa.
  2. Kelas pengajian untuk golongan professional pada setiap malam Jumaat di Petaling Jaya (Seksyen 14). Bermula sejak tahun 1985
  3. Kelas pengajian di Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi, sekurang-kurangnya 2 minggu sekali
  4. Memberi bimbingan Kursus Haji kepada bakal-bakal haji (terutama pada musim haji) di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak
  5. Memberi ceramah di kediaman Y.B. Menteri Besar Selangor untuk kakitangan kerajaan, terutama ketua-ketua Jabatan di seluruh Selangor, pada setiap hari Rabu, minggu keempat setiap bulan bermula pada awal tahun 1988
  6. Memberi ceramah di Masjid Baitul Aman, Jalan Damai, Kuala Lumpur pada setiap Rabu malam. (Minggu kedua setiap bulan)
  7. Memberi cermah di seluruh Malaysia termasuk di Jabatan-Jabatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun, Masjid-Masjid dan Surau-Surau.
  8. Ceramah bersiri di Masjid Darul Ghufran, Singapura.
  9. Mengambil bahagian dalam siri Ehwal Islam Radio Televesyen Malaysia (RTM) (Rancangan Mingguan) sejak tahun 1990
  10. Mengambil bahagian dalam Rancangan Visi Suci , Radio Televesyen Malaysia (RTM).
  11. Program Lintas Lansung Malaysia – Brunei Darussalam dalam Rancangan Selamat Pagi Malaysia, Radio Televesyen Malaysia (RTM)
  12. Sering diundang dalam ‘Malaysia Hari Ini’ (MHI) di TV3
  13. Sering diundang dalam Radio Malaysia Ibukota (siaran pagi)
  14. Sering diundang dalam rancangan-rancangan agama di Radio Malaysia Ipoh
  15. Sering diundang dalam rancangan-rancangan agama Radio Malaysia Kuantan
  16. Sering mengambil bahagian dalam rancangan-rancangan agama Radio Malaysia Kedah
  17. Sering diundang dalam rancangan-rancangan agama Radio Malaysia Perlis
  18. Memenuhi Program Ceramah yang diaturkan oleh Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Brunei Darussalam
  19. Sering diundang bahagian dalam rancangan-rancangan sempena perayaan-perayaan keagamaan di seluruh pelusuk tanah air
  20. Siri kuliah yang sedang berlangsung:
    • Kuliah Maghrib bulanan - Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi
    • Kuliah Dhuha bulanan – Kompleks Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi
    • Kuliah Dhuha bulanan – Masjid Al-Falah, USJ
    • Kuliah Maghrib bulanan – Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
    • Kuliah Maghrib bulanan – Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong
    • Kuliah Dhuha bulanan – Dataran HIG, Pulau Langkawi
    • Kuliah Maghrib bulanan – Masjid An-Nawawi, Pulau Langkawi

Penulisan

Buku

Haron Din banyak menghasilkan buku-buku berkaitan pengajian Islam, pengubatan Islam dan permasalahan fiqah semasa.

Pengajian Islam

  1. Obor Islam I (The Light of Islam I), Pulau Pinang : Maktab H. Abdullah b M. Noordin Arrawi, 1970
  2. Obor Islam II (The Light of Islam II) Pulau Pinang : Maktab H. Abdullah b M. Noordin Arrawi, 1970
  3. Obor Islam III (The Light of Islam III) Pulau Pinang : Maktab H. Abdullah b M. Noordin Arrawi, 1970
  4. Obor Islam IV (The Light of Islam IV) Pulau Pinang : Maktab H. Abdullah b M. Noordin Arrawi, 1970 
  5. Obor Islam V (The Light of Islam V) Pulau Pinang : Maktab H. Abdullah b M. Noordin Arrawi, 1970

Perundangan & Politik Islam

Permasalahan Fiqh Semasa

Pengubatan Islam

Artikel

  1. Perbahasan tentang kertas kerja Prof. Ahamad Ibrahim. Dalam Islam dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur : Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, 1978
  2. Kearah Pembentukan Ulamak yang Berfungsi dan Berwibawa dari Kacamata Intelek. Kuala Lumpur : Adabi, 1983
  3. Pentingnya Peranan Ugama dalam Rumahtangga. Dalam Perkahwinan dan kekeluargaan dalam Islam. Kuala Lumpur : Adabi Press, 1984
  4. Konsep dan falsafah Rukun Islam. Himpunan Kertaskerja Kursus Dakwah dan Kepimpinan bagi Guru-guru. Kuala Lumpur : Percetakan Watan Sdn. Bhd., 1985

Artikel dalam Majalah

  1. Sheikh Abu Bakar al Ash’ari. Dalam Utusan Qiblat, Julai 1976
  2. Undang-undang Mahkamat Syariah Bertentangan Dengan Islam? Dalam Roh Islam, September 1976
  3. Polisi Kewangan Negara Islam. Dalam Utusan Qiblat, November 1976
  4. Bila Politik dan Agama Dipisahkan. Dalam Al-Islam, Februari 1977
  5. Jenayah dalam Perundangan Islam. Dalam Cahaya Islam, Mac 1977
  6. Ugama dan Politik. Dalam Al-Islam, Mac1977
  7. Persoalan Ta’liq Talaq. Dalam Islamiyat vol. 1, 1977
  8. Bumiputra dalam pendidikan. Dalam Utusan Qiblat, Oktober 1977
  9. Masalah Pendidikan Ugama di Sekolah Rakyat. Dalam Utusan Qiblat, November 1977
  10. Pelajaran Ugama di Sekolah-sekolah Kerajaan. Dalam Utusan Qiblat, Disember 1977
  11. Umat Islam di Persimpangan Sejarah. Dalam Majallah AZAM , Kolej Kediaman UKM, 1977
  12. Pendidikan Ugama Belum Capai Matlamat. Dalam Utusan Qiblat, Januari 1978
  13. Perundangan Islam : Suatu Impian atau Kenyataan. Dalam Diskusi, Mac 1978
  14. Hudud Pengubat Jenayah. Dalam Dewan Masyarakat, Julai 1978
  15. Keimanan Asas Kekuatan. Dalam Al-Islam, November 1979
  16. Tasawwur Islam. Dalam Suara Majlis, 1983
  17. Pembentukan Kekeluargaan Dalam Masyarakat Mengikut Ajaran Islam. Dalam Cahaya Lembaga, keluaran Lembaga Kebajikan Perempuan Islam, No. 687, 1983
  18. Falsafah Perundangan Islam. Dalam Dakwah, No. 93, 1983
  19. Ekonomi Islam : Baitul Mal Sebagai Sebuah Institusi Kewangan Islam. Dalam Al-Hijriyyah, Disember 1984

Kertas Kerja

  1. Konsep Ketua Negara di dalam Islam - Ogos 1987
  2. Konsep Kenegaraan hazim dan Hak-hak dalam Islam - Ogos 1987
  3. Masalah yang dihadapi oleh Umat Islam Kini dan Penyelesaiannya - Dis. 1987
  4. Penghayatan Islam dalam penghidupan muslim - Dis. 1987
  5. Falsafah Ibadat Solat - Jan. 1988
  6. Ke arah Memahami dan Menghayati Al-Quran Sepenuhnya - Jan. 1988
  7. Keluarga Bahagia Menurut Pandangan Islam - Feb. 1988
  8. Konsep dan Falsafah Jihat dalam Islam - Mei 1988
  9. Falsafah Perundangan Islam - Mei 1988
  10. Sejarah Kekaburan Tasawwur Islam - Jun 1988
  11. Al-Tasawwur Islam al-Islami I dan II - Jun 1988
  12. Seminar Bahaya Ajaran Sesat. Penyelewengan Sunnah dan Bahayanya dalam Kehidupan Masyarakat Islam - Jan. 1989
  13. Simposium Keluarga Bahagia. “Krisis Rumahtangga, Sebab-Sebab dan Cara-Cara Untuk Mengatasinya” - Feb. 1989

Penyelidikan

  1. How far the differences of Islamic practices in the State of Perlis which does not affially follow a particular schools of law and the states which follow the Shfi’I school in Malaysia. ( Project No : 62/78 was submmited to the Universiti Kebangsaan Malaysia)
  2. Is BADAR an art of self defence or a form of Batini practices? ( Project No : 63/78 was submmited to the Universiti Kebangsaan Malaysia)
  3. Sighting of the moon in Malaysia : problem and possibility. ( Project No : 77/79 was submmited to the Universiti Kebangsaan Malaysia)
  4. Kehilangan beberapa ayat al-Quran dari mushaf : apakah hakikat dan hikmatnya. ( Project No : 81/86 was submmited to the Universiti Kebangsaan Malaysia)
  5. Kehakiman Islam. ( Projek Tahun 1992 – dalam masa cuti sabatikal selam 9 bulan di UKM)

Politik

Pilihan raya

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, Dr Haron Din yang mewakili Parti Islam Se-Malaysia telah mendapat undi sebanyak 14,124 di kawasan Parlimen Arau. Beliau tewas kepada pencabarnya, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail yang mewakili Barisan Nasional yang mendapat undi sebanyak 17,367. Syed Razlan telah diisytiharkan menang pilihan raya tahun 2004. Majoriti diperolehi: 3,243, Jumlah Undi: 32,024, Undi Rosak : 533 , % Mengundi : 84.23%

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Dr Haron Din sekali lagi tewas kepada calon Barisan Nasional/ UMNO. Ismail Bin Kasim telah menang dengan mendapat undi sebanyak 16451 berbanding Dr Haron Din yang mendapat sebanyak 16,151 undi. Peratus pengundi yang keluar ialah 83.4 %. Undi rosak sebanyak 586.

Kematian

Haron meninggal dunia pada 16 September 2016 di Hospital Universiti Stanford di San Francisco, California, Amerika Syarikat pada usia 76 tahun akibat koma. Tubuhnya dikuburkan di Ladang Lima Pillar, sebuah kompleks tanah perkuburan Islam di 1761 Laughlin Rd, Livermore, California, Amerika Syarikat.[1]

Rujukan

  1. ^ "Haron wanted to be buried in United States: Pas leader". Bernama. The Sun. 16 September 2016. Dicapai pada 17 September 2016.[pautan mati kekal]

Pautan luar


Penyandang Terdahulu Mursyidul Am
2015 – 2016
Penyandang Kemudian
Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat Tuan Guru Dato' Haji Hashim Jasin