Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz | |
---|---|
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Lantikan Dewan Undangan Negeri Kelantan | |
Memegang jawatan 19 September 2023 | |
Didahului oleh | Mohd Apandi Mohamad |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Bachok | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Ahmad Marzuk Shaary |
Digantikan oleh | Syahir Sulaiman |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Pasir Mas | |
Dalam jawatan 05 Mac 2013 – 09 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Ibrahim Ali |
Digantikan oleh | Ahmad Fadhli Shaari |
Majoriti | 8,047 |
Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kelantan Selatan | |
Dalam jawatan 01 Mei 2020[1] – 2023 | |
Didahului oleh | Sazmi Miah |
Digantikan oleh | Zawawi Othman |
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia | |
Dalam jawatan 06 Jun 2015 – 17 April 2017 | |
Timbalan | Muhammad Khalil Abdul Hadi |
Didahului oleh | Suhaizan Kayat |
Digantikan oleh | Muhammad Khalil Abdul Hadi |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kota Bharu, Kelantan, Malaysia | 22 Mac 1970
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Sekutu gabungan politik lain | (2020 - kini) |
Pasangan | Farah Abdul Fatah |
Ibu | Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak |
Bapa | Nik Abdul Aziz Nik Mat |
Hubungan | Nik Omar Nik Abdul Aziz (abang) Nik Adli Nik Abdul Aziz (abang) Tuan Ibrahim Tuan Man (sepupu) Nik Muhammad Zawawi Salleh (sepupu) |
Kediaman | Kelantan |
Pekerjaan | Ahli politik |
Yang Berhormat Senator Ustaz Haji Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia serta merupakan ustaz pencerah bebas di Kelantan. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Malaysia. Beliau juga merupakan anak kepada bekas Mursyidul Am PAS dan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Beliau pernah memegang jawatan sebagai ahli parlimen Bachok, Kelantan dari 16 Julai 2018 hingga 10 Oktober 2022 dan beliau juga menyandang ahli parlimen Pasir Mas, Kelantan dari 5 Mac 2013 hingga 9 Mei 2018.
Nik Abduh dilahirkan pada 22 Mac 1970. Mula menuntut ilmu di Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat, Kota Jembal. Melanjutkan pendidikan menengah rendah di Madrasah Darul Anuar dan Maahad Muhammadi (Sekolah Lelaki). Selepas tamat belajar, beliau menyambung pelajarannya di dalam bidang keagamaan di Nadwatul Ulama Lucknow, India dan Darul Uloom, Deoband, India serta Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir.
Selepas tamat belajar, beliau menjawat jawatan sebagai seorang pendidik :
Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kota Bharu selama 8 tahun.
Beliau bertanding buat pertama kali dalam pilihanraya pada Pilihanraya Umum Ke 13 pada tahun 2013 di kerusi P.022 Pasir Mas dan memenangi mengalahkan Calon Bebas Dato' Ibrahim Ali.
Kini Ustaz Nik Mohamad Abduh menjawat jawatan Ahli Parlimen Bachok setelah memenangi dalam Pilihanraya Umum Ke 14 lalu dengan mengalahkan Calon Barisan Nasional, Awang Adek Hussin dan Calon Pakatan Harapan, Zulkifli Zakaria dengan majoriti 3,292.
Dalam arena politik, Ustaz Nik Abduh memegang beberapa jawatan di peringkat Pusat sehingga ke Cawangan.
Pusat
Pemuda
Kawasan
Cawangan
Nik Mohamad Abduh pernah menghasilkan beberapa karya penulisan dalam bentuk buku, iaitu:
Beliau turut aktif menerbitkan penulisan melalui kolum Terang Rembulan yang disiarkan di akhbar rasmi PAS, Harakah.
Parti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
PAS | Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz | 36,188 | 48.93 | -1.21 | |
BN | Awang Adek Hussin | 32,896 | 44.48 | -5.38 | |
PH | Zulkifli Zakaria | 4,880 | 6.60 | +6.60 | |
Jumlah undi | 73,964 | 100.00 | |||
Undi rosak | 1,148 | ||||
Undi tidak dikembalikan | 833 | ||||
Peratus unjuran | 75,945 | 82.01 | |||
Daftar pemilih | 92,606 | ||||
Majoriti | 3,292 | 4.45 | |||
PAS kekal | Peralihan | +2.09 | |||
Sumber "His Majesty's Government Gazette - Notice of Contested Election, Parliament for the State of Kelantan [P.U. (B) 234/2018]" (PDF). Attorney General's Chambers of Malaysia. 3 May 2018. Dicapai pada 2018-08-01.[pautan mati kekal] "Federal Government Gazette - Results of Contested Election and Statements of the Poll after the Official Addition of Votes, Parliamentary Constituencies for the State of Kelantan [P.U. (B) 308/2018]" (PDF). Attorney General's Chambers of Malaysia. 28 May 2018. Dicapai pada 2018-08-01.[pautan mati kekal] |