Dato' Seri Haji

Wan Zahidi Wan Teh

PSD; SPMP, DPMP (Perak); PMW (WP)
Mufti Negeri Perak ke-9
Memegang jawatan
1 Ogos 2022
TimbalanZamri Hashim
SultanSultan Nazrin Muizzuddin Shah
Didahului olehHarussani Zakaria
Ahli Dewan Negara Negeri Perak
Ahli Kerana Jawatan
Memegang jawatan
1 Ogos 2022
Yang di-PertuaSultan Nazrin Shah
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-6
Dalam jawatan
17 Oktober 2017 – 15 Ogos 2022
Didahului olehAbdul Shukor Husin
Digantikan olehNooh Gadut
Mufti Wilayah Persekutuan ke-6
Dalam jawatan
21 Mac 2006 – 20 Mac 2014
Didahului olehMohammad Yusoff Hussain
Digantikan olehZulkifli Mohamad Al-Bakri
Butiran peribadi
Lahir (1942-07-25) 25 Julai 1942 (umur 81)
Gerik, Perak

Dato' Seri Haji Wan Zahidi bin Wan Teh ialah seorang ilmuwan Islam di Malaysia. Beliau telah dilantik sebagai Mufti Perak berkuat kuasa 1 Ogos 2022.[1] Beliau merupakan mantan Mufti Wilayah Persekutuan ke-6 bermula 21 Mac 2006 hingga 20 Mac 2014. Beliau menyandang tugas sebagai Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dari 2017 hingga 2022.

Latar belakang

Wan Zahidi dilahirkan pada 25 Julai 1942 di Kampung Kerunai, Gerik, Perak Darul Ridzuan. Beliau mula mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kampung Kerunai, Gerik, Perak. Kemudian beliau belajar di Maahad Al Ehya Asshariff, Gunung Semanggol, Perak, Maahad Al-Mashoor Al-Islami, Pulau Pinang dan Sekolah Pondok Madrasah Muhammadiah Kubang Bemban, Pasir Mas, Kelantan. Dalam pengajian tinggi pula, beliau melanjutkan pengajian sarjana Muda Syariah di Universiti Al-Azhar, Mesir dan mengambil Diploma Am Pendidikan di Universiti Ain Shams, Mesir. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian Sarjana dalam Usul Fiqh di Universiti Al-Azhar sehingga tahun 1974.

Jawatan

Khidmat

Penulisan

Anugerah dan pengiktirafan

Rujukan

  1. ^ Sahibus Samahah Dato' Haji Wan Zahidi bin Wan Teh atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, dalam pelantikan beliau sebagai Mufti Negeri Perak
  2. ^ YBhg. Datuk Haji Wan Zahidi bin Wan Teh telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia