Al-Allamah al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi (Arab: يوسف القرضاوي, rumi: Yūsuf al-Qaraḍāwīcode: ar is deprecated ; 9 September 1926 – 26 September 2022)[1] ialah seorang ulama Islam kelahiran Mesir yang menetap di Doha, Qatar. Beliau ialah pengerusi Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa hingga 2018.[2] Beliau terpengaruh dengan jalur pemikiran daripada Ibn Taimiah, Ibn Qayyim,[3]Sayyid Rashid Rida,[4][5]Hassan al-Banna, Abul Hasan Ali Hasani Nadwi,[6]Abul A'la Maududi dan Naeem Siddiqui.[7] Beliau terkenal dengan rancangannya "Syariah dan Kehidupan" (Arab: الشريعة والحياة, rumi: al-Sharīʿa wa al-Ḥayāhcode: ar is deprecated , yang disiarkan di Al Jazeera, yang mana anggaran penontonnya sekitar 40–60 juta orang seluruh dunia.[8][9][10] Beliau juga dikenali dengan IslamOnline, sebuah laman web yang beliau bantu tubuhkan sekitar tahun 1997 dan menjadi ketua ilmuwan Islam.
Al-Qaradawi mengarang lebih daripada 120 buah buku,[9] termasuk Halal dan Haram di dalam Islam dan Islam: Ketamadunan Masa Depan. Beliau turut menerima pelbagai anugerah dan hadiah antarabangsa bagi sumbangan beliau dalam keilmuan Islam,[11] dan dianggap sebagai salah seorang ulama Islam paling berpengaruh semasa hidupnya.[8][12][13] Al-Qaradawi pernah mempunyai peranan dalam kepimpinan intelektual bagi Ikhwan Muslimin,[14] sebuah pertubuhan Islamis di Mesir, walaupun beliau berulang kali menyatakan beliau bukan lagi anggota pertubuhan tersebut[15] dan dua kali (pada 1976 dan 2004) menolak tawaran bagi memegang jawatan dalam pertubuhan tersebut.[8][16]
Al-Qaradawi kadang kala digambarkan sebagai seorang pejuang Islam sederhana (Islamis yang wasati).[17] Beberapa pandangan beliau, seperti perestuan beliau terhadap pengeboman berani mati warga Palestin menentang Israel, menyebabkan pelbagai maklum balas beberapa kerajaan dari Barat:[18] visa beliau ke United Kingdom telah ditarik balik pada 2008,[19] dan dihalang daripada memasuki Perancis pada 2012.[20]
Al-Qaradawi dilahirkan di Mesir pada tahun 1926. Beliau menghafaz keseluruhan al-Quran ketika beliau berusia kurang 10 tahun. Beliau menyertai Institusi al-Azhar pada peringkatan sekolah rendah dan menengah. Kemudian, beliau memasuki Fakulti Teologi dan memperolehi Sijil 'Aliyya (bersamaan dengan ijazah BA sekarang ini) pada sekitar tahun 1952-53. Beliau juga memperolehi Ijazah Pengajaran daripada Fakulti Bahasa Arab pada tahun 1954.
Pada tahun 1960, beliau memperolehi Kajian Saringan Tinggi yang bersamaan dengan ijazah MA daripada Bahagian Sains al-Quran dan Hadis di Fakulti Teologi. Pada tahun 1973, beliau memperolehi ijazah PhD dengan hujahnya mengenai Az-Zakah fi Hal al-Mushlikat al-Ijtima'iyya (Zakat dan Pengaruhnya dalam Penyelesaian Masalah Sosial).
Beliau menjawat jawatan sebagai seorang khatib, guru dan penulis di al-Awqaf dan al-Azhar. Beliau telah menerbitkan lebih 100 buah buku yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan Islam, kesusasteraan dan puisi. Antaranya bukunya yang terkenal ialah Halal dan Haram di dalam Islam dan Keutamaan Gerakan Islam pada Fasa Akan Datang. Karya beliau juga banyak diterjemah dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu.
Halal dan Haram dalam Islam (Arab: الحلال والحرام في الإسلامcode: ar is deprecated )
100 persoalan mengenai Haji, Umrah dan Korban (Arab: مئة سؤال عن الحج والعمرة والأضحيةcode: ar is deprecated )
Siri fatwa masa kini (Arab: كتاب فتاوى معاصرةcode: ar is deprecated )
Memudahkan kefahaman kepada Muslim semasa (Arab: تيسير الفقه للمسلم المعاصرcode: ar is deprecated )
Fiqah (memahami) jihad (Arab: فقه الجهادcode: ar is deprecated )
Sebahagian kefahaman negara (fiqah daulah) dalam Islam (Arab: من فقه الدولة في الإسلامcode: ar is deprecated )
Fiqah (memahami) zakat (Arab: فقه الزكاةcode: ar is deprecated )
Fiqah (memahami) kebersihan (Arab: فقه الطهارةcode: ar is deprecated )
Fiqah (memahami) puasa (Arab: فقه الصيامcode: ar is deprecated )
Fiqah (memahami) nyanyian dan muzik dalam konteks al-Quran dan Sunnah (Arab: فـقـه الـغـنـاء و الـمـوسـيـقـى في ضـوء الـقـرآن و الـسـنـّةcode: ar is deprecated )
Fiqah (memahami) hiburan dan rekreasi (Arab: فقه اللهو والترويحcode: ar is deprecated )
Pelajaran dalam fiqah (memahami) al-Maqasid (Arab: دراسة في فقه المقاصدcode: ar is deprecated )
Dalam memahami (fiqah) minoriti muslim (Arab: فى فقه الأقليات المسلمةcode: ar is deprecated )
الفقه الإسلامي بين الأصالة والتجديد
الاجتهاد في الشريعة الإسلامية
المدخل لدراسة الشريعة الإسلامية
الفتوى بين الانضباط والتسيب
عوامل السعة والمرونة في الشريعة الإسلامية
الاجتهاد المعاصر بين الانضباط والانفراط
دية المرأة في الشريعة الإسلامية
موجبات تغير الفتوى
الفتاوى الشاذة
زراعة الأعضاء في ضوء الشريعة الإسلامية
مشكلة الفقر وكيف عالجها الإسلام
بيع المرابحة للآمر بالشراء
فوائد البنوك هي الربا الحرام
دور القيم والأخلاق في الاقتصاد الإسلامي
دور الزكاة في علاج المشكلات الاقتصادية وشروط نجاحها
Hadiah Merit Negara bagi pengajian Islam daripada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Qatar − 3 November 2009.[28]
Fakulti Pengajian Islam Qatar, sebahagian daripada Yayasan Qatar bagi Pendidikan, Sains dan Pembangunan Masyarakat, menubuhkan "Biasiswa Syeikh Yusuf Al Qaradawi" pada 2009, dianugerahkan kepada lima orang pelajar setiap tahun bagi pengajian pascasiswazah.[29] Ia juga menamakan pusat penyelidikan yang baru ditubuhkan, Pusat Qaradawi bagi Kesederhanaan dan Pembaharuan Islam.[30][31]
Al-Qaradawi ialah ahli lembaga pemegang amanah Pusat Oxford untuk Pengajian Islam[32] dan dinamakan sebagai perunding teknikal bagi sebuah filem berkos tinggi berbahasa Inggeris mengenai Nabi Muhammad, yang dihasilkan oleh Barrie Osborne.[33][34] Undian dalam talian Foreign Policy pada 2008 meletakkan beliau di tempat ketiga dalam senarai 20 Intelektual Awam seluruh dunia.[35]
Pada 26 September 2022, laman web Yusuf al-Qaradawi mengumumkan berita kematian beliau. Jenazah beliau akan disembahyangkan di Masjid Imam Muhammad bin AbdulWahhab, Doha, Qatar, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Abu Hamour.[36]
^Shaham, Ron (2018). Rethinking Islamic Legal Modernism: The Teaching of Yusuf al-Qaradawi. Boston: Brill Publishers. m/s. 5, 57. ISBN978-90-04-36899-6.
^Shaham, Ron (2018). Rethinking Islamic Legal Modernism: The Teaching of Yusuf al-Qaradawi. Boston: Brill Publishers. m/s. 5. ISBN978-90-04-36899-6.
^al-Qaradawi, Yusuf (1992). Priorities of The Islamic Movement in The Coming Phase. Awakening Publications. m/s. 60. ISBN0953758214.
^Al-Qaradawi, Yusuf (2002). Ibn al-Qarya wa-l-Kuttab: Malamih Sira wa-Masira, Vol. 1. Dar al-Shorouq. p. 245
^ abcNo.9 Sheikh Dr Yusuf al Qaradawi, Head of the International Union of Muslim Scholars – "The 500 most influential Muslims in the world 2009", Prof John Esposito and Prof Ibrahim Kalin – Edmund A. Walsh School of Foreign Service, Georgetown University
^Product Description: The Global Mufti: The Phenomenon of Yusuf Al-Qaradawi (Paperback)by Bettina Graf (Author, Editor), Jakob Skovgaard-Petersen (Editor) C Hurst & Co Publishers Ltd (20 July 2009). ASIN 1850659397.
^Raymond William Baker, Islam Without Fear: Egypt and the New Islamists (2003), p.4