Harussani Zakaria

PSM; DSA, SPMP, DPMP (Perak); JSM, AMN, PKT, PJK (Pulau Pinang)
Mufti Perak
Dalam jawatan
1985 – 30 Mei 2021
Raja
TimbalanZamri Hashim (2008-2021)
Didahului olehAbdul Malek Nordin
Digantikan olehWan Zahidi Wan Teh
Butiran peribadi
Lahir8 April 1939
Parit Buntar, Perak
Meninggal dunia30 Mei 2021(2021-05-30) (umur 82)
Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak
Sebab kematianCOVID-19
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Sungai Rapat, Ipoh, Perak
PasanganPuan Sri Datin Seri Hajah Ainon Abdul Ghani
Anak-anak4 (termasuk A Abdul Hakim Mazhar dan Ahmad Wafi)
Ibu bapaHaji Zakaria Haji Osman (bapa)
Hajah Zainab Jalaluddin (ibu)

Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Haji Harussani bin Haji Zakaria (8 April 1939 – 30 Mei 2021) merupakan Mufti Perak ke-8 yang berkhidmat dari tahun 1985 sehingga 2021. Beliau dilahirkan di Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak dan telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri Datin Seri Hajah Ainon binti Abdul Ghani. Mereka mempunyai 4 orang anak. Walaupun Harussani terkenal sebagai seorang tokoh agamawan yang disegani, namun selama menyandang jawatan Mufti Perak beliau juga sering mengeluarkan kenyataan, fatwa dan dakwaan yang menimbulkan kontroversi di kalangan masyarakat.

Beliau meninggal dunia akibat COVID-19 pada 30 Mei 2021. Anak sulung beliau, A Abdul Hakim Mazhar telah meninggal dunia pada 16 Ogos 2021 akibat penyakit yang sama.[1]

Pendidikan

Jawatan

Khidmat masyarakat

Akademik

Penerbitan

Kertas kerja

Anugerah

Darjah kebesaran

Anugerah akademik

Kontroversi

Lihat juga

Kematian

Muyiddin Yassin Twitter
@MuhyiddinYassin

Saya dan keluarga ingin menzahirkan rasa dukacita atas pemergian tokoh agama yang amat disegani, Tan Sri Dato' Seri Dr. Hj. Harussani bin Hj. Zakaria yang baru sahaja meninggal dunia.

30 Mei 2021[8]

Beliau meninggal dunia pada 30 Mei 2021, enam hari selepas dimasukkan ke ICU setelah dijangkiti COVID-19. Jenazahnya telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Sungai Rapat, Ipoh, Perak.[14]

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menzahirkan kedukacitaan terhadap pemergian seorang tokoh agama yang amat disegani kepada keluarga Allahyarham melalui satu ciapan di akaun Twitter rasmi beliau.

Rujukan

  1. ^ Anak sulung bekas mufti Perak meninggal dunia akibat Covid-19
  2. ^ "PAS cabar Mufti Perak terjun politik, jangan perlekeh Pakatan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-07. Dicapai pada 2010-05-13.
  3. ^ "PAS cabar Mufti Perak terjun politik, jangan perlekeh Pakatan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-08. Dicapai pada 2010-03-06.
  4. ^ NIK AZIZ: Harussani Mufti atau Mufta? Nik Abdul Aziz Nik Mat.[pautan mati kekal]
  5. ^ "NIK AZIZ: Harussani Mufti atau Mufta? Nik Abdul Aziz Nik Mat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-30. Dicapai pada 2010-05-13.
  6. ^ "Tarian poco-poco: Jangan sampai umat Islam keliru". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-03. Dicapai pada 2018-02-02.
  7. ^ "Perak haramkan tarian poco-poco". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-03. Dicapai pada 2018-02-02.
  8. ^ Ciapan Perdana Menteri